quote linkedin dugout

Yaya Toure

42
Yaya Toure
Lahir
13 May 1983, Sekoura Bouake, Cote d'Ivoire
Sertai City
02 July 2010
Yaya Toure

Anugerah

  1. Greek Super League
    Greek Super League
    2005/06
  2. Greek Cup
    Greek Cup
    2006
  3. FIFA Club World Cup
    FIFA Club World Cup
    2009
  4. Spanish La Liga
    Spanish La Liga
    2008/09
  5. Spanish La Liga
    Spanish La Liga
    2009/10
  6. UEFA Champions League
    UEFA Champions League
    2008/09
  7. Fa Cup
    Fa Cup
    2011
  8. Premier League
    Premier League
    2011/12
  9. Capital One Cup
    Capital One Cup
    2014
  10. Premier League
    Premier League
    2013/14
  11. Capital One Cup
    Capital One Cup
    2016

Keputusan Yaya Toure untuk menyertai Kolo berpindah ke City bermakna mereka menjadi adik-beradik pertama bermain untuk Kelab, sejak Shaun dan Bradley Wright-Phillips.

Pemain setinggi 188cm yang berusia 27 tahun ini merupakan pemain yang popular di kalangan peminat Barca dan telah menarik minat beberapa kelab ternama dalam Liga Perdana Inggeris dan sekitar Eropah.

Yaya, salah seorang daripada tiga adik-beradik yang bermain bola sepak, memulakan kerjaya sebagai pemain remaja dengan Ivory Coast sebelah ASEC Mimosas pada tahun 1996 sebelum beliau berpindah ke Beveren ketika berusia ketika 18 tahun pada tahun 2001. Beliau menghabiskan dua musim penuh dengan kelab Belgium tersebut sebelum menyertai pasukan Ukraine Metalurg Donetsk pada tahun 2003.

Selepas itu, Yaya bermain untuk Olympiacos dan Monaco dan reputasinya terus meningkat apabila menjadi pemain pertama Ivory Coast yang ditandatangani oleh Barcelona yang membayar sekitar £9 juta untuk khidmatnya pada tahun 2007.

Pada tahun 2009, beliau berjaya membawa kemenangan dalam Liga Juara-juara untuk Catalan sebagai pemain tengah dan telah meraikan kejayaan kedua gelaran La Liga bersama Barca Mei lalu sebelum berlepas ke Afrika Selatan - Piala Dunia keduanya selepas menjadi sebahagian dari skuad kebangsaan ketika Piala Dunia 2006 di Jerman.

Meninggalkan Nou Camp bukanlah satu keputusan yang mudah baginya, walaupun untuk menyertai kelab segah City, tetapi Toure berbangga kerana telah memenangi pingat Liga Juara-Juara dan pingat Piala Dunia Kelab FIFA (2009). Beliau juga memenangi La Liga sebanyak dua kali (2008-9, 2009-10), UEFA Super Cup (2009), dan Copa del Rey (2008-9).

Selepas 118 penampilan bersama kelab gergasi Sepanyol dan hampir 300 penampilan dalam kerjayanya sehingga kini, City boleh dikatakan telah menandatangani salah seorang daripada pemain tengah terbaik di dunia.
 
Yaya memakai jersey No.24 untuk Barca sebagai penghormatan kepada salah seorang hero sanjungannya semasa kanak-kanak, Patrick Vieira, tetapi gembira memutuskan untuk memakai jersey No. 42 untuk City memandangkan nombor pilihannya telah pun diambil oleh wiranya sendiri!

Beliau tetap memakai jersi No. 42 baju untuk musim 2011/12 tetapi pemain yang telah menjaringkan gol kemenangan semasa perlawanan separuh akhir dan final Piala FA 2010/11 ini amat gembira kerana telah membuat sumbangan bermakna buat kelab pada detik penting,  termasuk dalam perlawanan penentuan City menentang Newcastle bagi musim ini untuk meletakkan pemain bawah bimbingan Mancini merangkul gelaran liga sekali lagi.

Penyertaannya dalam Piala Negara-Negara Afrika 2012 bersama Ivory Coast berakhir dengan kekecewaan apabila "si Gajah" kalah penalti dalam perlawanan final tetapi ia tidak menyebabkan Yaya berputus asa malah ia menjadi perangsang  baginya untuk bermain habis-habisan dalam bulan-bulan terakhir musim liga tahun tersebut.

Dalam perlawanan pertama sekembalinya hanya beberapa jam dari Afrika, Toure dengan gandingan Sergio Aguero berjaya menjaringkan gol kemenangan di minit ke-84 menentang Porto, ia menunjukkan kepada City apa yang mereka hilang selama enam minggu ketiadaannya.

Yaya telah dikeluarkan daripada perlawanan final musim menentang QPR sebelum separuh masa pertama akibat keletihan, tetapi ia dilihat sebagai keputusan yang tepat setelah meraikan kemenangan bersama selepas tamat permainan – sebagai penghargaan kepada salah seorang pemain City yang paling boleh dipercayai.

Galeri Yaya Toure

Yaya Toure - Sesi Autograf

Yaya mengambil bahagian dalam sesi autograf di City Store.

Embed for external syndication

Yaya Toure – Gol kemenangan Piala FA dan Soroton

Yaya menjaringkan gol kemenangan di Wembley, lihat gol pada saat ke-34 video.

Embed for external syndication

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
Raheem Sterling
Sebelumnya
Seterusnya
Gabriel Jesus
Seterusnya