quote linkedin dugout
Danilo Luiz

Danilo Luiz

3
Pertahanan kanan
Lahir
15 July 1991, Bicas, Brazil
Sertai City
23 July 2017

Seorang pemain pertahanan penuh Brazil yang kental dan lasak...

Pemain pertahanan kanan asal Brazil itu ditandatangani untuk kontrak lima tahun dan memilih menyarung jersi No.3 untuk Manchester City.

Danilo yang perpindahannya dari Real Madrid bergantung kelulusan permit kerja telah memulakan karier seniornya di America Mineiro dimana beliau telah memain peranan penting membantu pasukan dipromosi dari Serie C sebelum menyertai Santos tahun 2010 dimana beliau menghabiskan masa dua musim penuh kejayaan.

Bersama-sama Neymar dan Alex Sandro beliau begitu menyerlah dan tahun 2011 membantu pasukannya menjuarai liga utama Brazil dan Copa Libertadores dengan bermain 37 perlawanan di kesemua kejohanan.

Beliau telah beraksi di kedua-dua perlawanan akhir Copa Libertadores, pertamanya di posisi pemain tengah sentral dan kedua di bek kanan serta menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Penarol yang menyaksikan mereka menjulang piala paling berharga bola sepak Amerika Selatan.

 

Selepas bermain dalam Piala Dunia FIFA 2012, beliau telah berpindah ke Eropah dengan menyertai Porto dan membantu pasukan menjuarai liga utama Portugal, Primeira Liga dua tahun berturut-turut dengan kekuatan dan prestasi bek penuh yang mantap telah menjadikannya sebagai salah seorang pemain paling dikehendaki di Portugal. 

Beliau kemudian telah menarik perhatian banyak kelab-kelab besar Eropah dan pada musim panas 2015 Danilo berpindah ke Real Madrid dengan yuran perpindahan 31.5 juta Euro untuk kontrak enam tahun.

Secara keseluruhan beliau telah bermain 55 kali untuk Los Blancos, menjuarai satu La Liga, dua Liga Juara-Juara Eropah, satu Piala Super UEFA dan satu Piala Dunia Kelab FIFA

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
Benjamin Mendy
Sebelumnya
Seterusnya
Eliaquim Mangala
Seterusnya