quote linkedin dugout

Berita Man City Women

Video 1 Galeri Foto

Man City Women tandatangani Mie Jans

Man City Women sukacita mengumumkan menandatangani pemain pertahanan Denmark, Mie Jans yang akan menyertai kelab secara rasmi 1 Julai ini.

Pemain pertahahan Denmark berusia 23 tahun akan menyertai pasukan wanita City dari Brondby IF yang telah bermain menentang Blues dalam Liga Juara-Juara Eropah musim 2016/17.

Pemain antarabangsa Denmark itu diperakui kekuatannya, kebijakan taktikal dan penguasaan posisi - telah menambat perhatian pengurus pasukan wanita City, Nick Cushing semasa dua pertemuan di peringkat 16 akhir musim lalu.

Jans yang turut kagum dengan City, terutama dari segi profesional kelab serta merta bersetuju apabila diberitakan minat untuk menggunakan khidmatnya dalam memburu kejayaan di musim-musim mendatang selepas Man City Women merangkul dua piala tahun 2016.

Selamat Datang Mie Jans!

Berita Man City Women

Steph Houghton tandatangani lanjutan kontrak