quote linkedin dugout
Vincent Kompany

Vincent Kompany

Kapten
4
Pertahanan
Vincent Kompany
Lahir
10 April 1986, Ukkle, Belgium
Sertai City
22 August 2008
Vincent Kompany

Anugerah

  1. Jupiler Pro League
    Jupiler Pro League
    2003/04
  2. Jupiler Pro League
    Jupiler Pro League
    2005/06
  3. Intertoto Cup
    Intertoto Cup
    2007
  4. FA Cup
    FA Cup
    2011
  5. Premier League
    Premier League
    2011/12
  6. Capital One Cup
    Capital One Cup
    2014
  7. Premier League
    Premier League
    2013/14
  8. Capital One Cup
    Capital One Cup
    2016

Seorang kapten yang berkepimpinan dalam sejarah keemasan City

Pemain yang menguasai pelbagai bahasa dan bakat, Vincent, merupakan pemenang tempat kedua dalam senarai undi terbanyak untuk anugerah ‘Pemain Terbaik Musim 2008/09’ yang kemudiannya merangkul tempat pertama pada musim berikutnya, 2009/10. Beliau beralih dari posisi pemain tengah ke posisi pertahanan di peringkat antarabangsa dengan penuh keyakinan.

Memakai gelaran yang sama di negaranya samada sebagai pertahanan tengah atau pemain tengah pertahanan, pemain asal Belgium yang biasa muncul dalam perlawanan antarabangsa ini menyertai City dari Bundesliga Hamburg SV pada bulan Ogos 2008 dengan bayaran yuran perpindahan kira-kira £6 juta.

Beliau merupakan pemain ketiga yang ditandatangani oleh Mark Hughes dan telah melakukan penampilan sulung yang memberangsangkan apabila menang 3 -0  ke atas West Ham United pada bulan Ogos.

Sebelum menjadi pemain antarabangsa sepenuhnya, beliau mewakili negaranya bagi peringkat Bawah 17, 18 dan 2, serta bermain di Sukan Olimpik Beijing.

Kompany memulakan kerjaya profesional di tanah airnya bersama Anderlecht pada musim 2003/04 dan hampir serta-merta menarik minat dari seluruh Eropah untuk persembahan mantapnya dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Beliau akhirnya berpindah ke Jerman dan memeterai perjanjian dengan pasukan gergasi Bundesliga Hamburg SV pada tahun 2006, tetapi kecederaan yang dialami telah menghadkannya untuk muncul sebanyak 39 perlawanan.

Kedudukannya yang selesa dalam dua posisi telah membuktikan ia menjadi bonus untuk City semasa skuad pasukan mengalami kecederaan dan penggantungan pada musim 2008-09. Bermain dengan kecederaan kaki untuk beberapa ketika, beliau merupakan salah seorang daripada lima pemain Blues yang bermain lebih dari 30 perlawanan Liga Perdana.

Masalah kecederaan kakinya menjadi bertambah serius yang memaksa beliau menjalani pembedahan pada musim panas tahun 2009, dan menyebabkan beliau tidak dapat bermain sehingga musim luruh. Walaupun halangan ini dan kehadiran beberapa pemain baru, beberapa persembahan cemerlang dalam kedua-dua kedudukan sebagai pemain tengah dan pertahanan menjadikan Mark Hughes dan kemudian Roberto Mancini akur menjadikannya sebagai pemain tetap sesi permulaan.

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
Tosin Adarabioyo
Sebelumnya
Seterusnya
Aleix Garcia*
Seterusnya