quote linkedin dugout
Raheem Sterling

Anugerah

  1. Capital One Cup
    Capital One Cup
    2016

Salah seorang pemain England yang semakin menyinar

Pemain antarabangsa England berusia 20 tahun itu kini memegang rekod perpindahan tertinggi pemain Inggeris dan juga rekod baru pemindahan kelab City.

Sterling akan terbang ke Australia dalam masa 24 jam lagi untuk menyertai rakan sepasukan barunya yang lain dan akan menyarung jersi nombor 7.

Pemain tengah dengan bakat menyerang ini telah memulakan kerjayanya di Queen’s Park Rangers sebelum menyertai Liverpool pada usia 15 tahun pada 2010 hanya dengan yuran perpindahan bernilai £600,000.

Dia telah tampil buat pertama kali untuk skuad senior pada usia 17 tahun menentang Wigan Athletic pada 2012 dan mencatat 129 jumlah penampilan bagi Liverpool dengan rekod 23 gol.

Pada 2014, dia merupakan pemain kedua Inggeris pernah memenangi anugerah Remaja Emas – satu penghargaan diberi oleh kumpulan wartawan sukan Eropah bagi pemain bawah 21 tahun yang telah mempamerkan prestasi cemerlang dalam satu musim – dimana telah dimenangi para pemain ternama lain sebelumnya termasuk Lionel Messi, Sergio Aguero, Isco dan Paul Pogba.

 

Kajian profesional dari Soccerex pada 2015 telah meletakkan Sterling sebagai pemain muda bernilai paling tinggi di Eropah...

 

...WelcomeRaheem...

Raheem juga telah memenangi dua tahun berturut-turut anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan Liverpool FC bagi tahun 2013/14 dan 2014/15.

Pengurus, Manuel Pellegrini berkata: “Raheem Sterling merupakan salah seorang pemain penyerang terbaik dalam bola sepak dan saya tidak sabar menanti kehadirannya menyertai skuad kami di Australia minggu ini.

“Dia merupakan pemain muda yang berbakat tinggi dan saya pasti para penyokong Manchester City akan teruja untuk menyaksikannya beraksi untuk pasukan.”

Nantikan wawancara eksklusif di CityTV bersama Raheem di malay.mcfc.com dan juga kata-kata pertama nombor 7 pemain baru City.



 

Lompat ke kandungan

Media

Penampilan Karier 88

Sterling
Sebelumnya
Phil Foden
Sebelumnya
Seterusnya
Yaya Toure
Seterusnya