quote linkedin dugout

Berita Man City Women

Video 1 Galeri Foto

Man City Women tandatangani Claire Emslie

Man City Women sukacita mengumumkan menandatangani penyerang Scotland, Claire Emslie yang akan menyertai kelab secara rasmi 1 Julai ini.

Pemain berusia 23 tahun itu akan menyertai pasukan kendalian Nick Cushing dari Bristol selepas bermain dan menjaringkan gol ketika menentang pasukan wanita City semasa Piala FA 2017 dan kempen Siri Musim Bunga Super League Wanita.

Pemain yang terkenal dengan pendekatan langsung dan kreatif ini begitu menyerlah semasa dalam dua kunjungan Man City Women ke kediaman lamanya di Stadium Stoke Gifford.

Emslie turut mengagumi pasukan wanita City dan mengakui tahap profesional kelab manjadi tarikan utamanya untuk berpindah ke Manchester.

Beliau telah membantu Bristol dipromosi dari Divisyen Dua Liga Super Wanita pada tahun 2016 selepas menjaringkan 12 gol dalam hanya sepuluh penampilan.

Claire turut menjaringkan gol semasa menentang City dalam perlawanan Piala FA Wanita, Mac lalu.

Dia percaya akan berpeluang memaksimakan potensinya sebaik mungkin bersama-sama City. Selamat Datang Claire!

Berita Man City Women

Megan Campbell tandatangani kontrak baru MCWFC

Manchester City sukacita mengumumkan pemain pertahanan Megan Campbell menandantangani kontrak baru dengan kelab.

Pemain asal Ireland itu telah bersetuju melanjutkan kontrak untuk kekal lagi setahun di Stadium Akademi.

Berita Man City Women

Bardsley tandatangani kontrak baru bersama MCWFC

Man City Women sukacita mengumumkan perlanjutan kontrak dua tahun penjaga gol Karen Bardsley.

Bintang England iu bersetuju untuk kekal bersama pasukan wanita City di Stadium Akademi sehingga musim 2018/19.

Berita Man City Women

Man City Women tandatangani Mie Jans

Man City Women sukacita mengumumkan menandatangani pemain pertahanan Denmark, Mie Jans yang akan menyertai kelab secara rasmi 1 Julai ini.

Pemain pertahahan Denmark berusia 23 tahun akan menyertai pasukan wanita City dari Brondby IF yang telah bermain menentang Blues dalam Liga Juara-Juara Eropah 2016/17.