quote linkedin dugout
Joe Hart*

Anugerah

  1. Fa Cup
    Fa Cup
    2011
  2. Premier League
    Premier League
    2011/12
  3. Capital One Cup
    Capital One Cup
    2014
  4. Premier League
    Premier League
    2013/14
  5. Capital One Cup
    Capital One Cup
    2016

Penjaga gol No.1 England yang antara paling lama bersama kelab hingga kini...

Joe dibeli oleh Stuart Pearce pada bulan Mei 2006 dari pemain tuan rumah kelab Shrewsbury Town.

Kerjaya profesional beliau dengan Shrews bermula pada musim 2003/04 apabila dia bermain beberapa permainan sebelum menjadi penjaga gol pilihan pertama dalam kempen 2005/06.

Beliau adalah penjaga gol England Bawah-19 apabila menyertai the Blues dan melakukan penampilan sulung pasukan pertamanya pada 14 Oktober 2006 ketika menentang Sheffield United dan beliau berjaya mengekalkan rekod bersih dengan seri tanpa jaringan.

Joe telah dipinjamkan ke Tranmere pada awal Januari 2007 dan telah dipilih dengan serta-merta untuk pasukan England Bawah-21. Beliau membuat penampilan pada separuh masa kedua menentang Sepanyol dalam perlawanan seri 2-2.

Pengalaman seterusnya telah diperolehi apabila dipinjam oleh Blackpool, dan apabila dia kembali ke City akhirnya berjaya menumpaskan cabaran ke atas pemain nombor satu Sweden Andreas Isaksson dan Kasper Schmeichel untuk menjadi pilihan pertama Sven-Goran Eriksson.

Beliau memenangi kaps England pada bulan Jun 2008 ketika menentang Trinidad dan Tobago dan memulakan musim tersebut dengan memakai jersey No 1 menggantikan Shay Given pada bulan Januari. Setelah melakukan 50 penampilan pasukan utama, Hart menghabiskan musim panas tahun 2009 bermain untuk England Bawah-21 pada Kejohanan Eropah di Sweden. Aksi-aksi mendebarkan dengan sepakan penalti di separuh akhir menyaksikan Joe berjaya menyelamatkan beberapa jaringan dan bolos  satu jaringan- tetapi kad kuning yang dilayangkan kepadanya iaitu kad yang kedua dalam kejohanan itu, menyebabkan beliau tidak dapat menyertai perlawanan akhir.


Dalam masa tersebut pinjaman untuk musim-panjang bagi membantu Birmingham City juga telah disahkan. Rentetan kejayaan cemerlangnya di St Andrews, beliau telah dinamakan dalam Pasukan PFA bagi Tahun tersebut dan dimasukkan ke dalam skuad England di bawah pengurusan Fabio Capello untuk Piala Dunia.

Beliau tidak bermain dalam kempen yang tidak menyebelahi England, tetapi beliau telah membuatkan Roberto Mancini cukup kagum dengannya dalam pra-musim untuk mendapatkan kelulusan sebagai penjaga gol pilihan pertama City bagi awal tahun 2010/11.

Rentetan dari perlawanan pertama musim tersebut  Joe telah dianugerahkan sebagai pemain terbaik permainan ketika seri 0-0 dengan Tottenham, beliau tidak menoleh ke belakang dan telah mengukuhkan reputasinya sebagai salah seorang penjaga gol yang paling mantap di Eropah, juga pemain England no. 1 yang sukar dipertikaikan dan menerima ‘Sarung Tangan Emas’ untuk Liga Perdana apabila City menjulang gelaran pada kempen 2011/12.

Joe merupakan salah seorang daripada pemain senior dalam kedudukan teratas pemain City selepas enam tahun bersama kelab, dan reaksi gerak perlahan jaguh pasukan Sergio Aguero menentang QPR pada perlawanan terakhir telah menjadi salah satu video yang paling popular di laman web. Ini menunjukkan betapa banyak kejayaan kelab akhir-akhir ini hasil sumbangan beliau.

Sebagai salah seorang permain terkemuka England semasa Piala Eropah musim panas 2012, Hart memberi persembahan permainan cemerlang England di Poland dan Ukraine melalui kempen 2012/13, dan ke arah mencipta nama sebagai salah seorang penjaga gol terbaik yang pernah City miliki.

Joe merangkul dua piala Liga Perdana Inggeris, satu Piala FA dan dua Piala Liga dan bersama pasukan kebangsaan England beliau beraksi dalam Piala Dunia 2014 dan Euro 2016. Joe telah menyertai Torino untuk semusim panjang pada 31 Ogos 2016 secara pinjaman dan dipinjamkan ke West Ham United untuk musim 2017.18.

 

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
Angus Gunn
Sebelumnya
Seterusnya
Ederson Moraes
Seterusnya