quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Samir Nasri

8
Samir  Nasri
Lahir
26 June 1987, Marseille
Sertai City
23 August 2011
Samir  Nasri

Samir Nasri menjadi pemain City setelah berpindah dari Arsenal pada 24 Ogos 2011.

Dilahir dan dibesarkan di Marseille, Samir menyertai pasukan tempat kelahirannya pada usia sembilan tahun dan muncul melalui program latihan remaja sebelum melakukan penampilan sulung di peringkat senior ketika berusia 17 tahun.

Walaupun masih berusia muda ketika mula bersama Marseille, namun beliau pantas menempatkan dirinya dalam pasukan utama Marseille, bermain sebagai pemain tengah antara dua penyerang.  Beliau telah dinamakan sebagai Pemain Muda Tahunan Terbaik Ligue 1 bagi tahun 2006/07, dan beliau melakukan penampilan antarabangsa ketika menentang Austria pada bulan Mac 2007 sebaik sahaja bermain untuk Perancis saban tahun di peringkat remaja.

Kejayaannya yang begitu cepat memuncak telah menjadi tarikan kepada kelab-kelab utama Eropah untuk melamarnya, dan beliau kemudian menyertai Arsenal pada musim panas tahun 2008 selepas tampil dalam Kejuaraan Eropah di Perancis pada tahun itu.

Dalam mengadaptasi kelainan corak permainan bola sepak Inggeris tidak menjadi permasalahan buat Samir dan beliau telah melakukan permulaan yang baik untuk kerjayanya di Stadium Emirates apabila berjaya menjaringkan untuk penampilan sulungnya dalam Liga Perdana Inggeris Barclays, ketika menentang West Brom dalam perlawanan pembukaan Arsenal musim 2008/09.

Tahun pertama beliau di England, beliau telah melakukan 44 penampilan dengan tujuh gol, tetapi akibat patah kaki yang dialaminya dalam pra-musim memaksa beliau dikeluarkan dalam awal kempen berikutnya.

Namun, selepas itu beliau kembali bangkit dan melakukan 30 penampilan, termasuk lima tambahan jaringan gol.

Pemain ini terus meningkat naik sehingga ke tahun 2010/11, apabila beliau berjaya menghasilkan 15 gol dalam semua pertandingan dan meletakkan dirinya sebagai salah seorang pemain utama Arsenal yang paling mencabar.

Kebolehan Samir yang luarbiasa sama ada sebagai pemain midfielder tengah atau sayap, beliau telah dinamakan sebagai Pemain Tahunan Perancis Terbaik bagi tahun 2010.

Galeri Samir Nasri

Samir Nasri – wawancara selepas menandatangani –bahagian satu

Samir memberitahu yang beliau benar-benar gembira untuk menyertai Kelab dan merasai penuh kelegaan setelah perpindahannya muktamad.

Embed for external syndication

Samir Nasri - Wawancara selepas menandatangani-bahagian dua

Samir memaklumkan yang betapa beliau amat menyukai bola sepak dan kegembiraannya menjaringkan gol untuk City. Pemain tengah yang kreatif ini seterusnya berbicara tentang Arsene Wenger dan Marseille.

Embed for external syndication

Samir Nasri -  Wawancara Selepas Perlawanan

Samir menjaringkan gol pertamanya untuk Kelab ketika menentang Blackburn Rovers yang tamat dengan 4-0 di tempat lawan. Dengarkan reaksi beliau dalam wawancara selepas perlawanan.

Embed for external syndication

Lompat ke kandungan