quote linkedin dugout

Berita Man City Women

Video 1 Galeri Foto

Megan Campbell tandatangani kontrak baru MCWFC

Manchester City sukacita mengumumkan pemain pertahanan Megan Campbell menandantangani kontrak baru dengan kelab.

Pemain asal Ireland itu telah bersetuju melanjutkan kontrak untuk kekal lagi setahun di Stadium Akademi.

Beliau menyertai pasukan kendalian Nick Cushing pada Februari 2016, Campbell tidak bernasib baik terlepas banyak peluang beraksi musim lalu selepas ditimpa kecederaan.

Megan telah membantu pasukan wanita City dalam kempen Musim Bunga Super League Wanita dan kejayaan merangkul Piala FA Wanita dengan mencipta empat bantuan gol dan menjaringkan sepakan percuma.

Dengan permainan yang cemerlang, Megan berhasrat untuk terus membalas jasa kepada kelab untuk terus membantu mencipta kejayaan di musim hadapan.

Berita Man City Women

Bardsley tandatangani kontrak baru bersama MCWFC

Man City Women sukacita mengumumkan perlanjutan kontrak dua tahun penjaga gol Karen Bardsley.

Bintang England iu bersetuju untuk kekal bersama pasukan wanita City di Stadium Akademi sehingga musim 2018/19.

Berita Man City Women

Man City Women tandatangani Mie Jans

Man City Women sukacita mengumumkan menandatangani pemain pertahanan Denmark, Mie Jans yang akan menyertai kelab secara rasmi 1 Julai ini.

Pemain pertahahan Denmark berusia 23 tahun akan menyertai pasukan wanita City dari Brondby IF yang telah bermain menentang Blues dalam Liga Juara-Juara Eropah 2016/17.

Berita Man City Women

Steph Houghton tandatangani lanjutan kontrak