quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Man City Women

Video 1 Galeri Foto

City tandatangani Janine Beckie

WELCOME, JANINE: City have signed Janine Beckie from Sky Blue FC

WELCOME, JANINE: City have signed Janine Beckie from Sky Blue FC

Manchester City sukacita mengumumkan menandatangani penyerang Kanada, Janine Beckie.

Pemain berusia 23 tahun itu menyertai pasukan wanita City untuk kontrak setahun dari Sky Blue FC bergantung pada pelepasan antarabangsa, selepas mewakili Houstan Dash dan Texas Tech University.

Salah seorang pemain wanita paling berbakat, Beckie yang memegang dwi kewarganegaraan Kanada dan Amerika Syarikat telah menghabiskan masa mudanya di Saskatchewan sebelum berpindah ke Colarado. Semasa di universiti beliau menjadi penjaring gol terbanyak dengan jumlah 57 gol.

Beckie mencatat sejarah di peringkat antarabangsa apabila mewakili negaranya, Kanada untuk Bawah-20 dimana beliau kemudian dipromosi ke skuad senior dan menjaringkan tiga gol di Sukan Olimpik 2016 di Rio yang telah membantu negaranya merangkul pingat gangsa.

Janine juga pernah bermain di samping Carli Lloyd yang dipinjamkan ke City tahun 2017 dari Houston Dash. Selamat Datang Janine!

Berita Man City Women

City tandatangani kontrak dengan Tessa

WELCOME TESSA: Wullaert has signed a two-year deal with City

Manchester City berbesar hati mengesahkan pengambilan pemain Tessa Wullaert dari Wolfsburg

Tessa Wullaert menjadi pemain Manchester City baharu yang ke-4 musim panas ini!

Berita Man City Women

City tandatangani Gemma Bonner

Berita Man City Women

Dua pemain wanita City menang anugerah