quote linkedin dugout

Berita Man City Women

Video 1 Galeri Foto

Izzy dan Jill tandatangani kontrak baru

City sukacita mengumumkan dua bintang pasukan wanita England, Izzy Christiansen dan Jill Scott menandatangani kontrak baru.

Kedua-dua pemain pasukan wanita Manchester City ini telah kempen pertama di liga utama tahun 2014 dan memainkan peranan penting dalam banyak kejayaan Blues.

Izzy dan Jill telah menyaksikan transformasi Manchester City Women dari pendatang baru Super League sehingga merangkul tiga piala tempatan dan berjaya sampai ke semifinal Liga Juara-Juara Wanita Eropah.

Image result for izzy continental cup 2014

Christiansen terkenal dengan jaringan golnya di final Piala Continental Tyres tahun 2014, merupakan piala pertama dirangkul pasukan wanita City.

Kedua-dua pemain tengah ini telah memainkan peranan penting tahun 2015 untuk menamatkan saingan Super League sebagai naib juara untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah Wanita.

Image result for izzy PFA player

Izzy telah menjaringkan enam gol dari tujuh perlawanan dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Wanita PFA.

Sementara Scott pula menjaringkan gol penting dalam pasukan Nick Cushing menamatkan kempen FAWSL pertama cemerlang.

00Image result for jill scott FAWSL trophy0

Tahun lalu, mereka telah membantu pasukan menjulang tiga piala iaitu juara Super League pertama dan piala Continental kedua serta Piala FA dimana Christansen dan Scott turut menyumbangkan gol.

Sepanjang tempoh di City, Scott tampil sebanyak 100 kali buat England dan membantu ‘Lioness’  memenangi pingat gangsa Piala Dunia Wanita tahun 2015.

Related image

Sementara Christiansen pula telah dipanggil buat kali pertama mewakili England semasa saingan EURO wanita di Belanda musim panas.

 

Berita Man City Women

Toni Duggan sertai Barcelona

Penyerang England, Toni England telah menyertai pasukan wanita Barcelona untuk perjanjian dua tahun.

Penyerang England, Toni England telah menyertai pasukan wanita Barcelona untuk perjanjian dua tahun.

Berita Man City Women

Man City Women tandatangani Claire Emslie

Man City Women sukacita mengumumkan menandatangani penyerang Scotland, Claire Emslie yang akan menyertai kelab secara rasmi 1 Julai ini.

Penyerang Scotland berusia 23 tahun akan menyertai pasukan wanita City dari Bristol yang telah bermain menentang Blues dalam Piala FA dan FAWSL Siri Musim Bunga

Berita Man City Women

Megan Campbell tandatangani kontrak baru MCWFC

Manchester City sukacita mengumumkan pemain pertahanan Megan Campbell menandantangani kontrak baru dengan kelab.

Pemain asal Ireland itu telah bersetuju melanjutkan kontrak untuk kekal lagi setahun di Stadium Akademi.