quote linkedin dugout

Kelab Peminat Rasmi

Video 1 Galeri Foto

Pengenalan MCFC OSC Malaysia

MCFC Official Supporters Club (MCFC OSC) cawangan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1999 merupakan cawangan kelab penyokong rasmi Manchester City yang berpusat di Manchester, England sejak tahun 1949.

MCFC OSC yang ditubuhkan di Manchester sejak 68 tahun lalu merupakan kelab penyokong rasmi Manchester City yang  kini mempunyai lebih 160 cawangan di seluruh United Kingdom dan negara-negara luar termasuk Hong Kong, Indonesia, Amerika Syarikat dan lain-lain.

Image result for MCFC OSC

MCFC OSC cawangan Malaysia telah bermula dari kumpulan kecil penyokong yang biasa berkumpul di sekitar Kuala Lumpur untuk menonton perlawanan Manchester City bersama-sama yang pada ketika itu amat jarang disiarkan secara langsung di Malaysia.

Shahrin Osman yang merupakan Naib Presiden Kelab biasa menganjurkan perkumpulan dengan kehadiran beberapa penyokong tempatan dan pelawat dari luar negara di City Hall of Famer termasuk Ken Barnes yang kerap mengunjungi anak perempuannya yang menetap di Malaysia.

No automatic alt text available.

Meskipun perkumpulan biasanya kecil, ia sentiasa meriah dengan suasana penuh kekeluargaan dengan para penyokong lama City dan ahli keluarga masing-masing datang bersama.

Ken Barnes telah memainkan peranan penting sebagai penggiat pembangunan bola sepak di Malaysia terutama di luar bandar. Kehadirannya di Malaysia telah menyediakan bimbingan berharga dan peluang untuk para pemain muda berpotensi di tanahair menjadi para pemain bola profesional.

Related image

Sebagai salah seorang pemain legenda City (1950-61), secara tidak langsung beliau turut memperkenalkan Manchester City di khalayak masyarakat Malaysia yang sudah sebati menyokong kelab-kelab besar Inggeris yang sudah mencipta nama seperti Liverpool dan Manchester United.

Usahanya di Malaysia termasuk menubuhkan ‘Ken Barnes Football Malaysia’ bersama-sama dengan Subramaniam Palandaram yang kini merupakan Presiden MCFC Official Supporters Club Malaysian Branch.

Anak lelaki Ken Barnes iaitu Peter Barnes merupakan seorang lagi legenda City yang kini merupakan Pengarah Teknikal Akademi.

Image may contain: 12 people

Perkumpulan

Perkumpulan berama-ramai biasanya secara kecil-kecilan di masa, namun pihak kelab telah cuba meramaikannya lagi. Naib Presiden, Shahrin Osman biasanya akan mengiklankan nombor telefonnya dan maklumat lanjut perkumpulan di akhbar The Star, dan para penyokong tempatan City boleh menghubunginya untuk hadir.

Ahli-ahli MCFC OSC Malaysia sebelum ini biasa berkumpul di Restoran Hafiz di Desa Sri Hartamas. Perlawanan-perlawanan City pada mulanya jarang ditayangkan oleh pihak restoran. Jadi kami terpaksa memberikan ‘insentif’ kepada pelayan untuk menukarkan saluran buat kami.

Salah seorang pelayan restoran kami telah memberikannya jersi City dan kami biasanya memanggil namnya Anelka! Namun menonton perlawanan di restoran tersebut tidak lagi menjadi satu masalah kini.

Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting, table and indoor

Kini kami biasanya berkumpul di Souled Out, Desa Sri Hartamas, tidak jauh dari Safiz. Anda boleh mengikuti pengumuman lanjut di laman Facebook dan akaun Twitter kami untuk perkumpulan akan datang.

Acara-acara lalu

Selain dari beberapa perkumpulan yang memahat kenangan manis termasuk kemenangan derbi Manchester, berikut amat sukar kami lupakan:

Final Piala FA 2010/11: City menjulang trofi pertama sejak 30 tahun

Juara Liga Perdana Ingegris 2011/12

Kemenangan derbi Manchester 6-1 di Old Trafford

Ketika kunjungan Manchester City secara rasmi di Kuala Lumpur pada musim panas 2012, pihak penyokong kelab telah turut dijemput untuk sesi bertemu para pemain. Ia merupakan kenangan manis buat kami dapat berjumpa para pemain serta piala Liga Perdana Inggeris dan bersua dengan legenda City, Mike Summerbee.

Ahli Majlis Tertinggi Kelab

Presiden: Subramaniam Palandaram

Naib Presiden: Shahrian Osman

Bendahari: Karen Barnes

Setiausaha: Mark Darren Saruviar

 

Hubungi Kami

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kami dan aktiviti MCFC OSC Malaysia boleh berhubung melalui saluran media sosial kami berikut:

Facebook: http://facebook.com/mcfcmy

Twitter: http://twitter.com/mcfcmy

___________________________________________________________________

Manchester City FC Official Supporters Club – Malaysia Branch

Introduction

The Malaysian Branch of the Manchester City Official Supporters Club began as a small group of supporters who would gather around Kuala Lumpur to get together and watch matches during the very rare occasions that City matches were shown live here in Malaysia. 

Shahrin Osman, currently the Vice President of the Club, used to bring fellow fans as well as visitors from overseas to meet City Hall of Famer, Ken Barnes who used to visit Malaysia a lot to visit his daughter. While the gatherings were small, it was always a warm family affair, as long-time City fans and their family members were brought along to join in the fun. 

Ken Barnes played a integral role in supporting grassroots football development across Malaysia, deep into the rural areas. His presence in Malaysia has not only provided valuable guidance and opportunity to potential young footballers in Malaysia, it has also grown interest into Manchester City amidst the existing fan-base of other English clubs like Liverpool and Manchester United. 

His efforts in Malaysia has also seen the set up of Ken Barnes Football Malaysia together with Subramaniam Palandaram, currently President of MCFC Supporters Club Malaysian Branch. Ken Barnes' son, Peter, another City legend is now Technical Director of the Academy.

No automatic alt text available.

Gatherings

Gatherings were very small in the past, but we did try to reach out. Shahrin would post his phone number and gathering details up in The Star, and local City fans would get in touch with him for meet-ups. 

The group used to gather at Restoran Safiz in Desa Sri Hartamas. City matches were rarely shown live at the time, so we had to provide some ‘incentive’ to the waiters to get them to switch on the right channels for us. One of the waiters were given a City kit, and we used to call him Anelka! Watching live City matches is no longer an issue these days.

Today the group usually gather at Souled Out, Desa Sri Hartamas, just a block away from Safiz. Please do follow us on Facebook and Twitter to be kept updated on meet-ups.

Image may contain: 10 people

Past Events

Apart from the regular Manchester Derby wins, there have been some memorable gatherings that stand out from the gatherings that the Club has had in the past. These include:

- FA Cup Final 2010/11: City’s first trophy in over 30 years

- Premier League 2011/12 Win: “Agueroooooooooo..!!!”

- The 6-1 at Old Trafford: Easy win

When the Club came on its visit to Kuala Lumpur in 2012, the Supporters Club were invited for a meet-and-greet with the players. It was a memorable moment to meet the players, see the Premier League trophy in-person, and have a chat with City legend, Mike Summerbee.

Image may contain: 7 people, people sitting and indoor

Committee

President – Subramaniam Palandaram

Vice President – Shahrin Osman

Treasurer – Karen Barnes

Secretary – Mark Darren Saruviar

Image may contain: 14 people, people smiling, people sitting, table and indoor

Get in touch

City fans are invited to connect with us via Facebook and Twitter:

http://facebook.com/mcfcmy

http://twitter.com/mcfcmy

 

Previu dan Reviu Peminat

Dari Etihad ke Emirates

Saingan Liga Perdana Inggeris kembali semula selepas dua minggu berehat dengan kunjungan Manchester City ke laman Arsenal, Stadium Emirates.

Previu dan Reviu Peminat

Perjuangan belum selesai menanti di Monaco

Malam indah kemenangan City 5-3 ke atas AS Monaco di Stadium Etihad 21 Februari lalu masih segar di ingatan, namun cabaran masih perlu didepani di Stade Louis II pada malam Khamis.

Previu dan Reviu Peminat

Misi City ke Wembley

Aksi hebat City di pentas Eropah minggu lalu menentang Monaco masih segar dan kini Huddersfield menanti dalam sasaran pasukan untuk menjulang Piala FA musim ini.