quote linkedin dugout
Kevin De Bruyne

Kevin De Bruyne

17
Pemain tengah
Kevin De Bruyne
Lahir
28 June 1991, Drongen, Belgium
Sertai City
30 August 2015
Kevin De Bruyne

Anugerah

  1. Belgian Pro League
    Belgian Pro League
    2009
  2. Belgian Pro League
    Belgian Pro League
    2010/11
  3. DFB Pokal
    DFB Pokal
    2015
  4. Capital One Cup
    Capital One Cup
    2016

Salah seorang pemain tengah menyerang terbaik di Eropah

Pengurus Manuel Pellegrini mengatakan: “Kami amat gembira dapat membawa masuk Kevin ke dalam pasukan kami dan saya tiada ragui yang beliau akan mencipta kejayaan besar sekembalinya ke Liga Perdana Inggeris.

“Ia memerlukan seorang pemain bola sepak yang istimewa untuk memperkukuhkan skuad kami dan saya tidak syak lagi Kevin adalah salah seorang darinya – dia mempunyai ciri-ciri yang kami perlukan dari segi mental, fizikal, taktikal dan teknikal dan segalanya memenuhi kehendak kami.

“Kami suka bermain bola sepak atraktif, secara menyerang dan dengan membawa masuk seorang pemain seperti De Bruyne ia dapat menambah kekuatan bahagian hadapan kami.”

Memulakan karier profesionalnya di Genk di negara kelahirannya, Belgium, Kevin tampil pertama kali untuk pasukan utama pada Mei 2009 dan kemudiannya kekal di posisi skuad utama bagi kelab Liga Pro tersebut.

Pada musim keduanya sebagai pemain yang kerap diturunkan, De Bruyne menjadi sebahagian dari ahli skuad dalam kejayaan Genk menjuarai liga dengan membantu 17 jaringan gol di kesemua kejohanan dan menghasilkan enam gol.

Reputasinya di kelab sebagai ‘raja pembantu jaringan gol’ liga dikembangkan lagi di musim berikutnya dimana beliau menambah 15 bantual gol lagi yang telah menarik Chelsea yang kemudiannya telah membawa Kevin ke Stamford Bridge tahun 2012.

Kevin menghabiskan musim pertama sebagai pemain Chelsea dengan dipinjamkan ke Werder Bremen, Jerman dimana beliau merasai buat pertama kali pengalaman beraksi di Bundesliga, dengan tampil sebanyak 34 kali dan menjaringkan 10 gol serta membantu 10 gol lagi.

Pencapaian tersebut menjadi bualan ramai di Jerman dan pada Januari 2014 beliau kemudiannya menyertai Wolfsburg dengan perpindahan secara kekal.

Kevin terus tidak menoleh ke belakang, dia kemudiannya melakukan 33 bantuan jaringan gol dalam 72 penampilan untuk Wolfsburg dalam semua kejohanan dan membantu negaranya, Belgium hingga ke suku akhir Piala Dunia di Brazil tahun 2014 dimana beliau menjaringkan satu gol penting yang telah membantu the Red Devils mengatasi Amerika Syarikat di pusingan kedua.

Secara keseluruhannya, De Bruyne tampil sebanyak 33 kali untuk Belgium dengan menghasilkan lapan gol.

Dia menyertai City dengan reputasinya sebagai salah seorang pemain terbaik Eropah, pemain serba boleh yang boleh beraksi sama ada di bahagian sayap atau di belakang penyerang.

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
Ilkay Gundogan
Sebelumnya
Seterusnya
Leroy Sane
Seterusnya