quote linkedin dugout
Aymeric Laporte

Aymeric Laporte

14
Pertahanan
Aymeric Laporte
Lahir
27 May 1994, Agen, Perancis
Sertai City
30 January 2018
Aymeric Laporte

Progresif, pemain pertahanan bergaya...

Pemain pertahanan berusia 23 tahun itu menyertai kelab dari Athletic Bilbao pada Januari 2018 sebagai pemain keenam ditandatangani Pep Guardiola untuk musim 2017/18 untuk kontrak lima tahun sehingga 2023.

Diiktiraf sebagai salah pemain pertahanan muda meningkat naik di Eropah, Laporte akan menyarung jersi No. 14 dan tidak sabar untuk membantu Citizens dalam buruan piala-piala. 

“Saya amat gembira untuk berada di sini, City merupakan satu kelab yang mempunyai banyak cita-cita dan mereka merupakan salah satu kelab terbaik di Eropah buat masa ini.

“Saya tidak sabar untuk bekerja di bawah bimbingan Pep Guardiola dan cuba membantu kelab mencapai kejayaan.

“Ia amat bermakna buat saya yang kelab ini menunjukkan kepercayaan pada diri saya, dan saya teruja untuk memulakannya.”

Laporte merupakan pemain pertahanan berkaki kidal, dikenali dengan sikap tenang, bertenaga dan keupayaan hantarannya. 

Beliau memulakan karier seniornya bersama Bilbao pada tahun 2012 selepas mewakili pasukan B dan menimba pengalama bersama pasukan utama dengan CD Basconia.

Pada peringkat remaja, beliau memulakan kerjayanya bersama pasukan bola tempat kelahirannya, Club SU Agen dan pasukan Perancis Bayonne sebelum berpindah ke Sepanyol. 

Dikagumi dengan kemahirannya dan potensi yang ada padanya, Bilbao cepat mendapatkan khidmatnya dan kemudian menjadi pemain yang kerap diturunkan dalam kesebelasan utama. Secara keseluruhan, beliau tampil sebanyak 222 kali untuk kelab dengan menjaringkan 10 gol.

Bermain di posisi pertahanan kiri, pemain muda Perancis ini telah dinamakan dalam Pasukan Terbaik La Liga 2013/14. Pada kempen musim 2015/16 beliau telah membantu Bilbao menjuarai Supercopa de Espana, piala utama pertama diraih pasukan sejak 31 tahun. 

Txixi Begiristain, Pengarah Bola Sepak City berkata: “Kami berbesar hati menandatangani Aymeric.

“Kami telah mengkaji pilihan para pemain pertahanan yang ada dan beliau merupakan seorang pemain yang kami kagumi sejak sekian lama. 

“Dengan kualiti dan keupayaannya bermain di mana-mana bahagian pertahanan, kami merasakan Aymeric amat sesuai dengan gaya permainan Pep Guardiola.”

Lompat ke kandungan
Sebelumnya
Ederson Moraes
Sebelumnya
Seterusnya
Benjamin Mendy
Seterusnya