quote linkedin dugout

Berita Man City Women

Video 1 Galeri Foto

Toni Duggan sertai Barcelona

Penyerang England, Toni England telah menyertai pasukan wanita Barcelona untuk perjanjian dua tahun.

Pemain berusia 25 tahun itu berpindah dari Everton ke Manchester City pada November 2013 dan memainkan peranan penting dalam Manchester City Women mencipta banyak kejayaan bermula dari merangkul Piala Continental Tyres tahun 2014 dan tiga piala lagi antara September 2016 hingga Mei 2017.

Related image

Duggan telah turut membantu City berjaya ke semifinal Liga Juara-Juara Eropah Wanita dan menjaringkan gol penting di peringkat 16 akhir menentant Brondby dimana beliau ia dipilih sebagai Gol Terbaik Nissan Musim 2016/17.

Toni secara keseluruhannya tampil sebanyak 74 kali buat City dan menyumbangkan 31 gol.

Beliau menyempurnakan musim pertamanya sebagai penjaring gol terbanyak pasukan wanita City dengan gol terindah dicatat semasa kejuaraan Piala Continental Tyres di peringkat semifinal dan gol voli terbaik di hari terakhir FA Super League Wanita musim 2016/17.

Tahun berikutnya beliau telah membantu pasukan kendalian Nick Cushing menjadi naib juara FA Super League Wanita (FAWSL) dan menempah tempat ke Liga Juara-Juara Eropah Wanita. Dia turut mewakili England dalam Piala Dunia Wanita dimana the Lionesses meraih pingat gangsa.

Enam gol lagi dihasilkannya pada tahun 2016 telah membantu City merangkul juara  FAWSL dan Piala Continental Tyres buat kali kedua. Duggan turut dikenali dengan sepakan penaltinya semasa City merampas kejuaraan FAWSL dari penyandang juara, Chelsea.

Image result for toni duggan trophy

Beliau telah mencatat empat gol semasa kempen FAWSL Musim Bunga termasuk jaringan hatrik di Bristol dan membantu jaringan dalam perlawanan akhir Piala FA Wanita ke atas Birmingham di Wembley dimana pasukan wanita City merangkul juara buat pertama kali.

Kami semua di Manchester City mengucapkan terima kasih atas sumbangan Toni sepanjang tiga tahun ini dan selamat maju jaya untuk pengalaman baru di Camp Nou.

Berita Man City Women

Man City Women tandatangani Claire Emslie

Man City Women sukacita mengumumkan menandatangani penyerang Scotland, Claire Emslie yang akan menyertai kelab secara rasmi 1 Julai ini.

Penyerang Scotland berusia 23 tahun akan menyertai pasukan wanita City dari Bristol yang telah bermain menentang Blues dalam Piala FA dan FAWSL Siri Musim Bunga

Berita Man City Women

Megan Campbell tandatangani kontrak baru MCWFC

Manchester City sukacita mengumumkan pemain pertahanan Megan Campbell menandantangani kontrak baru dengan kelab.

Pemain asal Ireland itu telah bersetuju melanjutkan kontrak untuk kekal lagi setahun di Stadium Akademi.

Berita Man City Women

Bardsley tandatangani kontrak baru bersama MCWFC

Man City Women sukacita mengumumkan perlanjutan kontrak dua tahun penjaga gol Karen Bardsley.

Bintang England iu bersetuju untuk kekal bersama pasukan wanita City di Stadium Akademi sehingga musim 2018/19.