quote linkedin dugout

Berita Man City Women

Video 1 Galeri Foto

City tandatangani kontrak dengan Tessa

WELCOME TESSA: Wullaert has signed a two-year deal with City

WELCOME TESSA: Wullaert has signed a two-year deal with City

Manchester City berbesar hati mengesahkan pengambilan pemain Tessa Wullaert dari Wolfsburg

Pemain yang berumur 25 tahun ini telah bersetuju untuk menandatangani kontrak dua tahun yang merupakan pengambilan pemain baharu yang ke-empat pada musim panas ini, menyertai pemain-pemain baharu yang lain iaitu Lauren Hemp, Caroline Weir dan Gemma Bonner.

Wullaert, penjaring gol utama Belgium, akan memakai nombor 25 dan menyatakan bahawa dia tidak sabar untuk bermula.

“Manchester City adalah satu tempat yang hebat, segala-galanya bertumpu pada bola sepak,” katanya di CityTV. “Saya yakin akan seronok berlatih di sini, dan saya sangat teruja serta tidak sabar untuk bermula.

“Hanya satu kelab [di England] yang saya ingin sertai, dan saya telah memberitahu pengurus saya bahawa ‘Saya ingin bermain di City’, jadi mari kita mulakan.”

Kerjaya Wullaert bermula di SV Zulte Waregem, yang mana dia telah bermain selama empat tahun daripada peringkat remaja, sebelum berpindah ke Anderlecht pada tahun 2012 selepas penubuhan Liga BeNe, satu usaha sama antara pasukan Belgium dan Belanda.

Semasa bermain untuk Anderlecht, Wullaert the meraih pingat perak yang pertama, di Piala Wanita Belgium 2013.

Tetapi selepas satu musim, Wullaert the menyertai Standard Liege dan sekali lagi meraih Piala Wanita Belgium. Musim yang kedua lebih Berjaya apabila Wullaert memenangi Liga BeNe beliau yang yang pertama, menjaringkan 18 gol.

Wullaert menyertai Wolfsburg pada tahun 2015 dan meraih kejayaan, memenangi tiga Piala DFB-Pokal berturut serta penghargaan Bundesliga 2017.

Wullaert terkenal di persada antarabangsa dalam tahun 2011 menewaskan Rusia dan kini merupakan penjaring gol negara terbaik dengan jaringan 39 gol dalam 71 perlawanan.

Manchester City ingin mengalu-alukan kedatangan Tessa, dan mengharapkan kejayaan buatnya sepanjang masanya di Manchester.

 

Berita Man City Women

City tandatangani Gemma Bonner

Berita Man City Women

Dua pemain wanita City menang anugerah

Berita Man City Women

Caroline Weir sertai City

WELCOME: Caroline Weir.

Manchester City sukacita mengumumkan Caroline Weir sebagai pemain kedua ditandatangani untuk pasukan wanita di musim panas ini.