quote linkedin dugout
Leroy Sane

Leroy Sane

19
Pemain tengah
Lahir
11 January 1996, Essen, Jerman
Sertai City
01 August 2016
Leroy Sane

Anugerah

  1. Bundesliga
    Bundesliga
    2011/12
  2. DFB Pokal
    DFB Pokal
    2012

Pemain tengah menyerang yang mengujakan, bijak dan serba boleh

Pemain antarabangsa Jerman itu menjadi pemain ke-5 ditandatangani City pada musim panas 2016 dan akan menyarung jersi bernombor 19.

Sane telah menandatangani kontrak selama lima tahun yang akan mengekalkannya di Stadium Etihad sekurang-kurangnya sehingga tahun 2021.

Dikenali sebagai salah seorang pemain muda paling berbakat di Eropah, Sane seorang yang tangkas dan pemain yang berfikiran ke hadapan yang boleh diturunkan di bahagian sayap atau no. 10 atau ‘Sembilan Palsu’.

Dia memberitahu malay.mcfc.com: " Saya gembira berada di sini dan gembira segalanya berjalan lancar. Kini saya akan menetap di Manchester dan bermain untuk City.

" Satu sebab saya memutuskan untuk menyertai City adalah kerana Pep Guardiola, dia telah meyakinkan saya untuk datang ke sini dan saya boleh terus memajukan diri saya. Saya tahu saya akan dapat banyak belajar darinya, dan kini saya boleh melangkah seterusnya dalam karier saya.

"Saya telah mengikuti Pep semasa di Barcelona dan Bayern di mana dia telah mencapai banyak kejayaan dan bekerja dengan baik bersama para pemain muda.

"Saya rasa dia dapat menjadikan saya seorang pemain 'lengkap'. Saya fkir saya memerlukan sedikit masa untuk menyerlah kerana ia satu liga berlainan dengan cara bermain yang berbeza, tapi saya rasa saya akan dapat sesuaikan diri dengan cepat." 

Pengurus Pep Guardiola yang pernah memuji bakat Sane ketika mengendalikan Bayern Munich berkata:

" Dia mempunyai bakat istimewa dan seorang pemain yang mengujakan yang saya fikir para penyokong kita akan seronok menyaksikannya bermain nanti.

“Dia mempunyai keupayaan teknikal, selesa dengan bola dan banyak perkara bolah dikagumi tentang cara dia bermain bola sepak.

“Dia tangkas, gemar mencipta peluang untuk rakan-rakan sepasukan, bekerja keras dan turut menjaringkan gol.

“ Dia mempunyai sikap positif dan amat sesuai dengan skuad kita.

“Pada usia 20 tahun, dia masih banyak masa untuk dibangunkan sebagai pemain profesional namun dia sudah menjadi sebahagian dari pasukan kebangsaan Jerman, dan saya rasa dia akan menjadi asset penting untuk kelab.

“Kami amat gembira dia telah memutuskan untuk menyertai kita.”

Bintang Sane menyerlah ketika di Akademi “Nachwuchsleistungszentrum’ milik Schalke di mana beliau menghabiskan masa selama tiga musim sebelum menyertai Bayern Leverkusen pada tahun 2008 dan kembali menyertai Schalke tiga tahun kemudiannya dan dipromosi ke skuad senior ketika menentang VfB Stuttgart pada 20 April 2014.

Ia merupakan penampilan tunggal pada musim 2013/14 namun sejak itu penyerang kelahiran Essen itu melakukan kemajuan dari tahun ke tahun dengan pantas dan tampil dalam lebih perlawanan Bundesliga setiap musim.

Pada musim 2014/15 telah menyaksikan Sane melawat Akademi Bola Sepak City buat pertama bersama Schalke Bawah-19 dan telah menarik perhatian ketika seri 1-1 dengan pasukan bimbingan Patrick Vieira di kejohanan Liga Juara-Juara Remaja UEFA.

Meskipun Schalke tersingkir di Pusingan 16 akhir dengan penalti, Leroy merupakan salah seorang pemain paling menyerlah yang membawa beliau dipromosi ke skuad utama Schalke.

Tanpa syak lagi perjalanan kariernya yang menjadi titik pencapaiannya kini ialah ketika debut Liga Juara-Juara Eropah untuk Die Konigsblauen di Santiago Bernabeu di mana Schalke telah mengejutkan Real Madrid pada 10 Mac 2015.

Sane telah menjaringkan gol kemenangan cantik dalam kejayaan menundukkan Real 4-3 walaupun tidak menang secara agregat dalam dua perlawanan untuk mara ke peringkat kalah mati, Sane telah memahat namanya di laman juara sepuluh kali Eropah tersebut.

Musim lalu, 2015/16, Sane menyinar di peringkat kelab dan bersama pasukan kebangsaan Jerman apabila tampil sebanyak 42 kali untuk Schalke dengan sembilan gol.

Lahir kepada juara gimnastik berirama Jerman, Regina Weber dan bekas pemain bola sepak antarabangsa Senegal, Souleymane Sane, pemain berusia 20 tahun itu mempunyai dwi kewarganegaraan  Perancis dan Jerman, namun memilih mewakili penyandang juara Piala Dunia dengan tampil debut pada 13 November menentang Perancis.

Sane telah dipanggil oleh pengurus Jerman, Joachim Low pada musim panas untuk kejohanan Euro 2016 d mana beliau mewakili negara di semi final kalah kepada tuan rumah Perancis.

Beliau menyertai Ilkay Gundogan, Nolito, Aaron Mooy dan Oleksandr Zinchenko tiba di Stadium Etihad semasa jendela perpindahan musim panas 2016/17.

Lompat ke kandungan

Media

Penampilan Karier 29

Sane
Sebelumnya
Kevin De Bruyne
Sebelumnya
Seterusnya
Oleksandr Zinchenko
Seterusnya