quote linkedin dugout
Ederson Moraes

Ederson Moraes

31
Penjaga gol
Lahir
17 August 1993, Osasco, Brazil
Sertai City
01 July 2017
Ederson Moraes

Penjaga gol muda Brazil yang berbakat...

Penjaga gol pasukan Brazil Bawah-23 itu akan tiba secara rasmi di Stadium Etihad pada musim panas ini selepas menyerlah bersama pasukan juara Portugal sepanjang musim 2016/17.

Beliau menjadi pemain keempat Brazil di Manchester City disamping Fernandinho, Fernando dan Gabriel Jesus dan merupakan salah seorang penjaga gol muda paling menyinar di dunia bola sepak kini.

Dilahirkan di Santana de Moraes, Ederson yang kini berusia 23 tahun telah memulakan kariernya bersama Sao Paulo FC dengan menghabiskan masa selama dua tahun sebelum menyertai Divisyen Kedua Portugis, Ribeirao pada

Pemain remaja yang berbakat ini telah bermain sebanyak 30 perlawanan sebelum ditandatangani Liga Pertama Portugal, Rio Ave hanya selepas semusim.

Beliau kekal di Rio Ave selama tiga musim dengan tampil sebanyak 63 kali di kesemua kejohanan dan menarik perhatian banyak kelab-kelab besar Portugal termasuk Benfica yang telah membelinya dengan harga sekitar £500,000.

Selepas bersetuju dengan perjanjian lima tahun bersama Benfica, beliau telah bermain beberapa perlawanan untuk Benfica B yang pada mulanya. 

Kemudian beliau menggantikan pilihan pertama penjaga gol Benfica yang juga penjaga gol No. 1 pasukan kebangsaan Brazil, Julio Cesar sepanjang kempen 2016/17 dan membantu Benfica menjuarai liga utama dan piala domestik Portugal.

Memiliki kelebihan refleksi dan distribusi bola yang cemerlang, pemain berkaki kidal ini turut cepat mengesan potensi bahaya dengan tangkas mengamankannya.

Reputasinya untuk penyelamatan titik kosang (point-blank) menjadikannya penjaga gawang popular di kalangan para penyokong Ben

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
Claudio Bravo
Sebelumnya
Seterusnya
Joe Hart*
Seterusnya