quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout
Nolito

Nolito

9
Lahir
15 October 1986, Sanlúcar de Barramed, Sepanyol
Sertai City
30 June 2016
Nolito

Pemain antarabangsa Sepanyol yang bekerja keras menjadi pemain kedua ditandatangani Pep Guardiola dari Celta Vigo

Penyerang Sepanyol itu menyertai City dari Celta Vigo di mana dia menghabiskan masa selama tiga musim dengan menjaringkan 39 gol di 103 penampilan.

Pemain berusia 29 tahun itu telah bermain untuk Pep Guardiola di Barcelona meskipun beliau lebih banyak menghabiskan masa bersama Pasukan B dari tahun 2008 hingga 2011.

Berupaya bermain sebagai penyerang atau pemain sayap, Nolito atau nama sebenarnya Manuel Agudo Duran telah memulakan kariernya bersama Ecija Balompie dengan bermain sebanyak 76 kali antara tahun 2006 hingga 2008.

Kemudiannya beliau menyertai pasukan Barcelona B yang baru dipromosi ke liga kedua La Liga di bawah bimbingan Pep Guardiola yang selepas itu melatih pasukan utama.

Nolito kekal bersama Barcelona B selama tiga tahun dengan menjaringkan 29 gol di 106 penampilan sebelum dipromosi ke pasukan senior di bawah kendalian Guardiola dan tampil sebanyak lima kali pada musim 2010/11.

Dengan peluang bersama skuad utama yang terhad meskipun ditawarkan kontrak selama lima tahun, Nolito kemudian memilih menyertai Benfica dan kekal selama dua tahun di mana beliau menjaringkan 16 gol di 63 penampilan dalam kesebelasan utama.

Nolito kemudiannya dipinjamkan ke Granada selama enam bulan pada musim 2012/13 sebelum menyertai Celta Vigo secara kekal.

Bersama Celta beliau menyerlah menjadi salah seorang pemain terbaik yang membawanya dipanggil bermain untuk skuad kebangsaan Sepanyol pada usia 28 tahun termasuk semasa Sepanyol kalah 0-1 kepada Jerman.

Selepas dipanggil buat kali pertama untuk skuad dalam kejohanan Euro 2016 beliau menghasilkan empat gol dalam dua perlawanan persahabatan menentang Bosnia  dan Korea Selatan yang membawa beliau dinamakan antara 23 pemain skuad.

Nolito diturunkan di kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan Euro 2016 dan bertekad untuk menggunakan masa dan peluang yang diberikan sebaiknya bersama skuad kebangsaan.

Beliau yang popular di kalangan rakan-rakan sepasukan dan para penyokong, Nolito telah berusaha keras untuk sampai ke tahap yang dicapainya sekarang dan tidak sabar untuk memulakan lembaran baru kerjayanya bersama City.

Selamat Datang Nolito!

Lompat ke kandungan