quote linkedin dugout
Wilfried Bony

Wilfried Bony

14
Wilfried Bony
Lahir
10 December 1988, Cote D'Ivoire
Sertai City
06 January 2015
Wilfried Bony

Anugerah

  1. Czech First League
    Czech First League
    2009/2010
  2. African Cup of Nations
    African Cup of Nations
    2015
  3. Capital One Cup
    Capital One Cup
    2016

Penyerang berusia 26 tahun itu bersetuju pada petang ini untuk menandatangani perjanjian selama empat tahun setengah yang menyaksikan beliau kekal di Stadium Etihad sehingga akhir musim 2018/19. Bony memilih memakai jersi bernombor 14.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu tidak akan tampil untuk City sehingga selesai kejohanan Piala Negara-Negara Afrika yang berlangsung dari Januari sehingga 8 Februari, meskipun dia dan Yaya Toure mungkin akan kembali bersama pasukan lebih awal sekiranya The Elephants tersingkir dari kejohanan sebelum final.

Bony telah mengagumkan the Swans sejak menyertai pasukan Selatan Wales itu dari Vitesse pada tahun 2013. Dia telah menghasilkan 34 gol dalam 70 perlawanan untuk the Swans dan mengutip tiga dari dua perlawanan terakhir menentang City termasuk kemenangan 3-2 di hari tahun baru untuk the Blues di Stadium The Liberty, dan kemenangan 2-1 City pada November sebelumnya.

Dikatakan sebagai salah seorang penyerang terhandal di Eropah, Bony telah menjaringkan gol terbanyak Liga Perdana Inggeris pada tahun 2014 dengan jumlah keseluruhan 20 gol, lebih banyak dari Sergio Aguero, Yaya Toure, Wayne Rooney dan Edin Dzeko yang turut berada di lima teratas.

Dilahirkan di Bingerville, Wilfried bermain bola sepak jalanan sejak usia muda iaitu gaya Brazil 'Maracana' sebelum neyertai Cyrille Domoraud Academy.

Beliau menandatangani kontrak profesional pertama dengan Issia Wazi di Divisyen Perdana Ivory Coast dan kekal di kela sehingga Sparta Prague B menandatanganinya untuk pinjaman tahun 2007.

Setelah mengagumkan ramai di peringkat B untuk mendapat tempat dalam Kejohanan Liga Bolasepak Bohemian, Bony diberi kontrak penuh bersama pasukan dan kemudiannya menghasilkan 22 gol dalam 59 perlawanan, yang membawa Vitesse merembatnya pada tahun 2011.

Dia kemudian membuahkan hasil buat pasukan Belanda tersebut dengan menamatkan musim 2012-13 sebagai penjaring gol terbanyak the Eredevisia, merangkul anugerah 'Kasut Emas' dan kemudiannya menarik minat Swansea.

Di tahap antarabangsa, Bony tampil sebanyak 32 kali untuk Ivory Coast semenjak debut senior pada tahun 2010, dengan menjaringkan 11 gol.

Embed for external syndication

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
Sergio Aguero
Sebelumnya
Seterusnya
Brian Kidd
Seterusnya