quote linkedin dugout

Video 1 Galeri Foto

Pengalaman terindah ‘harimau' cilik Malaysia

Friendly Match Man City, Cardiff City and Malaysian Academy

Friendly Match Man City, Cardiff City and Malaysian Academy

Bertempat di Stadium Akademi, City Football Academy (CFA) Manchester, Selasa, 21 Ogos telah berlangsung perlawanan persahabatan tiga penjuru membabitkan tetamu jauh, skuad Bawah-12 dari Malaysia.

Rombongan seramai 15 pemain berusia sembilan hingga dua belas tahun mewakili kelab bola sepak Shah Alam Juniors diriingi oleh para pegawai seramai 11 orang bertamu di kota Manchester di penghujung musim panas.

Ketibaan rombongan pada hari Sabtu dimulakan dengan menonton perlawanan pembuka musim baru Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad antara Manchester City dan Huddersfield Town pada hari Ahad yang telah menyaksikan Citizens menumpaskan Terriers dengan jaringan 6-1.

Shah Alam Juniors yang ditubuhkan awal tahun ini adalah hasil inisiatif Encik Hassnol Zaman Yusof selaku Pengarah kelab yang membabitkan gabungan dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Sekysen 4 dan Sekolah Sekysen 24, yang kedua-duanya bertempat di Shah Alam.

Pencapaian terbaik antara pemain Shah Alam Juniors termasuk adik Faris telah terpilih mewakili negeri Selangor untuk pemilihan Akademi Mokhtar Dahari selepas menjadi Johan Majlis Sukan Sekolah Selangor 2018.

Manakala adik Haziq Putera menjadi Johan JSSL Singapore 2018 yang turut disertai beberapa kelab Akademi terkemuka dunia dan turut mewakili negeri Selangor ke Majlis Sukan Sekolah Malaysia.

Perlawanan persahabatan tiga penjuru yang jatuh pada Hari Raya Aidil Adha yang disambut di United Kingdom sehari awal dari tanahair membabitkan perlawanan Shah Alam Juniors dengan skuad Manchester City Bawah -13 dan Cardiff City Bawah-13.

Shah Alam Juniors menjadi skuad bola sepak Malaysia kedua yang pernah menjejakkan kaki di Akademi Bola Sepak City dan juga pasukan pertama dari Asia mengadakan perlawanan dengan skuad Akademi Manchester City, selepas skuad Malaysia Bawah-13 di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (NFDP) tahun 2015 .

Sehari sebelum perlawanan persahabatan di CFA, Shah Alam Juniors turut mengadakan perlawanan persahabatan dengan satu lagi kelab Akademi tempatan Manchester, Abharamoss Warriors dengan kemenangan 2-0. Ia sedikit sebanyak memberi perangsang kepada skuad untuk berhadapan dengan skuad Manchester City dan Cardiff City yang lebih berpengalaman.

Sebelum perlawanan persahabatan, rombongan turut mengikuti sesi Jelajah Stadium Etihad dan kemudian dibawa meninjau fasiliti canggih Akademi Bola Sepak City yang merupakan kemudahan sukan bola sepak termoden di dunia dengan tujuh padang latihan dan padan latihan tertutup untuk skuad utama, wanita, remaja (Elite Development Squad) dan skuad bermula dari Bawah-5 tahun sehingga Bawah-23 tahun.

13

Perlawanan pertama selama 30 minit antara Shah Alam Juniors dan Cardiff City bermula dengan meyakinkan apabila adik Muhammad Haziq Putera Pekan, 12, menjaringkan gol pembuka yang cantik seawal minit ke-10.

17

Namun Cardiff bangkit dan memberi saingan dengan menyamakan kedudukan sepuluh minit kemudiannya dan menambah dua gol lagi di minit-minit akhir perlawanan untuk berakhir dengan kedudukan 3-1.

Penjaga gol Shah Alam Juniors, adik Nur Amirul Naim, 11, turut mempamerkan aksi cemerlang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan Cardiff dari mengelak jaringan kemenangan besar pasukan lawan yang turut menerima tepukan dari penonton.

Dalam perlawanan kedua pula, berikutan faktor keletihan dengan perlawanan tanpa henti, Shah Alam Juniors tewas 6-0 kepada juara bertahan Liga Akademi England Bawah-13, Manchester City.

Menurut Pengarah, Encik Hassnol “Faktor keletihan dan penerbangan jauh yang dilakukan dua hari sebelumnya dari Kuala Lumpur dengan majoriti skuad adalah kali pertama dilakukan membawa mereka tidak dapat meneruskan momentum sama dari awal hingga ke akhirnya.

“Namun mereka tetap memberi saingan sengit menentang skuad lebih berpengalaman seperti Manchester City dan Cardiff City, ditambah faktor saiz fizikal badan pasukan lawan.

“Walaupun kalah dalam kedua-dua perlawanan, ia merupakan pengalaman indah buat para pemain berhadapan dengan para pemain dan pasukan lebih jauh berpengalaman.

" Terima kasih kepada Akademi Manchester City mempelawa kami untuk perlawanan persahabatan dan memberi 'hadiah' bermakna buat para pemain muda kami."

Sementara itu adik Haziq Putera yang menjaringkan gol tunggal Shah Alam Juniors dalam kedua-dua perlawanan persahabatan tersebut menyatakan “Kami agak kecewa kalah, namun saya tetap bangga telah memberi saingan dan juga jaringan gol saya. Faktor saiz badan mereka yang lebih besar turut memberi kelebihan berbanding para pemain kami.”

Shah

Sebelum terbang pulang ke tanahair Shah Alam Juniors turut mengadakan perlawanan persahabatan terakhir dengan satu lagi kelab akademi tempatan Manchester, Elite Football Coaching dan meraih kemenangan 5-2.

Apa yang pasti kunjungan para ‘Harimau Malaysia’ cilik ke bumi Manchester mencatat kenangan indah untuk dibawa pulang ke tanahair dan menjadi pembakar semangat untuk mengharumkan lagi nama negara di mata dunia suatu hari nanti di arena bola sepak.

Buat Peminat

Salam Aidilfitri 1439H - 2018

Previu dan Reviu Peminat

England itu biru! Musim 2017/18 City mendominasi

FLYING HIGH: Manchester City Academy.

Musim 2017/18 telah melabuhkan tirainya dengan penuh kegemilangan buat Manchester City selaku juara Liga Perdana Inggeris dan Carabao Cup serta deretan rekod baru tercipta.

Reviu musim 2017/18, Manchester City FC

Buat Peminat

Selamat Tahun Baru Cina 中国农历新年快乐 Gong Xi Fa Cai