quote linkedin dugout

Oleksandr Zinchenko

35
Lahir
15 December 1996, Radomyshl Raion, Zhytomyr Oblast, Ukraine
Sertai City
01 July 2016
Oleksandr Zinchenko

Pemain tengah muda Ukraine yang sedang menyinar...

Mengiringi Gael Clichy dan Stefan Savic berpindah ke kelab, perjanjian Sergio Aguero menyertai City telah termeterai pada 28 Julai 2011 sebagai pemain ketiga yang menandatangani perjanjian di musim panas ini.

Kerjaya professional pemain dari Argentia ini bermula pada Julai  20 Julai 2003 ketika berumur hanya 15 tahun 13 hari. Beliau telah melakukan kemunculan sulung untuk Independiente dan menjadi pemain termuda yang melakukan penampilan sulung untuk Liga Perdana Argentina – memecah rekod sebelumnya yang dipegang oleh pemain yang juga bekas bapa mertuanya, tidak lain dan tidak bukan Diego Maradona.

Aguero berjaya memenangi Piala Dunia Bawah-20 ketika bersama-sama Argentina pada tahun 2005, sebelum mengiringi Fernando Torres menyertai Atletico Madrid di tahun kemudiannya.

Kecemerlangannya ketika bersama kelab telah dianugerahkan dengan kaps senior pertamanya pada September 2006, dan setahun kemudiannya, Aguero mengukir nama sebagai pemain yang paling menyerlah ketika Piala Dunia Bawah-20, tahun 2007. Pemenang untuk kedua-dua anugerah Kasut Emas dan Bola Emas, ‘El Kun’ menyumbangkan enam gol dalam tujuh perlawanan untuk merangkul kejayaan gelaran dunia Bawah-20.

Aguero terus mencipta kecemerlangan bersama Atletico dan setelah perpindahan Torres ke Liverpool beliau berganding dengan penyerang dari Uruguay, Dieo Forlan, menerajui kempen musim 2007/08.

Gandingan duo yang menerajui Atletico dalam kelayakan Liga Juara-Juara untuk pertama kali dalam masa sepuluh tahun Aguero telah dinamakan sebagai pemain terbaik asing  La Liga pada tahun 2008 – yang mana hanya dalam masa empat tahun Lionel Messi tidak dianugerahkan penghormatan yang sama – sebelum memenangi pingat emas sukan Olimpik bersama Argentina pada musim panas tersebut.

Pada musim 2009/10 nasib lebih berpihak kepada Aguero apabila Atleico memenangi Liga Eropah – diikuti kejayaan Super Cup Liga FA Eropah – dan hanya kalah tipis dalam perlawanan akhir Copa del Rey.

Kemunculannya dalam Piala Dunia 2010 dan Copa America 2011 membuktikan sebagai pertaruhan tetap dalam pasukan kebangsaannya dan dengan ketibaannya di Stadium Etihad telah memecahkan rekod perpindahan kelab.

Beliau tidak mengambil masa yang lama untuk mengisytiharkan dirinya sebagai penyerang paling merbahaya di dunia kepada City dengan menyumbangkan dua gol dalam kemunculan sulungnya menentang Swansea dalam perlawanan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris 2011/12, termasuk satu serangan dari jarak 30 ela yang  menyebabkan para penyokong City berdebar menanti keputusan.

Aguero menghasilkan 30 gol dalam penampilan musim sulungnya di Stadium Etihad, kemudian menjadi  pemain pertama yang berjaya sampai ke tahap tertinggi itu sejak Francis Lee pada tahun 1971/72.

Sergio menempatkan dirinya dalam sejarah Manchester City apabila mengakhiri impian kelab dalam masa 44 tahun untuk merangkul gelaran Liga Perdana yang menyaksikan gol penentunya dalam minit ke 94 menentang Queen’s Park Rangers dalam perlawanan final musim 2011/12.

Galeri Sergio Aguero

Sergio Aguero – Kemunculan Impian Sulung

Sergio mengawal bola hantaran David Silva dan menghasilkan dua gol yang diibaratkan sebagai ‘Penampilan Impian Sulung’ ketika menentang Swansea.

Embed for external syndication

Sergio Aguero – Jaringan Hat-trick menentang Wigan

Sergio menghasilkan jaringan hatrik pertamanya untuk Kelab dalam kemenangan 3-0 menentang Wigan.

Embed for external syndication

Sergio Aguero – Wawancara selepas perlawanan

Sergio memberikan reaksinya kepada kami di atas persembahan yang mantap ketika menentang Wigan termasuk jaringan hatrik dari pemain asal Argentina ini.

Embed for external syndication

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
Leroy Sane
Sebelumnya
Seterusnya
Phil Foden
Seterusnya