quote linkedin dugout

Berita Man City Women

Video 1 Galeri Foto

Nadia Nadim sertai wanita City

Manchester City Women sukacita mengumumkan menandatangi penyerang asal Denmark, Nadia Nadim yang akan menyertai kelab secara rasmi Januari ini.

Pemain kelahiran Afghanistan ini akan berpindah dari Portland Thorns, Amerika Syarikat yang kontraknya akan tamat akhir 2019.

Sebelumnya turut bermain untuk Sky Blue FC dan Fortuna Hjorring, lawan City semasa Liga Juara-Juara Wanita Eropah, Nadia menyertai pasukan kendalian Nick Cushing untuk menyahut cabaran perjalanan kariernya.

ALL SMILES: Nadia Nadim expresses her delight

“Ia satu perasaan indah menjadi sebahagian dari kelab ini, saya merasa begitu terharu dan ia satu penghormatan berada dalam situasi ini.

“Kelab ini sedang melakukan banyak perkara luar biasa untuk bola sepak wanita, mereka antara perintis dalam permainan bola sepak wanita dan saya mahu menjadi sebahagian darinya.

“Saya tahu kelab ini punya cita-cita besar, salah satunya menjuarai Liga Juara-Juara Wanita Eropah jadi ia bukanlah satu keputusan sukar buat saya.

SHIRT SHOT: The forward will wear number 10

“Saya telah dilahirkan di Afghanistan dan kami tinggalkan negara kami kerana peperangan dan perlu memulakan hidup baru di Denmark. Saya gembira diberi peluang kedua untuk hidup baru.

“Saya mula bermain bola di pusat pelarian di Denmark dan ia menjadi ketagih begitu cepat. Dari situ hingga sekarang saya merasa sama.”

Image result for nadia nadim denmark u18

Nadia yang berusia 29 tahun kini yang juga seorang doktor perubatan menjadikan bola sepak satu sumber inspirasi yang unik.

Pada usia 12 tahun beliau meninggalkan tanahairnya Afghanisan bersama ibu dan empat adik beradik perempuan dengan menaiki trak kargo selepas ayah mereka dibunuh tentera Taliban dan memulakan hidup baru di Denmark.

IN FOCUS: Nadim's journey into football is as inspirational as it is unique

Mereka mulakan hidup baru tanpa sebarang halangan dan Nadia menemui minat baru permainan bola sepak yang indah. Berhampiran dengan pusat pelarian, beliau bersama-sama rakan-rakan dan adik beradiknya menyaksikan pasukan wanita tempatan berlatih bola.

Dari situ mereka turut mula bermain bola secara riadah dan berlatih setiap hari.

Bersama-sama dua adik perempuannya, Nadia akhirnya telah diminta menyertai pasukan tempatan tersebut dan masa depan hidupnya turut berubah yang menjadi titik tolak perjalanan karier bola sepaknya yang luar biasa.

HOME SWEET HOME: Nadim is impressed with the Academy Stadium

Keupayaan semulajadinya menjaringkan gol terserlah dari sesi pertama latihan dan adik beradik Nadim (Nadim Sisters) kemudiannya muncul bersama pasukan tujuh sebelah tempatan.

Mereka kemudian dipanggil diuji untuk menyertai pasukan B-52, salah satu pasukan bola sepak wanita terbaik Denmark setelah dicadangkan oleh jurulah pasukan dan kemudian ditawarkan penajaan perjalanan untuk menyertai kelab tersebut.

Related image

Karier Nadia terus mekar dan pada usia 18 tahun beliau menyertai secara profesional pasukan IK Skovbakken dan keluarga mereka terpaksa berpindah ke bandar Aaarhus di mana kelab terletak.

Beliau kemudian yang mendapat kewarganegaraan Denmark mewakil negara barunya di peringkat remaja selepas rayuan kepada FIFA untuk memberi pengecualian peraturan yang membenarkan mana-mana pemain perlu tinggal sekurang-kurangnya lima tahun untuk layak mewakili negara tersebut. Akhirnya rayuan mereka diterima.

Image result for nadia nadim portland

Nadia turut melanjutkan pengajian di universiti tempatan iaitu impian keduanya menjadi pakar bedah rekonstruktif sementara kekal bermain untuk Skovbakken dan Fortuna Hjorring, dimana beliau mencipta nama sebagai penyerang prolifik.

Image result for nadia nadim portland

Apabila Sky Blue FC mengetahui bakatnya, beliau telah ditawarkan peluang meneruskan kariernya di Amerika Syarikat sementara meneruskan pengajiannya di sana.

Beliau kemudian menyertai Portland Thorns dimana beliau menamatkan kempen musim 2016 sebagai penjaring gol terbanyak kelab untuk menjuarai NWSL Shield, liga utama bola sepak wanita Amerika Syarikat.

Selamat datang Nadia Nadim!

Berita Man City Women

Izzy dan Jill tandatangani kontrak baru

City sukacita mengumumkan dua bintang pasukan wanita England, Izzy Christiansen dan Jill Scott menandatangani kontrak baru.

Izzy Christiansen dan Jill Scott menandatangani kontrak baru bersama Manchester City Women.

Berita Man City Women

Toni Duggan sertai Barcelona

Penyerang England, Toni England telah menyertai pasukan wanita Barcelona untuk perjanjian dua tahun.

Penyerang England, Toni England telah menyertai pasukan wanita Barcelona untuk perjanjian dua tahun.

Berita Man City Women

Man City Women tandatangani Claire Emslie

Man City Women sukacita mengumumkan menandatangani penyerang Scotland, Claire Emslie yang akan menyertai kelab secara rasmi 1 Julai ini.

Penyerang Scotland berusia 23 tahun akan menyertai pasukan wanita City dari Bristol yang telah bermain menentang Blues dalam Piala FA dan FAWSL Siri Musim Bunga