quote linkedin dugout

Berita Man City Women

Video 1 Galeri Foto

Caroline Weir sertai City

WELCOME: Caroline Weir.

WELCOME: Caroline Weir.

Manchester City sukacita mengumumkan Caroline Weir sebagai pemain kedua ditandatangani untuk pasukan wanita di musim panas ini.

Penyerang berusia 22 tahun menyertai kelab dari Liverpool Ladies untuk perjanjian dua tahun selepas menjaringkan enam gol sepanjang musim 2017/18.

Pemain kelahiran Scotland itu telah memenangi Pemain Terbaik Scotland pada tahun 2016 dan tidak sabar menyertai rakan-rakan sepasukan di Manchester untuk merangkul kejuaraan di musim akan datang.

Weir yang telah bersama Arsenal, Bristol City dan Liverpool menyifatkan dirinya sebagai pemain tengah menyerang dan gemar mencipta peluang. Beliau amat dikenali sebagai seorang yang suka menghasilkan gol dari jarak jauh.

Beliau akan memakai jersi bernombor 19 dan tidak sabar untuk membantu pasukan merangkul kejuaraan FA Women’s Super League, Continental Tyres Cup dan FA Cup, sertai mengintai peluang di Liga Juara-Juara Wanita Eropah.

Selamat datang Caroline!

Berita Man City Women

City tandatangani Lauren Hemp

Berita Man City Women

Nadia Nadim sertai wanita City

Manchester City Women sukacita mengumumkan menandatangi penyerang asal Denmark, Nadia Nadim yang akan menyertai kelab secara rasmi Januari ini.

Berita Man City Women

Izzy dan Jill tandatangani kontrak baru

City sukacita mengumumkan dua bintang pasukan wanita England, Izzy Christiansen dan Jill Scott menandatangani kontrak baru.

Izzy Christiansen dan Jill Scott menandatangani kontrak baru bersama Manchester City Women.