quote linkedin dugout
Pep Guardiola

Pep Guardiola

Lahir
18 January 1971, Santpedo, Sepanyol
Sertai City
01 July 2016
Pep Guardiola

Pep Guardiola tiba di Stadium Etihad dengan reputasi tinggi dalam dunia bola sepak sebagai pencipta, penguasa taktikal dan pemimpin.

Pep atau nama penuhnya, Josep "Pep" Guardiola Sala, asal Catalan berusia 45 tahun itu meraih 22 trofi sepanjang tujuh tahun mengendalikan Barcelona dan Bayern Munich dan akan diperkenalkan secara umum kepada para peminat di acara khas ‘Cityzens Weekend’ hari Ahad, 3 Julai.

Pada hari yang sama lencana dan kit baru laman sendiri Manchester City turut dilancarkan yang menandakan era baru kelab.

Guardiola akan mula melatih pasukan utama City pada hari Isnin 4 Julai dan perlawanan pertama akan dikendalikannya ialah menentang kelab lamanya, Bayern pada 20 Julai di Allianz Arena dalam perlawanan persahabatan.

Manchester City manager Pep Guardiola is presented to the fans.

Kemudiannya beliau dan pasukannya akan terbang ke Asia untuk sesi jelajah pramusim.

Ketua jurulatih yang telah menandatangani kontrak tiga tahun itu telah bercakap kepada CityTV yang disiarkan nanti di laman web kami ketika ditemuramah oleh Noel Gallagher tentang harapannnya musim-musim akan datang.

Katanya: “Saya telah memilih Manchester City kerana mereka mahukan saya datang ke sini sejak sekian lama. Saya kenal Txixi Begiristain dan Ferran Soriano semasa di Barcelona dan saya amat gembira berada di sini.

“Saya ingin yakinkan para pemain menjadi yang terbaik mungkin dan saya mahu bukan hanya para penyokong kita merasa bangga cara kita bermain bola sepak tapi juga para peminat bola seluruh dunia.

“Saya tiada jangkaan awal sebelum datang ke England atau tentang bola sepak di Liga Inggeris. Saya ingin belajar sebanyak yang mungkin.

“Saya ada gambaran bagaimana mereka bermain tapi ketika saya tiba di Jerman bersama Bayern Munich, saya ada beberapa gambaran bagaimana pasukan bermain tapi saya telah merubah mereka apabila masa berlalu.

“Saya tahu betapa sukarnya Liga Perdana Inggeris dan sebahagian mengatakan kepada saya yang saya akan mendapatinya sukar bermain di England, jadi saya katakan kepada diri saya sendiri, ‘Mengapa tidak?, Oleh sebab itulah saya di sini kerana saya mahu mencuba.

“Ia satu cabaran besar tapi di Barcelona dan Bayern Munich para pemain idea-idea saya dan diharap ia akan turut berlaku di sini. Apabila semuanya berlaku, segalanya akan mudah.

“Kami telah menemui cara bagaimana untuk menang dan jika kami memenangi satu perlawanan, minggu depan kami akan katakan, ‘Ok, ayuh cuba lakukan perkara sama minggu ini’, dan jika kami menang lagi, saya akan katakan ‘ ayuh lakukan perkara-perkara sama yang telah membawa kemenangan dalam dua perlawanan lalu.

“Saya telah dimaklumkan yang ia sukar melakukannya dalam Liga Perdana Inggeris tapi kami telah lakukannya di Barcelona dan Bayern Munich dan ramai mengatakan, ‘Ya, kerana mereka adalah Barcelona dan Bayern, ia tidak mungkin di England, dan saya katakan, ‘Ok, mari kita cuba dahulu.

“Saya cintakan kerja saya dan para pemain harus sedar yang saya di sini dan hanya bekerja untuk mereka.”

Guardiola telah memulakan kerjayanya sebagai pengurus pasukan Barcelona B tahun 2007 sebelum mengambil alih tugasan sebagai jurulatih pasukan senior setahun kemudian.

Bercakap tentang para pemain muda dan akademi kelab, Guardiola mengatakan setiap pemain akan memulakan lembaran baru dan ia bergantung kepada para pemain menunjukkan keinginan mereka komitmen dari hari pertama.

“Saya juga datang dari akademi terbaik dunia di Barcelona dan ketika saya berjaya menembusi pasukan utama, saya sudah kenal para pemain seperti Pedro dan Busquets, jadi saya cepat serasi, jika anda seorang pemain muda yang mempunyai keupayaan dan mereka tunjukkan kepada saya semangat untuk berjaya dalam dunia bola sepak, mereka akan mendapat perhatian saya. Ia semua bergantung pada kualiti dan semangat.”

Manchester City manager Pep Guardiola is presented to the fans.

Bos baru City juga turut memberi pesanan kepada para peminat City, katanya: “Apabila saya tiba di Stadium Etihad bersama pasukan Barcelona dan Bayern, suasana di sini amat berlainan dan ia juga amat berbeza antara bola sepak Inggeris berbanding liga dunia lain.

“Saya mahu memberitahu para peminat City yang mereka akan merasai amat berbanggan dengan pasukan mereka, para pemain akan berjuang dan saya akan pastikan semua itu nanti.

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
John Stones
Sebelumnya
Seterusnya
Kyle Walker
Seterusnya