quote linkedin dugout
Eliaquim Mangala

Anugerah

  1. Belgian Pro League
    Belgian Pro League
    2008/09
  2. Belgian Pro League
    Belgian Pro League
    2011
  3. Primeira Liga
    Primeira Liga
    2011/12
  4. Primeira Liga
    Primeira Liga
    2012/13

Bertenaga, pemain tengah berfizikal atlet, sebahagian dari skuad Euro 2016

Pemain pertahanan tengah berusia 23 tahun menjadi pemain keenam menandatangani City di musim panas ini, dan akan menyertai bekas rakan sepasukannya di Porto, Fernando di Stadium Etihad. Dia menandatangani kontrak selama lima tahun dan akan memakai jersi bernombor 20.

Bek kelahiran Paris ini berkata: “City merupakan sebuah kelab ternama di England dan Eropah. Bagi saya, ia merupakan satu langkah penting meninggalkan Porto dan menyertai Manchester City untuk meneruskan pembangunan kerjaya saya. Saya ingin menang banyak gelaran dan saya percaya dapat lakukannya. Saya bercita-cita besar dan sebab inilah saya di sini.

“Saya amat gembira datang ke England kerana buat saya Liga Perdana Inggeris merupakan liga bola sepak terbaik di dunia. Ia amat menekan dan satu pertandingan yang agresif. Terdapat banyak gol terhasil, jadi ia menarik untuk ditonton, dan saya tak sabar untuk memulakannya!

“Dengan adanya Fernando di sini saya merasa lebih baik kerana saya telah bermain dengannya di Porto, tapi terdapat pemain lain yang saya kenal seperti Sagna, Clichy dan Nasri yang pernah bermain dalam skuad Perancis.

 

Saya tidak sabar menempuh cabaran baru, dan kini saya perlu serasi dengan cepat untuk bersedia bagi musim baru...

 

...Eliaquim Mangala...

Pengurus barunya, Manuel Pellegrini menambah: “Saya gembira dapat menambah seorang pemain lagi dengan kualiti yang ada pada Eliaquim ke dalam skuad kita menjelang musim baru.

“Dia merupakan seorang pemain yang sudah ‘cukup siap’ pada pandangan saya, dia mempunyai  ciri-ciri  mental, fizikal, teknikal dan taktikal untuk menjadi salah seorang pemain pertahanan terbaik Eropah.

“Eliaquim merupakan seorang pemain yang saya percaya akan melakukan impak segera dalam Liga Perdana Inggeris, dengan kelebihan fizikalnya, bacaannya dalam permainan dan kualiti dalam penguasaan bola.

“Saya rasa dia menjanjikan satu pembelian yang baik untuk kita.”

Diiktiraf sebagai salah seorang pemain mudah yang paling menyerlah di Eropah, pemain Perancis itu dikenali dengan terjahannya yang cantik, kebijaksanaan dalam posisi dan bentuk badan atletik.

Meskipun melalui tahun-tahun yang sederhana, Mangala berjaya menyesuaikan diri dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan baik dengan muncul sebanyak empat kali dalam kejohanan sepanjang masa lima tahun bersama Standard Liege dan Porto.

Walaupun musim 2012/13 juara Portugis itu tidak melepasi saringan Kumpulan G tahun sebelumnya, permainan yang mantap Eliaquim bersama-sama Nicolas Otamendi menjadi tarikan ramai untuk menontonnya beraksi.

Selepas Krismas, dia menjaringkan tiga gol dalam enam penampilan Liga Europa apabila Porto berjaya ke suku akhir di mana akhirnya mereka ditewaskan oleh Sevilla.

Mangala telah memulakan karier profesionalnya di Standard Liege di aman beliau telah menjuarai Liga Belgium dan piala, sebelum Porto mengesan ptensi yang ada pada pemain yang berusia 20 tahun ketika itu yang  kemudian membawanya ke Estadio do Drago bersama-sama Steven Defour.

Sebagaimana di Liege, Eliaquim perlu bersabar untuk menunggu peluangnya sebaik sahaja menyertai turutan barisan pertahanan di belakang  Rolando, Otamendi dan Maicon, namun di musim keduanya telah menyaksikan beliau menjadi pemain kesebelasan utama yang kerap diturunkan, dengan tampil sebanyak 39 kali di kesemua kejohanan dan menghasilkan tujuh gol.

Semenjak menyertai juara dua kali Eropah, pemain muda ini turut memenangi Liga Portugis sebanyak dua kali pada musim 2011/12 dan 2012/13.

Secara keseluruhannya, Mangala telah bermain sebanyak 92 kali untuk the Dragons dalam kesemua kejohanan termasuk 42 kali bersama-sama rakan sepasukannya, Fernando pada 2013/14.

Meskipun Eliaquim telah berpindah ke Belgium pada usia lima tahun dan memegang pasport Belgium, dia memilih untuk bermain buat negara kelahirannya, Perancis di peringkat antarabangsa dan tampil debut dalam perlawanan persahabatan Bawa-21 menentang Tunisia pada 13 November 2009.

Beliau kemudiannya bermain sebanyak 23 kali pada peringkat itu, sehingga dipanggil bermain untuk pasukan senior oleh Didier Deschamps pada Jun 2013 dalam kekalahan 1-0 kepada Uruguay di Montevideo.

Deschamps memasukkan Mangala dalam skuadnya untuk Piala Dunia musim panas di Brazil, dan meskipun tidak diturunkan dari bangku simpanan sehingga Perancis layak ke suku akhir, pengalaman yang ada dapat memberi peluang cerah untuknya beraksi dalam Euro 2016 buat negaranya.

 

Mangala menyertai Willy Caballero, Fernando, Frank Lampard, Bacary Sagna dan Bruno Zuculini dalam penandatanganan pemain musim panas ini.

Papar infografik Eliaquim Mangala di sini.

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
Danilo Luiz
Sebelumnya
Seterusnya
Jason Denayer
Seterusnya