quote linkedin dugout
John  Stones

John Stones

24
Pertahanan
Lahir
28 May 1994, Barnsley, England
Sertai City
09 August 2016
John  Stones

Seorang pemain pertahanan bijak dan berkelas...

Pemain pertahanan antarabangsa England telah menandatangani kontrak selama enam tahun yang menyaksikan beliau kekal di Stadium Etihad sehingga tahun 2022 dan akan menyarung jersi No.24.

Stones menjadi pemain kelapan ditandatangani City di bawah era Pep Guardiola mengikuti jejak langkah Ilkay Gundogan, Nolito, Oleksandr Zinchenko, Aaron Mooy, Leroy Sane, Gabriel Jesus dan Marlos Moreno.

Dilihat sebagai salah seorang pemain pertahanan tengah terbaik dunia, sepanjang tiga tahun di Everton, Stones telah membangunkan reputasinya sebagai pemain pertahanan kurun ke-21 dengan mematahkan siri serangan lawan melalui hantaran pertama dari pertahanan ketiga.

Stones telah mewakili England Bawah-19, B20 dan B21 sebelum tampil kali pertama untuk skuad senior pada 30 Mei 2014 dalam kemenangan 3-0 perlawanan persahabatan menentang Peru di Wembley.

Beliau kemudian tampil dalam perlawanan sebenar untuk England dalam kelayakan Euro 2016 menentang Switzerland dimana pasukan kendalian Roy Hodgson memulakan kempen dengan cemerlang menang 2-0.

John Stones turut termasuk dalam skuad the Three Lions semasa kejohanan Euro 2016 musim panas lalu, meskipun tidak dapat menambah sepuluh penampilan antarabangsa sedia ada di Perancis.

Beliau mula menyerlah dari pasukan remaja di kelab tempat kelahirannya, Barnsley, Stones kemudian tampil kali pertama secara profesional untuk the Tykes menentang Reading pada 17 Mac 2011 untuk tampil sebanyak 28 secara keseluruhan buat kelab dari Selatan Yorkshire tersebut.

Kematangan terserlah dibandingkan dengan usia sebenarnya ketika beliau mendaki karier profesionalnya yang telah membawa Everton menariknya ke Goodison Park untuk kontrak lima tahun pada hari terakhir jendela perpindahan Januari 2013.

Stones hanya tampil untuk pasukan senior Goodison satu musim kemudiannya pada 28 Ogoso 2013 semasa saingan Piala Liga menentang Stevenage dan Liga Perdana Inggeris sebulan selepas itu ketika diturunkan sebagai pemain gantian dalam kemenangan 1-0 ke atas Chelsea.

Ia merupakan salah satu dari 26 penampilan dilakukan pada musim 2013/14 dan musim berikutnya beliau tampil sebanyak 28 kali dengan menjaringkan gol pertama Liga Perdana Inggeris ketika menentang Manchester United pada April 2015 yang membawanya dicalonkan untuk anugerah ‘Pemain Muda Emas’ Eropah yang telah dimenangi oleh Raheem Sterling.

 

Embed for external syndication

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
Jason Denayer
Sebelumnya
Seterusnya
Jose Angel Tasende
Seterusnya