quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Piala Super yang tertangguh

Feyenoord v City  UCL

Feyenoord v City UCL

Citizens memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan bertandang di De Kuip, Rotterdam menghadapi juara Belanda, Feyenoord.

Undian kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini menempatkan Manchester City bersama-sama Napoli, Feyenoord dan Shakhtar Donetsk. Selepas berjaya layak bersaing di tahun ketujuh UCL berturut-turut, City boleh dikira sebagai menghuni kumpulan yang lebih mudah berbanding dengan kumpulan-kumpulan mereka sebelum ini.

Related image

Untuk perlawanan pertama UCL peringkat kumpulan musim ini, City terbang ke Belanda untuk bertemu Feyenoord. Bercakap tentang Feyenoord, apabila tinjauan kasar dilakukan selepas selesai undian UCL ramai peminat meletakkan Napoli sebagai pencabar utama City di kumpulan F. Namun ancaman daripada Feyenoord tidak boleh dipandang ringan.

Feyenoord menempatkan diri dalam saingan UCL musim ini selepas menjuarai Eredivisie buat kali ke-15 musim lalu selepas penantian 18 tahun mengatasi musuh ketat mereka, Ajax Amsterdam dengan 1 mata dan apa yang menarik ialah mereka menduduki posisi nombor satu liga sepanjang musim dari perlawanan pertama sehinggalah ke perlawanan terakhir.

Image result for feyenoord champions eredivisie 2017

Tentang sejarah Feyenoord di pentas Eropah pula Feyenoord pernah menjadi menjuarai Piala Eropah (European Cup)  pada musim 1969/70 sebelum kejohanan tersebut diganti dengan format baru Liga Juara-Juara Eropah (UCL)  tahun 1992.

Image result for feyenoord champions 1970

Sementara pada musim yang sama Manchester City turut menjulang kejuaraan Eropah pertama dan terakhir mereka apabila memenangi Piala Juara-Juara Piala (UEFA Cup Winners' Cup) sebelum kejuaraan tersebut digantikan kepada Piala UEFA tahun 1999 dan Liga Europa 2009.

Manchester City dan Feyenoord tidak pernah bertembung di atas padang dan ini bakal menjadi pertarungan sulung di antara mereka. Menarik difikirkan kerana sebelum pertandingan Cup Winner's Cup dimansuhkan perebutan Piala Super UEFA (UEFA Super Cup) dilangsungkan di antara penyandang juara European Cup dan juara Cup Winner's Cup yang kini menjadi perebutan antara juara Liga Juara-Juara Eropah dan juara Liga Europa.

Image result for man city champion UEFA cup winners' cup

Namun Piala Super UEFA hanya diperkenalkan bermula  tahun 1972 iaitu 2 tahun selepas City dan Feyenoord masing-masing menjuarai kjejuaraan Eropah. Jadi perlawanan ini boleh dikira sebagai Piala Super yang tertangguh selepas 47 tahun!

Manchester City akan tiba di Rotterdam dengan semangat di tahap tertinggi selepas membelasah pasukan Liverpool 5-0 di Stadium Etihad. Kemenangan besar City itu semestinya menyemarakkan semangat pasukan untuk memanjangkan keputusan baik itu ke pertandingan peringkat Eropah pula.

Image result for city 5-0 liverpool

Hanya satu sahaja berita yang kurang indah dari perlawanan tempoh hari iaitu keadaan Ederson yang bertembung dengan Sadio Mane dalam perebutan bola 50/50. Pertembungan dengan but Mane melihat Ederson terpaksa menerima beberapa jahitan di bahagian muka. Pep Guardiola telah mengesahkan pada sidang media hari Jumaat, penjaga gol Brazil tersebut bersedia dan dalam pemilihan skuad. Namun terpaksa memakai pelindung kepala!

Sementara Vincent Kompany yang memgalami kecederaan semasa memikul tugasana bersama pasukan negaranya,Belgium dua minggu lalu masih belum bersedia dan dalam proses pemulihan dan tidak tersenarai dalam 19 pemain dalam rombongan ke Rotterdam.

Di posisi penjaga gol City memiliki dua penjaga gol termahal dalam sejarah mereka iaitu Ederson dan Claudio Bravo. Tidak mustahil Guardiola sudah menyediakan rancangan untuk memainkan dua penjaga gol itu dalam pertandingan yang berasingan.

Jika musim lalu kita melihat Willy Caballero sebagai penjaga gol kedua City diberikan skop bermain dalam pertandingan piala domestik maka mungkin kali ini skop itu diluaskan kepada pertandingan piala Eropah untuk Bravo.

Image result for claudio city 5-0 liverpool

Begitu juga untuk posisi lain di mana beberapa pemain boleh direhatkan dan diganti dengan pemain lain. Benjamin Mendy atau Kyle Walker boleh direhatkan dan diganti dengan Danilo. Eliaquim Mangala boleh menggantikan Nicolas Otamendi untuk bergandingan dengan John Stones dan Bernardo Silva pula menggantikan salah seorang di antara Kevin De Bruyne atau David Silva.

Dengan Sergio Aguero bermain sepenuhnya dalam perlawanan Liverpool mungkin Guardiola akan menggunakan gandingan serangan serampang tiga dalam bentuk Leroy Sane, Gabriel Jesus dan Raheem Sterling.

Image result for leroy sane sterling 2017/18

Feyenoord kini menduduki persada liga Eredivisie selepas mengumpul 5 kemenangan dalam lima perlawanan liga menjadi satu-satunya pasukan memegang rekod 100% di Eredivisie. Di bawah kendalian seorang lagi bekas pemain Barcelona iaitu Giovanni van Bronckhorst, Feyenoord menampilkan aksi permainan menyerang dan menghiburkan.

Hasilnya Feyenoord memenangi Piala KNVB di musim pertama pertama bersama Van Bronckhorst dan kemudian di musim kedua menjuarai liga Eredivisie.

Image result for Giovanni van Bronckhorst vs guardiola

Feyenoord merupakan pasukan pertama yang pernah dikendalikan oleh Van Bronckhorst dan selain ini menjadi pertemuan pertama di antara kelab, ia juga merupakan pertemuan pertama di antara Van Bronckhorst dan Guardiola sebagai pengurus pasukan. Mereka tidak bermain bersama di Barcelona kerana Van Bronckhorst masuk menyertai selepas Guardiola berpindah keluar.

Image result for pep guardiola feyenoord

Feyenoord berdepan beberapa masalah kecederaan namun kehilangan terbesar mereka ialah ketiadaan Nicolai Jorgensen iaitu penjaring terbanyak Eredivisie musim lalu. Tanpa Dirk Kuyt yang sudah bersara, ancaman utama Feyenoord akan datang dari Jens Toornstra.

Image result for Jens Toornstra

Kedua-dua pasukan akan cuba menamatkan dua rekod buruk di Liga Juara-Juara masing-masing. Feyenoord kini sudah kalah dalam 7 perlawanan Liga Juara-Juara terakhir mereka manakala City pula gagal memenangi sebarang perlawanan Liga Juara-Juara di laman lawan musim lepas. Jadi siapakah yang dapat menamatkan badi masing-masing?

Siapakah bakal merangkul Piala Super Cup tertangguh nanti? Kita nantikan aksi mereka pagi nanti.

 

Previu dan Reviu Peminat

Mendepani Cabaran Sang Merah Merseyside

Saingan Liga Perdana Inggeris disambung semula selepas dua minggu berehat untuk memberi laluan kepada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2018 dengan City menerima kunjungan Liverpool.

Previu perlawanan Manchester City menentang Liverpool oleh kolumnis Bulan Biru..

Peraduan dan Kuiz

Sehati sejiwa bersama Yaya

Bersempena meraikan ulangtahun kemerdekaan ke-60 Malaysia kali ini, Yaya Toure telah bermurah hati menghadiahkan sehelai jersi terbaru City untuk dimenangi oleh peminat bertuah di tanahair.

Pertandingan memenangi jersi Yaya Toure bersempena Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia serta musim terakhir Yaya bersama City.

Previu dan Reviu Peminat

Berkunjung ke Bournemouth memetik ceri

Selepas menang di perlawanan pembuka dengan Brighton dan diikat seri dengan Everton, City kembali ke selatan England menghadapi Cherries.

Previu perlawanan ketiga Liga Perdana Inggeris musim 2017/18, Manchester City menentang Bournemouth.