quote linkedin dugout

Stadium Etihad adalah kediaman Manchester City FC. Stadium ini juga menjadi hos beberapa acara lain termasuk konsert.

Alamat Stadium

Etihad Stadium,
Etihad Campus,
Manchester M11 3FF

 

Bagaimana untuk ke sana

Berjalan

Terdapat laluan selamat dengan cahaya lampu dan penanda jalan dari Stesen Manchester Piccadilly . Ikut penanda jalan ‘City Link’ . Ia mengambil masa sekitar 25 minit untuk berjalan ke Stadium Etihad dari pusat bandar Manchester.

Berbasikal

Terdapat beberapa tempat letak basikal di sekitar stadium. Pihak kelab tidak bertanggungjawab atas keselematan basikal yang ditinggalkan dan ia adalah risiko pemilik basikal sendiri. 

Bas

Terdapat beberapa perhentian bas berhampiran stadium. Selepas perlawanan selesai, bas-bas boleh dilihat di Ashton New Road bersebelahan dengan 'South Stand' menuju ke pusat bandar Manchester . Untuk maklumat lanjut boleh didapat di laman tfgm.com atau melalui Twitter @OfficialTfGM

Metrolink

Stesen perhentian tram, Etihad Campus di stadium, terletak di City Square.

Metrolink beroperasi dari pusat bandar termasuk stesen Manchester Piccadilly ke stesen Etihad Campus menuju ke Ashton. Perjalana dari Piccadilly mengambil masa kurang dari 10 mini. Pada hari perlawanan dan acara lain, tram beroperasi dari/ke stadium setiap 6 minit.

Tiket-tiket mesti dibeli sebelum melakukan perjalanan, mesin tiket terletak di setiap platform Metrolink. 

Sila ambil perhatian, kedua-dua perhentian Holt Town dan Velopark Metrolink stops, terletak berhampiran perhentian Etihad Campus tidak akan dibuka sekurang-kurangnya sejam selepas acara di Stadium jadi kami menasihati anda menggunakan perhentian Etihad Campus untuk perjalanan pulang.

Metrolink Park & Ride (Parkir & Naik)

Perjalanan ke stadium amat mudah dari banyak  kawasan 'Park & Ride' di rangkaian Metrolink. Parkir adalah percuma untuk penumpang  Metrolink. Bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan dari Timur atau Utara, terdapat dua parkir kereta 'Park & Ride' terletak di Ashton West dan Ashton Moss.

Perjalanan ke Stadium mengambil masa selama 25 minit.  Kilik di sini untuk maklumat lanjut tentang Metrolink Park & RideMinta perhatian, pengambilan alkohol adalah dilarang sama sekali dalam tram Metrolink.

Parkir

Parkir berbayar di hari perlawanan terdapat  di kawasan stadium di Parkir Kereta Biru G & H yang boleh diakses melalui Alan Turing Way (Gate 2).* Harga parkir seperti berikut:**

  • Kereta - £10
  • Bas dan bas mini – percuma
  • Motorsikal – percuma

Pada hari perlawanan, bas-bas penyokong tempatan diparkir di Parkir Biru. Manakala bas-bas penyokong pelawat boleh diparkir di Parkir Ungu C & D yang boleh diakses melalui Ashton New Road (Gate 7). Kesemua kawasan parkir dibuka 3 jam sebelum perlawanan bermula sehingga 1 jam selepas wisel penamat di hari perlawanan.

Lihat peta parkir kereta anda.

* Pintu-pintu parkir akan dikunci dan kereta-kereta anda yang ditinggalkan adalah risiko anda pada waktu malam.

**Harga pada waktu semasa dan sebarang perubahan harga akan dihebahkan dipapar pada hari perlawanan.

Akses Parkir OKU

Parkir boleh diakses di kawasan di Stadium Etihad di bahagian Parkir Biru, namun ia adalah terhad kerana sebahagiannya telah diperuntukkan untuk pemegang kad bermusim. Sekiranya anda datang untuk perlawanan dan memerlukan parkir khas OKU sila hubungi Pegawai Akses OKU di talian +44 (0)161 444 1894 (pilihan 1, 1, 1) untuk pertanyaan lanjut.  Anda juga boleh membaca lanjut di  mancity.com/access

Parkir Penduduk Tempatan

Skim parkir penduduk tempatan disediakan sepanjang jalan sekitar Stadium Akademi dan ia hanya untuk penduduk tempatan dan boleh dikenali dengan petanda jalan. Sila jangan parkir di akwasan ini, jika tidak anda akan didenda dan kenderaan anda akan dikunci atau ditarik. Sila hormati keperluan penduduk setempat.

Terdapat beberapa parkir kereta berdekatan sekitar stadium yang diurusan secara persendirian. Pihak kelab tidak bertanggungjawab parkir-parkir  kereta ini,

Jangan tinggalkan barang berharga atau terdedah ditinggalkan dalam kerea dan sebarang barang ditinggalkan dalam kenderaan adalah risiko anda sendiri. Kawasan parkir tidak bertanggungjawab atas sebarang kecurian, kerosakan atau kehilangan kenderaan anda atau barang dalam kenderaan anda.

Penutupan Jalan

Sila ambil perhatian yang penutupan jalan beroperasi secara serta merta selepas sebarang acara untuk memberi laluan kepada para pejalan kaki meninggalkan Stadium Etihad dengan selamat. Ia mengambil masa sekitar 20 minit selepas perlawanan. Namun ia tertakluk kepada kelulusan Greater Manchester Police (GMP) dan mungkin memakan masa lebih lama. Jalan-jalan yang terlibat dalam penutupan jalan seperti berikut:

  • Ashton New Road – antara Alan Turing Way dan Darley Street
  • Grey Mare Lane – antara Ashton New Road dan Alan Turing Way
  • Merrill Street – antara Pollard Street dan Ashton New Road

City Square

Satu cara terbaik untuk mengelak kesibukan jalanraya sudah tentu berehat seketika selepas perlawanan di City Square, Stadium Etihad berhampiran Joe Mercer Way. City Square mempunyai lesen penuh menjual alkohol dengan bar dan kafe, ia kawasan hebat menikmati makanan dan minuman dan mengimbas kembali perlawanan serta menonton sorotan perlawanan bersama pengulas sukan, wawancara para pemain dan selebriti jemputan.

Apa yang boleh dibawa bersama saya?

  • Beg tidak besar dari saiz A4. Ia akan diperiksa oleh pegawai keselamatan semasa di pintu masuk.
  • Bendera dan sepanduk (maksima 2m x 1m). Sila ambil perhatiann, tiang bendera dan bendera-bendera yang mengandungi bahasa kasar tidak dibenarkan dibawa masuk. Ia akan diperiksa dan sijil keselamatan dari kebakaran diperlukan.

Barangan larangan

Berikut adalah barang-barang yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke Stadium Etihad:  senjata, hon, narkotik (dadah), mercun/bunga api, botol/ tin/kaca, kamera, payung panjang, makanan/minuman, selfie stick, tablet dan kereta sorong bayi.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila tweet kepada kami di akaun Twitter rasmi penyokong di @ManCityHelp atau emel ke mancity@mancity.com

Kami tidak sabar bertemu dan mengalu-alukan kedatangan anda di Stadium Etihad!