quote linkedin dugout

Stadium Akademi adalah kediaman kepada pasukan Manchester City Women, EDS dan Akademi. Stadium ini juga boleh dilangsungkan beberapa acara termasuk perlawanan ragbi.

Alamat Stadium

Academy Stadium, Etihad Campus
North Gate, 400 Ashton New Road
Manchester M11 4TQ

Bagaimana untuk ke sini

Berjalan

Terdapat laluan pejalan kaki yang selamat dengan lampu jalan serta papan tanda jelas terdapat di stesen keretapi Manchester Piccadilly. Ikut petanda ‘City Link’. Ia mengambil masa selama 30-minit untuk berjalan ke Stadium Akademi dari pusat bandar.

Berbasikal

Terdapat sejumlah tempat letak basikal di stadium. Pihak kelab tidak bertanggungjawab atas kehilangan dan semua basikal adalah tanggungang risiko pemilik.

Bas

Terdapat perhentian bas berhadapan stadium. Perhentian di pusat membeli belah Asda berhadapan dengan pintu masuk North Gate. Maklumat lanjut boleh didapati di laman tfgm.com atau melalui Twitter @OfficialTfGM

Metrolink

Metrolink beroperasi dari pusat bandar termasuk stesen Manchester Piccadilly station ke perhentian Velopark  ke arah Ashton. Masa perjalanan dari Stesen Piccadilly mengambil masa 12 minit.

Metrolink Park & Ride (Parkir & Naik)

Perjalanan ke stadium amat mudah dari banyak  kawasan 'Park & Ride' di rangkaian Metrolink. Parkir adalah percuma untuk penumpang  Metrolink. Bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan dari Timur atau Utara, terdapat dua parkir kereta Park & Ride terletak di Ashton West dan Ashton Moss.

Perjalanan ke Stadium mengambil masa selama 25 minit. Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Metrolink Park & Ride. Minta perhatian, pengambilan alkohol adalah dilarang sama sekali dalam tram Metrolink.

Akses Parkir

Parkir boleh diakses di kawasan di Stadium Akademi di bahagian parkir Utara. Sekiranya anda datang untuk perlawanan dan memerlukan parkir, sila hubungi Pegawai Akses OKU di talian +44 (0)161 444 1894 (pilihan 1, 1, 1) untuk pertanyaan lanjut.  Anda juga boleh membaca lanjut di mancity.com/access.

Papar peta parkir kereta .

Parkir Penduduk Tempatan

Skim parkir penduduk tempatan disediakan sepanjang jalan sekitar Stadium Akademi dan ia hanya untuk penduduk tempatan dan boleh dikenali dengan petanda jalan. Sila jangan parkir di akwasan ini, jika tidak anda akan didenda dan kenderaan anda akan dikunci atau ditarik. Sila hormati keperluan penduduk setempat.

Terdapat beberapa parkir kereta berdekatan sekitar stadium yang diurusan secara persendirian. Pihak kelab tidak bertanggungjawab parkir-parkir  kereta ini,

Jangan tinggalkan barang berharga atau terdedah ditinggalkan dalam kerea dan sebarang barang ditinggalkan dalam kenderaan adalah risiko anda sendiri. Kawasan parkir tidak bertanggungjawab atas sebarang kecurian, kerosakan atau kehilangan kenderaan anda atau barang dalam kenderaan anda.