quote linkedin dugout
Ilkay Gundogan

Ilkay Gundogan

8
Pemain tengah
Ilkay Gundogan
Lahir
24 October 1990, Gelsenkirchen, Jerman
Sertai City
02 June 2016
Ilkay Gundogan

Anugerah

  1. Bundesliga
    Bundesliga
    2011/12
  2. DFB Pokal
    DFB Pokal
    2012

Pencipta, pemain tengah yang bijak dari kotak ke kotak

Pemain antarabangsa Jerman, Gundogan sertai City dari Borussia Dortmund dengan menandatangani kontrak selama empat tahun.

Pemain tengah yang kreatif dan berteknikal berusia 25 tahun boleh bermain mana-mana posisi di bahagian tengah dan akan memberi banyak pilihan kepada pengurus baru, Pep  Guardiola.

“Saya teruja menyertai Manchester City,” ujar Gundogan. “Apabila saya mengetahui City berminat, hati saya terus tertarik untuk ke sini dan segalanya berlaku amat pantas.

“Saya gembira ketika bersama Borussia Dortmund dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab dan para penyokong selama lima tahun saya di sana.

“Mereka telah memberi saya platfom untuk bermain dan menjadikan saya seorang pemain lebih baik dengan kepercayaan, kesabaran dan ketelusan yang ditunjukkan pada saya.

“Kini saya mempunyai cabaran baru iaitu mencapai segala impian besar besama City. Peluang untuk bermain di bawah bimbingan jurulatih hebat seperti Pep Guardiola adalah sesuatu yang saya sentiasa inginkan dan saya terharu menjadi pemain pertama ditandatangani kelab musim panas ini.

“Saya berjanji kepada para peminat City saya akan berikan segalanya untuk membantu pasukan menjuarai Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah. Ia masa penuh mengujakan.

Ilkay Gündogan gives an 11 minute interview with Man City TV after signing (Official Video)

“Saya ada beberapa tahun terbaik di hadapan saya dan saya rasa kami boleh mencapai siri kejayaan penting bersama-sama. Saya tidak sabar untuk memulakan lembaran baru dalam karier saya.”

Pemain tengah berusia 25 tahun ini telah tampil sebanyak 157 kali sepanjang lima musim bersama Borussia Dortmund dan mewakili Jerman sebanyak 16 kali dengan menjaringkan empat gol.

Pengarah Bola Sepak City, Txixi Begiristain menambah: “Ilkay merupakan penambahan pemain hebat buat pasukan kami dan kami gembira dengan penyertaannya.

“Dia seorang pemain tengah yang bijak dan serba boleh di mana dapat bermain di beberapa posisi berbeza. Saya rasa para penyokong City akan dapat menikmati cara kerjanya yang beretika dan keupayaan teknikalnya, dan saya percaya dia akan menjadi seorang pemain penting buat kami dalam beberapa tahun mendatang.”

Dilahirkan di Gelzenkirchen, Jerman, dia memulakan kariernya bersama kelab bola sepak tempatan, Schalke 04 di peringkat remaja sebelum berpindah ke SV Gelsenkirchen-Hessler 06 di mana beliau menghabiskan lima tahun pertamanya dan kemudian meneruskan kerjayannya di SVV Buer.

Pada umur 15 tahun, beliau menandatangani Vfl Bochum dengan melakukan penampilan peringkat senior semasa kempen musim 2008/09.  Setelah melakukan beberapa penampilan untuk pasukan pilihan kedua Bochum beliau berpindah ke FC Nurnberg dengan tampil sebanyak 53 kali di awal perlawanan antara tahun 2009 hingga 2011.

Semasa tahun pertamanya di Westfalenstadion, beliau memainkan peranan penting membantu pasukannya menjuarai Bundesliga dan Piala Jerman dengan bermain sebanyak 36 kali dan menjaringkan empat gol.

Semasa tahun kedua, Ilkay telah membantu Dortmund sampai ke final Liga Juara-Juara Eropah di Wembley dengan menjaringkan gol tunggal melalui sepakan penalti yang membawa pasukan bimbingan Klopp ketika itu kalah 2-1 kepada Bayern Munich.

Kecederaan di bahagian belakangnya telah membawa beliau dipinggirkan semasa musim 2013/14 namun beliau kembali cemerlang semasa kempen musim 2013/14 namun kemudianya  kembali  menyengat pada musim 2014/15 dan 2015/16 yang dianggap musim terbaiknya.

Gundogan dalam proses pemulihan dari kecederaan lututnya yang membawa beliau digugurkan dari skuad Jerman untuk Euro 2016.

Jangan lupa ikuti temubual eksklusif beliau bersama CityTV.

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
Fernando Reges
Sebelumnya
Seterusnya
Kevin De Bruyne
Seterusnya