quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Mendepani Cabaran Sang Merah Merseyside

Saingan Liga Perdana Inggeris disambung semula selepas dua minggu berehat untuk memberi laluan kepada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2018 dengan City menerima kunjungan Liverpool.

Manchester City kembali dari rehat antarabangsa di tangga keempat Liga Perdana Inggeris selepas Raheem Sterling menjaringkan gol dramatik di saat akhir dalam kemenangan 2-1 ke atas AFC Bournemouth untuk City mengumpul 7 mata dari tiga perlawanan.

Walaupun Sterling terpaksa menelan rasa pahit kad merah kerana meraikan gol bersama-sama peminat City namun kemenangan tersebut berjaya menyuntik kepercayaan ke dalam semangat pasukan.

Image result for sterling celebrate bournemouth

Suntikan yang sangat diperlukan menjelang perlawanan yang boleh dikira sebagai cabaran sebenar pertama skuad City musim ini. Lawan yang menunggu Sabtu nanti ialah pasukan di tangga kedua liga yang juga mengumpul 7 mata iaitu Liverpool.

Perlawanan ini bakal menjadi pertemuan ke-11 di antara seteru taktikal Pep Guardiola dan Jurgen Klopp. Dari sepuluh pertemuan lampau Guardiola dan Klopp kini sedang terkunci dengan masing-masing menang lima kali.

Image result for pep and jurgen

Musim lalu Guardiola gagal menewaskan Klopp apabila tewas 1-0 di Anfield dan seri 1-1 di Stadium Etihad. Jadi perlawanan ini ialah peluang untuk Guardiola mencatatkan kemenangan pertama ke atas Klopp di bumi England dan juga kemenangan pertama City di laman sendiri musim ini.

Dalam perlawanan sulung laman sendiri musim ini City hanya sekadar seri 1-1 dengan jiran Merseyside Liverpool iaitu Everton. Bukan sahaja mahu menjaga muka Guardiola malah juga muka pasukan beraksi di laman sendiri dan muka Manchester terhadap Merseyside.

Image result for kompany belgium injury

Sekembali dari tugasan antarabangsa satu-satunya kecederaan yang dialami oleh pemain City ialah ke atas kapten Vincent Kompany. Walaupun seorang namun ketiadaan Kompany untuk perlawanan besar sebegini sedikit sebanyak boleh memberi impak psikologi kepada barisan pertahanan City.

Tanpa Kompany pemain bek tengah yang tersedia untuk pemilihan ialah Nicolas Otamendi, John Stones, Elaiquim Mangala dan Tosin Adarabioyo. Jika Guardiola kembali menggunakan tiga pemain bek tengah berkemungkinan besar barisan mereka ialah Stones yang akan diapit oleh Mangala dan Otamendi.

Image result for mangala otamendi 2017

Namun barisan serangan Livepool yang datang dalam bentuk serampang tiga mata Mohamed Salah, Firmino dan Sadio Mane mungkin terlalu sukar dibendung. Firmino bijak mencipta ruang untuk dieksploitasi oleh Mane dan Salah yang memiliki kepantasan yang menakutkan.

Jadi tidak mustahil Guardiola akan menggunakan formasi 4-3-3 berpadanan dengan formasi Klopp untuk meneutralkan ancaman Liverpool. Dengan empat pemain di bahagian pertahanan Leroy Sane boleh diturunkan sebagai pemain sayap.

Kebiasaannya Sterling akan menjadi rakan di sayap bertentangan namun Sterling tidak dapat diturunkan kerana digantung perlawanan. Mungkin ada hikmah di sebalik kad merah Sterling itu. Pertamanya penyokong Liverpool tidak berpeluang melancarkan serangan psikologi terhadap Sterling dan yang keduanya ini memberi peluang kepada Guardiola untuk menurunkan Sergio Aguero dan Gabriel Jesus bersama-sama di dalam skuad utama.

Aguero jesus

Dalam perlawanan menentang Bournemouth, City menggunakan formasi 4-3-3 dengan menggunakan Jesus sebagai penyerang tengah yang diapit oleh Raheem Sterling dan Bernardo Silva. Untuk tidak menurunkan Aguero dalam perlawanan menentang Liverpool boleh mengundang kritikan terhadap keputusan Guardiola.

Jadi ketiadaan Sterling menyenangkan keputusan Guardiola untuk membuat pemilihan pemain di bahagian serangan. Tiga calon terbaik kini ialah gandingan Sane, Aguero dan Jesus.

Di kem pasukan Liverpool mereka bakal kehilangan khidmat Adam Lallana dan Nathaniel Clyne. Kehilangan Clyne bererti posisi bek kanan mungkin menjadi titik lemah pasukan Liverpool kerana kekurangan pemain berpengalaman untuk menggantikan Clyne.

Image result for Alex Oxlade-Chamberlain liverpool

Buat masa ini dua nama calon pengganti ialah Joe Gomez dan Trent Alexander-Arnold namun tidak mengejutkan jika Klopp memberikan debut kepada Alex Oxlade-Chamberlain sebagai bek kanan hari Sabtu ini.

Selepas 31 Ogos, drama Coutinho turut sama tertutup bersama-sama pintu jendela perpindahan. Coutinho sebelum ini sudah acap kali menjadi kaca dalam hati para peminat City setiap kali bertembung dengan Liverpool.

Adakah ada ruang untuk Coutinho bermain di dalam skuad Liverpool Sabtu ini atau Klopp tidak mahu beliau mengganggu keserasian yang sudah terbina di antara Jordan Henderson, Georginio Wijnaldum dan Emre Can.

Image result for mane salah liverpool

Harapan peminat City ialah ketiadaan Coutinho dapat memberikan peluang lebih cerah kepada City untuk mengutip mata. Namun seperti yang ditekankan awal tadi ancaman terbesar Liverpool ialah kepantasan Mane dan Salah yang mampu membawa masalah kepada barisan pertahanan City nanti.

City gagal memenangi sebarang perlawanan menentang Liverpool dalam lima pertembungan liga terakhir mereka. Bolehkah City mencari kemenangan pertama semenjak Ogos 2014? Bolehkah City mencari kemenangan pertama laman sendiri mereka musim ini? Ayuh kita saksikan bersama.

Photo published for Info Perlawanan: Man City vs Liverpool

* Perlawanan akan berlangsung hari Sabtu, 9 September jam 12.30 tengahari waktu UK bersamaan pukul 7.30 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro 816/834 dan liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu City @ManCityMAS.

Peraduan dan Kuiz

Sehati sejiwa bersama Yaya

Bersempena meraikan ulangtahun kemerdekaan ke-60 Malaysia kali ini, Yaya Toure telah bermurah hati menghadiahkan sehelai jersi terbaru City untuk dimenangi oleh peminat bertuah di tanahair.

Pertandingan memenangi jersi Yaya Toure bersempena Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia serta musim terakhir Yaya bersama City.

Previu dan Reviu Peminat

Berkunjung ke Bournemouth memetik ceri

Selepas menang di perlawanan pembuka dengan Brighton dan diikat seri dengan Everton, City kembali ke selatan England menghadapi Cherries.

Previu perlawanan ketiga Liga Perdana Inggeris musim 2017/18, Manchester City menentang Bournemouth.

Wawancara Peminat

Taleeb Mizad: Sejuta harapan di musim baru

Harapan dan jangkaan Taleeb Mizad, duta selebriti Manchester City Malaysia buat Citizens di musim baru ini.

Wawancara khas bersama duta selebriti Manchester City Malaysia, Taleeb Mizad.