quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Pertemuan awal penentu juara liga musim ini?

Pep Conte

Pep Conte

Menjelang perlawanan besar di antara dua gelombang biru Chelsea dan Manchester City, pasukan City bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila kehilangan dua tonggak utama mereka.

Pertamanya Benjamin Mendy disahkan mengalami kecederaan ligamen lutut yang akan melihat pertahanan kedua termahal dunia itu terpaksa berehat sehingga bulan April tahun depan selepas menjalani pembedahan di Barcelona hari Jumaat.

Image result for benjamin mendy injury

Sehari sebelum kunjungan ke Stamford Bridge, berita malang pula yang menimpa ayam tambatan, Sergio Aguero yang dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Belanda.

Aguero dilaporkan patah tulang rusuk selepas teksi dinaikinya semasa selepas pulang dari konsert terlanggar tiang jalan, namun pihak doktor belum mengesahkan berapa lama beliau terpaksa direhatkan.

Image result for sergio aguero accident

Ini bererti Aguero juga terpaksa menunggu lebih lama untuk mengejar rekod 78 tahun milik Eric Brook sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Manchester City.

Kebetulan pula rekod gol Brook terhenti di angka 177 gol disebabkan beliau juga terlibat dalam kemalangan kereta yang mengakibatkan Brook mengalami keretakan di tengkorak.

Image result for eric brook man city

Semenjak itu Brook tidak lagi boleh menanduk bola dan beliau mengambil keputusan bersara di umur 31 tahun.

Kembali ke 2017, kini Pep Guardiola perlu tampil dengan perancangan baru untuk menghadapi cabaran anak-anak buah Antonio Conte selaku juara bertahan liga musim lalu.

Image result for city celebration v watford 2017/18

Kedua-dua pasukan sedang berada dalam prestasi yang memberansangkan. City belum lagi tertewas musim ini dan selepas rehat antarabangsa mereka mencatatkan 6 kemenangan berturut-turut dengan rekod jaringan 24 gol dan memboloskan hanya 1 gol sahaja.

Chelsea pula dalam tempoh yang sama mencatatkan 5 kemenangan. Mereka hanya kalah sekali sahaja musim ini iaitu kepada Burnley di bulan Ogos. Ini meletakkan mereka di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris dengan 3 mata di belakang City.

Image result for antonio conte celebration 2017/18

Ini akan menjadi pertemuan ketiga di antara Guardiola dan Conte. Setakat ini Conte boleh bermegah kerana belum lagi tewas di tangan Guardiola selepas musim lepas menyaksikan Chelsea memenangi kedua-dua pertembungan liga.

Dari sembilan perlawanan di kesemua kejohanan, pasukan kendalian Pep sudah mengumpul 29 gol dengan enam perlawanan tanpa bolos dan empat jaringan besar empat gol dan lebih.

Image result for city 2-1 shakhtar

Sementara pasukan bimbingan Antonio pula mengumpul 25 gol dengan empat perlawanan tanpa bolos dan tiga jaringan besar empat gol dan lebih.

Kedua-dua pasukan turun selepas meraih kemenangan dengan jaringan sama 2-1 di perlawanan kedua peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah dengan City menundukkan Shakhtar Donetsk  manakala Chelsea menang di Atletico Madrid.

Image result for atletico 1-2 chelsea

Namun begitu, Conte telah melahirkan keluhan rasa yang perlawanan bertemu City tiba terlalu awal buat pasukannya yang hanya sempat berehat sehari sebelum mempersiapkan diri menerima tamu dari Manchester. 

Meskipun Pep mengakui kehilangan Aguero dan Mendy memberi impak kepada pasukan City kerana posisi yang dihuni kedua-dua pemain ini memang cetek dari segi senarai pemain, namun semasa sidang media pengurus asal Catalan itu mengatakan akan tetap menurunkan sebelas pemain dengan pilihan yang ada.

Image result for gabriel jesus man city 2017/18

Dalam senarai skuad utama City hanya terdapat dua penyerang tengah iaitu Sergio Aguero dan Gabriel Jesus. Tanpa Aguero hanya tinggal Jesus untuk dipilih dan nampaknya City akan turun dengan seorang penyerang tengah di Stamford Bridge nanti.

Di posisi Mendy pula hanya Danilo sahaja yang boleh bermain sebagai bek kiri secara semulajadi walaupun Fabian Delph yang sudah dua kali diturunkan di posisi itu boleh menjadi pilihan.

Image result for danilo man city 2017/18

Itu terserah kepada bagaimana Guardiola menyusun formasi pertahanan City nanti. Adakah beliau akan menggunakan tiga pemain bek tengah atau empat pemain pertahanan?

Menentang lawan yang kuat berkemungkinan besar Guardiola akan menurunkan tiga pemain bek tengah dengan Vincent Kompany masih belum dapat beraksi.

 Image result for fabian delph 2017/18

Sekiranya Danilo dimainkan sebagai bek tengah maka Delph akan sekali lagi dijangka beraksi di bahagian kiri. Memang Delph mendapat pujian daripada Guardiola di atas persembahannya dalam dua perlawanan terakhir tapi untuk perlawanan sebesar menentang Chelsea kualiti menyerang yang dimiliki Danilo di bahagian sayap sangat-sangat diperlukan.

Mengapa tiga pemain bek tengah berbanding hanya dua? Ini kerana ancaman besar yang akan hadir dari Alvaro Morata. Morata yang sudah menjaringkan 7 gol setakat ini dan 6 daripadanya ialah hasil tandukan.

Image result for alvaro morata chelsea

Morata begitu bahaya di udara dan disebabkan itu memerlukan penjagaan lebih rapi oleh pertahanan City dan salah satu cara ialah dengan memperkenalkan pemain bek ekstra. Ini belum lagi mengambil kira ancaman Eden Hazard dengan larian gelecekannya yang berbahaya.

Tanpa Aguero mengemudi serangan City maka tanggungjawab itu perlu digalas oleh rangkaian penyerang muda Gabriel Jesus (20), Leroy Sane (21) dan Raheem Sterling (22) yang sudah menjaringkan gabungan 16 gol di antara mereka.

Image result for leroy sane sterling 2017/18

Usia tidak mencerminkan apa-apa kerana kualiti yang dimiliki pemain-pemain ini meletakkan mereka di landasan untuk bergelar pemain bertaraf kelas dunia suatu hari nanti.

Ramai menantikan perlawanan besar ini sebagai kayu ukur penentu juara liga di akhir musim ini dengan 31 perlawanan masih menanti selepas rehat antarabangsa.

Namun persoalannya adakah persiapan dan kelengkapan City cukup untuk meruntuhkan Stamford Bridge? Sama-sama kita saksikan.

Previu dan Reviu Peminat

Piala Super yang tertangguh

Feyenoord v City  UCL

Citizens memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan bertandang di De Kuip, Rotterdam menghadapi juara Belanda, Feyenoord.

Previu perlawanan pembuka peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, Feyenoord vs Manchester City...

Previu dan Reviu Peminat

Mendepani Cabaran Sang Merah Merseyside

Saingan Liga Perdana Inggeris disambung semula selepas dua minggu berehat untuk memberi laluan kepada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2018 dengan City menerima kunjungan Liverpool.

Previu perlawanan Manchester City menentang Liverpool oleh kolumnis Bulan Biru..

Peraduan dan Kuiz

Sehati sejiwa bersama Yaya

Bersempena meraikan ulangtahun kemerdekaan ke-60 Malaysia kali ini, Yaya Toure telah bermurah hati menghadiahkan sehelai jersi terbaru City untuk dimenangi oleh peminat bertuah di tanahair.

Pertandingan memenangi jersi Yaya Toure bersempena Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia serta musim terakhir Yaya bersama City.