quote linkedin dugout

Berita Man City Women

Video 1 Galeri Foto

Steph Houghton tandatangani lanjutan kontrak

Steph Houghton telah bersetuju dengan kontrak baharu bersama Manchester City Women

Kapten City dan England telah bersetuju untuk komited masa depannya bersama kelab dan memimpin pasukan wanita City untuk terus meraih kejayaan selepas menjuarai dua kejuaraan sepanjang tempoh setahun ini.

Houghton yang telah mewakili 70 kali pasukan wanita kebangsaan England telah menyertai City tahun 2014 yang menempatkan City dalam Divisyen Pertama Liga Super Wanita England.

Bekas pemain Sunderland, Leeds United dan Arsenal tersebut telah ditandatangani bersama-sama Jill Scott dan Karen Bardsley dalam pelancaran semula pasukan wanita City pada tahun tersebut.

Beliau telah memimpin pasukan menjadi naib juara dalam kempen musim pertama FA WSL dan kemudian menjulang Piala Continental, piala utama dirangkul oleh pasukan wanita City.

Steph kemudian membawa City menjuarai WSL buat kali pertama tahun 2016 dan menambah satu lagi Piala Continental dan merangkul Piala FA Wanita pertama bulan lalu.

View original post

City turut berjaya sampai ke semi final Liga Juara-Juara Eropah Wanita tahun 2017 dan tewas kepada juara Lyon. Meskipun pasukan wanita City mengakhiri musim FAWSL Siri Musim Bunga sebagai naib juara, Houghton mengharapkan banyak kejayaan lagi menanti apabila WSL Divisyen 1 disambung semula tahun ini.