quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Man City Women

Video 1 Galeri Foto

City tandatangani Lauren Hemp

NEW RECRUIT: Lauren Hemp joins the ranks

NEW RECRUIT: Lauren Hemp joins the ranks

Manchester City dengan sukacitanya mengumumkan penyertaan pemenang Pemain Muda Terbaik Wanita PFA tahun ini, Lauren Hemp.

Penyerang yang berpindah dari Bristol City itu telah menjaringkan sembilan gol semasa musim 2017/18 termasuk Gol Terbaik Musim Ini ketika menentang Arsenal.

Pemain kelahiran North Walsham, England berusia 17 tahun ini akan memakai jersi bernombor 15 merasa tidak sabar untuk meneruskan pembangunan kariernya bersama kelab yang beliau amat kagumi dan bermain bersama-sama idolanya.

Beliau memulakan kariernya bersama kelab tempatannya di Norwich sebelum berpindah ke Bristol. Dia seorang penjaring gol semulajadi dan begitu meyerlah di sepertiga akhir padang dengan keinginan berlari dan mencipta peluang.

Beliau mengagumi para pemain muda City seperti Georgia Stanway, Ellie Roebuck dan Esme Morgan yang telah diserapkan dalam pasukan utama dan Hemp berhasrat untuk membantu pasukan merangkul kejuaraan bersama City.

Selamat datang Lauren!

Berita Man City Women

Nadia Nadim sertai wanita City

Manchester City Women sukacita mengumumkan menandatangi penyerang asal Denmark, Nadia Nadim yang akan menyertai kelab secara rasmi Januari ini.

Berita Man City Women

Izzy dan Jill tandatangani kontrak baru

City sukacita mengumumkan dua bintang pasukan wanita England, Izzy Christiansen dan Jill Scott menandatangani kontrak baru.

Izzy Christiansen dan Jill Scott menandatangani kontrak baru bersama Manchester City Women.

Berita Man City Women

Toni Duggan sertai Barcelona

Penyerang England, Toni England telah menyertai pasukan wanita Barcelona untuk perjanjian dua tahun.

Penyerang England, Toni England telah menyertai pasukan wanita Barcelona untuk perjanjian dua tahun.