quote linkedin dugout
Kyle  Walker

Dikenali sebagai salah sorang pemain pertahanan menyerang terbaik di Eropah...

Pemain pertahanan kanan itu berpindah dari Tottenham Hotspur dengan perjanjian lima tahun dan memilih menyarung jersi No.2

Beliau menjadi pemain ketiga ditandatangani City musim panas 2017/18 mengikut jejak langkah Bernardo Silva dan Ederson Moraes.

Walker telah memulakan kerjayanya di Sheffield United dimana beliau menghabiskan masa dipinjamkan sekejap ke Northampton sebelum kembali semula ke Bramhall Lane dan menyerlah dalam beberapa perlawanan terakhir musim 2008-09 dalam Sheffield berjaya bermain dalam perlawanan playoff Championship.

Pemain berusia 27 tahun telah ditandatangani Spurs pada musim panas tersebut dan secara serta merta dipinjamkan ke Sheffield sebagai sebahagian dari syarat perjanjian untuk pembangunan berterusan.

Namun selepas beberapa bulan pertama musim 2009/10 beliau dipanggil kembali oleh Spurs dan tampil dalam dua perlawanan bersama pasukan senior.

Kemudiannya beliau dipinjamkan ke QPR dan Aston Villa untuk menimba pengalaman bersama pasukan utama dan tahun 2011 beliau kembali ke White Hart Lane dan semenjak itu menjadi pilihan pertama bek kanan.

Beliau tampil sebanyak 228 kali buat Tottenham Hotspur di semua kejohanan dengan menjaringkan empat gol dan pada musim lalu telah membantu pasukan kendalian Mauricio Pochettino menjadi naib juara Liga Perdana Inggeris, posisi tertinggi dicapai dalam era baru liga.

Penampilan pertamanya buat England dalam kemenangan 1-0 ke atas Sepanyol tahun 2011. Beliau tampil sebanyak 27 kali buat the Three Lions dan paling terkini diturunkan sebagai pemain gantian dalam kekalahan 3-2 kepada Perancis di Stade de France, perlawanan persahabatan 13 Jun 2017.

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
Jose Angel Tasende
Sebelumnya
Seterusnya
Nicolas Otamendi
Seterusnya