quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout
Riyad Mahrez

Riyad Mahrez

26
Pemain tengah
Lahir
21 February 1991, Sarcelles, France
Sertai City
10 July 2018
Riyad Mahrez

Pemain antarabangsa Algeria berusia 27 tahun itu telah menandatangani kontrak lima tahun dan telah memilih menyarung jersi bernombor 26.

Mahrez yang menjuarai Liga Perdana Inggeris bersama Leicester tahun 2016 berkata beliau tidak sabar untuk memulakan kariernya di City, kelab yang beliau rasakan menawarkannya peluang merangkul piala-piala kejuaraan dan suasana yang dapat beliau memperbaiki lagi permainannya.

Mahrez yang lahir di Perancis dan memulakan kariernya secara profesional di La Havre dimana beliau telah tampil sebanyak 67 kali sepanjang tempoh tiga tahun.

Beliau menandatangani Leicester City tahun 2013 dan telah membantu pasukan dipromosi ke Liga Perdana Inggeris pada akhir musim pertamanya. Dia bermain sebanyak 19 kali dan menjaringkan tiga gol, membawa pasukan menamatkan musim pertama dengan kukuh di musim awal transisinya.

Pada musim 2014/15 telah menyaksikan Leicester menyudahi di kedudukan ke-14 dengan tujuh kemenangan dari sembilan perlawanan terakhir liga mereka, menyelamatkan mereka dari zon penyingkiran.

Pada tahun 2016, ia adalah musim kejuaraan umpama mimpi khayalan jadi nyata. Mahrez mendapat pengiktirafan dinamakan sebagai Pemain Terbaik PFA dan termasuk dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA selepas menjaringkan 17 gol dalam 37 perlawanan. 

Dalam dua tahun terakhirnya bersama Leicester beliau mengumpul 23 gol, namun Foxes gagal mengulangi kecemerlangan tahun 2016 dengan berakhir di tangga ke-12 tahun 2017 dan kesembilan musim lalu.

Secara keseluruhannya, Riyad telah bermain sebanyak 179 kali buat Leicester dengan menghasilkan 48 gol.

 

Lompat ke kandungan