quote linkedin dugout
Gabriel Jesus

Anugerah

Penyerang muda yang mengujakan menyertai Man City pada permulaan tahun 2017

Pemain berusia 19 tahun itu telah bersetuju menyertai City pada musim panas selepas bercakap dengan pengurus Pep Guardiola di telefon, namun memutuskan untuk kekal di Palmeiras sehingga selesai musim liga Brazil yang berakhir bulan November lalu.

Palmeiras telah menjuarai liga utama Brazil dengan baki satu perlawanan semenjak kali terakhir merangkulnya 22 tahun lalu dengan Jesus menyumbangkan 12 gol dan menjadi bintang membantu pasukannya.

Image result for gabriel jesus palmeiras no 33

Beliau telah memakai No.33 sepanjang tempohnya di Palmeiras dan berkata beliau sentiasa ingin memakai nombor sama di City.

“Saya telah meminta nombor tersebut, ia nombor yang saya sentiasa pakai semenjak memulakan karier profesional. Saya telah mencatat banyak kenangan manis bersamanya dan amat menyukainya, dan ingin terus memakainya untuk banyak tahun mendatang.

“Saya telah memberitahu kelab, saya minta jika nombor 33 masih ada, mereka mengatakan ya dan saya telah memilihnya.”

HOT NUMBER: Jesus will wear the number 33

NOMBOR TUAH: Gabriel Jesus bergambar di Stadium Etihad dengan jersi baharunya.

Jesus tiba dengan reputasi besar selepas memahat dirinya sebagai pemain yang kerap diturunkan untuk pasukan kebangsaan Brazil.

Beliau telah menjaringkan lima gol dari enam penampilan di peringkat antarabangsa termasuk dua gol debut semasa menentang Ecuador dengan memakai No.9.

Image result for gabriel jesus brazil v ecuador

Brazil telah memenangi kesemua enam perlawanan ketika beliau beraksi dan kini di kedudukan teratas CONMEBOL, dalam kelayakan peringkat kumpulan Piala Dunia Russia 2018.

Namun Jesus masih banyak lagi ingin dicapainya dan beliau percaya beliau boleh menambah kekuatan yang sedia ada di City.

“Impian saya sebagai pemain City ialah merangkul banyak piala, merasa gembira dan membuatkan semua peminat Manchester City turut gembira,” ujarnya.

PROLIFIC: Following his debut for Palmeiras’ first team in March 2015, the teenage sensation scored 19 goals in 39 games playing at the top level of the Brazilian and South American club game

“Saya datang ke sini untuk membantu dan merangkul banyak kejuaraan.

“Saya mahu menjulang banyak piala dan Manchester City adalah sebuah kelab yang biasa melakukannya.”

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
Yaya Toure
Sebelumnya
Seterusnya
Marlos Moreno*
Seterusnya