quote linkedin dugout
Claudio Bravo

Claudio Bravo

1
Penjaga gol
Lahir
13 April 1983, Viluco, Chile
Sertai City
25 August 2016
Claudio Bravo

Rekod mewakili negara dan kapten pasukan kebangsaan Chile..

Bravo membawa bersamanya pengalaman yang kaya termasuk menjuarai La Liga sebanyak dua kali bersama Barca dan dua kali menjuarai Copa America bersama pasukan negaranya dengan tampil sebanyak 106 kali dan turut menjadi kapten pasukan.

Pemain berusia 33 tahun itu mencapai kaps ke-100 semasa Copa America Centenario baru lalu di Amerika Syarikat ketika Chile menewaskan Argentina di final dengan penalti penentuan dan ia merupakan pemain pertama Chile mencapai angka tersebut.

Dilahirkan di Viluco, Chile, Bravo telah memulakan kariernya bersama Colo-Colo dengan tampil sebanyak 123 kali antara tahun 2002 hingga 2006 sebelum menyertai Real Sociedad dengan sokongan Xabier Mancisidor yang kini merupakan jurulatih penjagaan gawang City.

Bravo kekal bersama the Royals selama lapan tahun dengan tampil sebanyak 237 kali dan menjaringkan satu gol menentang Gimnastic tahun 2010.

Beliau berpindah ke Barcelona tahun 2014 dan menjuarai lapan kejohanan berbeza dalam masa hanya dua tahun dengan bermain sebanyak 75 kali dan dinamakan dalam Pasukan Terbaik La Liga musim 2014/15.

Bravo turut dinobat sebagai Penjaga Gol Terbaik Copa America tahun 2015 dan 2016 dan turut dinamakan dalam Pasukan Terbaik Kejohanan dua tahun berturut-turut.

Ayah kepada empat orang anak ini berkata: “Saya amat berbangga menyertai Manchester City. Saya tahu kelab ini sedang membangunkan sesuatu yang istimewa dan saya harap saya dapat menjadi sebahagian dari yang mencipta banyak kejayaan dalam beberapa tahun mendatang.

“Saya telah mengikuti perkembangan City sejak beberapa tahun dan sudah tentu saya kenal sebahagian rakan-rakan sepasukan yang baru semasa bersaing di Copa America.

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
Angus Gunn
Sebelumnya
Seterusnya
Joe Hart*
Seterusnya