quote linkedin dugout
Marlos Moreno*

Marlos Moreno*

Lahir
20 September 1996, Medellin, Colombia
Sertai City
06 August 2016
Marlos Moreno*

Penyerang muda Colombia yang semakin menyinar

Penyerang antarabangsa Colombia itu menyertai City dari Atletico Nacional dengan menandatangani kontrak selama lima tahun.

Beliau akan dipinjamkan ke pasukan La Liga, Deportivo La Coruna sehingga akhir musim 2016/17 jadi para penyokong City perlu bersabar untuk menyaksikannya beraksi pada awal musim 2017/18 nanti.

Marlos Moreno Duran dilahirkan di Medlini pada 20 September 1996, merupakan salah seorang bintang yang paling menyinar pada musim lalu di kejohanan Copa Liberatadores, menyamai Liga Juara-Juara Eropah versi Amerika Selatan, dengan menjaringkan tiga gol dalam kejohanan.

Moreno memberitahu malay.mcfc.com: "City merupakan salah satu kelab terbaik di dunia. Ia akan menjadi satu pengalaman hebat menjadi sebahagian dari kelab besar seperti City. Saya mahu menggunakan peluang ini sepenuhnya.

"Pep Guardiola merupakan salah seorang pengurus terbaik di dunia. Saya rasa dia amat gemarkan para pemain muda dan dia dapat mempertingkatkan lagi kemahiran mereka dari segi teknikal. Ia pasti mengujakan bekerja dengannya dan menjadi sebahagian dari kelab hebat ini.

Sementara itu, Pengarah Bola Sepak City, Txixi Begiristain menambah: "Marlos merupakan pemain mempunyai prospek cerah yang telah menembusi skuad kebangsaan.

"Dia seorang pemain serba boleh, beliau masih belajar namun kami percaya dia mempunyai masa depan gemilang bersama-sama City.

"Dia mencipta peluang dan menjaringkan gol-gol dan seorang pemain yang bijak, kami gembira menandatanganinya."

Persembahan permainannya yang cemerlang semasa Copa Libertadores turut membawa wartawan bola sepak Amerika Selatan, Tim Vickery mengisytiharkannya sebagai ‘Pemain Muda Paling Berbakat di Amerika Selatan’.

Vickery telah menulis tentang Moreno: “Tidak ada jaminan tapi semenjak Sergio Aguero, Alexi Sanchez dan Neymar, saya amat teruja tentang pemain muda ini.”

Moreno turut memberi inspirasi kepada Atletico untuk menjadi juara Amerika Selatan buat kali kedua pada malam Rabu dengan mengalahkan Independiente del Valle dengan agregat 2-1.

Dengan tampil kali pertama sebagai pemain gantian di separuh masa kedua ketika menentang Rionegro Aguillas pada Julai 2014, Moreno kemudiannya terus menyinar dengan menjaringkan gol pertama di peringkat profesional pada 10 September 2015.

Pemain antarabangsa Colombia ini kemudiannya dipanggil pada bulan Februari tahun berilkutnya dan tampil untuk pasukan kebangsaan senior pada bulan Mac 2015 ketika menggantikan Juan Cuadrado pada minit ke-85 dengan membantu jaringan gol kemenangan Edwin Cardona ketika menentang Uruguay.

Setahun kemudian, beliau dinamakan dalam skuad Olimpik untuk kejohanan di Rio musim panas ini di mana Colombia menjadi antara pasukan pilihan untuk menjuarainya.

Moreno cemerlang dengan bermain di sayap kiri dimana beliau boleh memotong dari dalam dan turut melakukan serangan dengan bertenaga dan penuh teliti, namun beliau juga terkenal dengan kegigihan, bijak dan berupaya untuk melihat gambaran keseluruhan ketika melakukan hantaran.

Pemain berusia 19 tahun ini boleh bermain di mana-mana posisi hadapan dan telah dibandingkan dengan pemain legenda Colombia, Fasutino Asprilia.

Moreno menjadi pemain ketujuh ditandatangani City pada musim panas 2016 menyertai Gabriel Jesus, Leroy Sane, Ilkay Gundogan, Nolito, Oleksandr Zincenhko dan Aaron Mooy di kelab.

Lompat ke kandungan

Media

Penampilan Karier 0

Moreno*
Sebelumnya
John Stones
Sebelumnya
Seterusnya
Kyle Walker
Seterusnya