quote linkedin dugout
Fabian Delph

Seorang pemain tengah yang bekerja keras penuh bertenaga dan disenangi sesiapa sahaja

Pemain tengah berusia 25 tahun yang dilahirkan di Bradford, Yorkshire, England itu telah melepasi pemeriksaan kesihatan pada Jumaat dan akan diterbangkan ke Australia pada hujung minggu ini untuk sertai rakan sepasukan barunya dalam latihan pramusim.

Dia akan menyarung jersi nombor 18 untuk City.

Fabian Delph signing

Dengan enam penampilan untuk England, Delph memulakan kariernya di Leeds United dengan 50 penampilan dari tahun 2006 hingga 2009.

Pada 2009, dia telah diundi sebagai Pemain Muda Terbaik Tahunan Leeds United dan Pemain Terbaik Tahunan Leeds United; dia juga disenaraikan dalam Pasukan Terbaik League One Tahunan termasuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Liga Bola Sepak untuk menutup tirai kempen terbaiknya dalam pasukan Lilywhites.

Setelah dikenali sebagai pemain paling berbakat di luar Liga Perdana Inggeris, dia berpindah ke Aston Villa pada 2009 pada usia 19 tahun.

Dia telah kekal menjadi pemain penting dalam pasukan utama, dan telah diundi sebagai Pemain Terbaik Tahunan Kelab pada 2013/14.

Fabian telah mewakili England dalam skuad bawah-19 dan bawah-21, dan telah membuat penampilan pertama skuad senior semasa melawan Norway pada September 2014. Dia juga telah dilantik menjadi kapten setelah menandatangani kontrak barunya di Aston Villa di bawah naungan pengurus baru, Tim Sherwood.

Sepanjang kariernya di West Midlands, Delph telah tampil dalam 128 perlawananan untuk Villa dengan lapan gol.

Manuel Pellegrini mengakui gembira akan kata setuju Delph untuk menyertai City. Katanya: ”Fabian Delph ialah pemain yang bagus, dan saya tidak sabar untuk mula bekerja dengannya. Dia telah memberi impak yang besar dalam musim-musim lepas bersama Aston Villa dan kini merupakan salah seorang bintang pemain tengah di Liga Perdana Inggeris.

“Fabian mempunyai banyak kemahiran dan tenaga. Dengan fakta yang dia selalu disenaraikan bermain untuk skuad England adalah bukti perkembangan kariernya sejak beberapa musim lepas. Pada usia 25 tahun, dia masih mempunyai banyak peluang untuk mencapai ke prestasi puncaknya.

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
David Silva
Sebelumnya
Seterusnya
Fernandinho Luiz Roza
Seterusnya