quote linkedin dugout
Mikel Arteta

Pembantu jurulatih

Arteta merupakan ahli pertama barisan jurulatih berwajah baru beserta para pegawai lain yang akan diumumkan secara rasmi nanti oleh pihak kelab.

Beliau memegang posisi rasmi sebagai Pembantu Jurulatih telah memulakan kerjayanya sebagai pemain bersama pasukan junior Barcelona sebelum menghabiskan masa secara pinjaman di Paris St Germain dan kemudiannya menyertai pasukan Rangers di Scotland.

Mikel kekal di Ibrox, Glasgow selama dua tahun sebelum kembali di Sepanyol menyertai Real Sociedad, namun hanya selepas satu musim kembali semula ke UK dan kali ini bersama Everton.

Dia tinggal di Goodison Park selama tujuh tahun dengan bermain lebih 200 perlawanan untuk the Toffees dan berpindah ke Arsenal tahun 2011.

Arteta, 34, tampil sebanyak 150 kali di permulaan perlawanan untuk pasukan kendalian Arsene Wenger namun meninggalkan kelab akhir musim lalu dengan menerima tawaran dalam pengurusa pasukan.

Menyentuh ‘lemabaran baru’ kerjayanya, Arteta berkata: “Berikutan spekulasi media tentang masa depan saya, kini saya sahkan yang saya akan meninggalkan Arsenal dan bersara sebagai pemain dan akan memulakan tugasan sebagai jurulatih di Manchester City.

“Saya gembira sepanjang lima tahun di Arsenal dan ia satu penghormatan menjadi kapten pasukan hebat ini.

“Sepanjang karier saya selama ini, saya sentiasa bersemangat untuk membangunkan diri saya selain menjadi pemain.

“Kejurulatihan adalah sesuatu yang saya sentiasa ingin ceburi dan saya telah bekerja keras di luar padang untuk membangunkan kemahiran saya untuk meneruskan kerjaya saya dalam bidang ini selepas saya bersara sebagai pemain.

“Saya cukup bertuah dapat bermain di bawah bimbingan sebahagian jurulatih hebat sepanjang karier saya, dan diharap saya dapat menggunakan elemen-elemen tersebut dan segala yang telah saya pelajari dari mereka untuk membantu City mencapai kejayaan.

“Saya kini tidak sabar dengan cabaran di hadapan di Manchester City. Peluang menyertai Pep Guardiola dan pasukan jurulatihnya adalah peluang keemasan buat saya, dan saya amat teruja dengan masa depan saya.”

Ketibaan Arteta merupakan pengumuman kedua penting pada hujung minggu berikutan pengurus pasukan England Bawah-19, Lee Carsley telah dinamakan sebagai pengurus City Bawah-18, dengan Jason Wilcox kini menjawat jawatan sebagai Ketua Jurulatih Akademi.

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
John Stones
Sebelumnya
Seterusnya
Kyle Walker
Seterusnya