quote linkedin dugout

Berita Man City Women

Video 1 Galeri Foto

Bardsley tandatangani kontrak baru bersama MCWFC

Man City Women sukacita mengumumkan perlanjutan kontrak dua tahun penjaga gol Karen Bardsley.

  Bintang bola sepak wanita England itu telah bersetuju untuk melanjutkan tempohnya bersama pasukan wanita Manchester City lagi dua tahun. Pemain berusia 32 tahun tersebut telah menyertai kelab pada november 2013 dan menjadi tonggak dalam perjanalan Blues Wanita dengan penampilan sebanyak 66 hingga kini.

Pada tahun 2016 Bardsley bersama Man City Women berjaya merangkul dua piala dan hanya terbolos sekali dalam saingan FA Women Super League di bawah bimbingan pengurus Nick Cushing yang akhirnya menjulang trofi utama bola sepak wanita England.

Beliau turut menjulang piala Continental Tyres buat kali kedua dan berjaya sampai ke peringkat separuh akhir edisi pertama Liga Juara-Juara Eropah Wanita, serta merangkul Piala FA Wanita di penutup musim.

Penjaga gol kelahiran California, Amerika Syarikat ini masih dahagakan kejayaan untuk diraih bersama-sama Blues Wanita.

Berita Man City Women

Man City Women tandatangani Mie Jans

Man City Women sukacita mengumumkan menandatangani pemain pertahanan Denmark, Mie Jans yang akan menyertai kelab secara rasmi 1 Julai ini.

Pemain pertahahan Denmark berusia 23 tahun akan menyertai pasukan wanita City dari Brondby IF yang telah bermain menentang Blues dalam Liga Juara-Juara Eropah 2016/17.

Berita Man City Women

Steph Houghton tandatangani lanjutan kontrak