quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Perjuangan belum selesai menanti di Monaco

Malam indah kemenangan City 5-3 ke atas AS Monaco di Stadium Etihad 21 Februari lalu masih segar di ingatan, namun cabaran masih perlu didepani di Stade Louis II pada malam Khamis.

City hadir di negara monarki kecil Eropah untuk menghadapi pendahulu Liga 1 Perancis dengan semangat penuh berkobar-kobar dan berkeyakinan tinggi. Kemenangan 2-0 ke atas Middlesbrough di Stadium Riverside Sabtu lalu sudah memastikan tempat Manchester City untuk beraksi di Wembley bertemu Arsenal nanti.

HELLO, MONACO: The team disembark

Kini City mengalihkan perhatian mereka dalam misi untuk melayakkan diri ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. Perlawanan pesta gol di Manchester telah menyaksikan City dua kali mengejar dari ketinggalan di belakang untuk bangkit menang bergaya 5-3 ke atas pasukan kendalian Leonardo Jardim 3 minggu lalu untuk meletakkan sebelah kaki di pusingan seterusnya.

Image result for city 5-3 monaco

Bekalan kelebihan 2 gol ke perlawanan timbal balik nanti bukanlah satu kelebihan yang selesa buat pasukan bimbingan Pep Guardiola. Pasukan Monaco yang memiliki tiga gol di tempat lawan hanya perlu menang 2-0 untuk menendang City keluar dari kejohanan elit Eropah ini.

Malah peristiwa ajaib Barcelona bangkit dari defisit 4 gol agregat menentang Paris St. Germain minggu lalu membawa pengajaran penting bahawa selagi 90 minit masih belum berakhir, maka apapun boleh terjadi dalam bolasepak. Jadi tidak hairanlah mengapa Guardiola begitu tegas dalam komen beliau, “Jika kami tidak menjaringkan gol di Monaco maka kami akan terkeluar”.

Image result for barcelona 6-1 psg

Justeru peminat City boleh menjangkakan barisan skuad yang menyerang persis seperti yang diturunkan semasa perlawanan pertama. Gandingan Leroy Sane, Raheem Sterling dan Sergio Aguero dalam empat perlawanan terakhir apabila mereka diturunkan bersama sudah menghasilkan 9 gol dan 8 bantuan di antara mereka. 

Agak menarik apabila melihat perlawanan di mana salah seorang daripada trio ini tidak diturunkan ianya berakhir dengan tanpa jaringan bagi pihak City iaitu ketika menentang Huddersfield dan Stoke City yang kedua-duanya berkesudahan 0-0.

Image result for leroy sane and sterling

Di bahagian tengah, David Silva dan Kevin De Bruyne akan bergandingan sebagai pencetus kreativiti pasukan sambil dipasak oleh Yaya Toure.

Silva kebelakangan ini berada dalam prestasi yang sangat bagus terbabit dalam 3 gol pasukan dan ketika perlawanan berjumpa Stoke ketiadaan Silva sememangnya amat terasa. Pasukan City kelihatan buntu dalam perlawanan itu sehinggalah Silva dibawa masuk.

De Bruyne pula walaupun persembahannya agak merudum dan tidak seperti kebiasaan, namun kehadiran beliau tetap membawa ancaman kepada lawan lebih-lebih lagi apabila pasukan City bercadang mencari gol di Monaco nanti. Pilihan De Bruyne di dalam skuad pastinya akan mencerminkan niat City untuk menyerang.

Related image

Di antara pilihan Yaya Toure dan Fernandinho untuk mengisi peranan pivot, prestasi semasa lebih memihak kepada Toure yang akan kembali ke gelanggang yang menjadi medan permainan beliau suatu masa dahulu. 

Toure pernah mewakili Monaco selama satu musim pada 2006/07 sebelum berpindah ke Barcelona. Toure sudah mula kembali mempamerkan kegigihan dalam permainan beliau dan mengingatkan para peminat kepada pemain hebat dari tahun-tahun terdahulu. Nampaknya panggilan “Pak Cik” oleh Sterling dan Sane ada membawa kesan positif.

Image result for yaya toure sane

Barisan pertahanan City sudah mula membuktikan kekentalan mereka dengan persembahan yang lebih konsisten. Dalam sepuluh perlawanan terakhir City, mereka berjaya mencatatkan 7 gawang bersih. Jadi jangkakan barisan yang lebih kurang serupa bersama gandingan Nicolas Otamendi, John Stones, Gael Clichy dan Pablo Zabaleta untuk membantu Willy Caballero mencegah pihak lawan dari mencemar gawang suci City.

Di pihak Monaco, mereka juga sedang berada dalam keadaan bersemangat. Selepas kekalahan di Manchester mereka sudah mencatatkan empat kemenangan berturutan termasuk kemenangan sengit 4-3 ke atas Marseille dalam pertandingan Coupe de France.

Image result for falcao injury bordeaux

Satu kelebihan buat City menjelang perlawanan ini ialah ketiadaan pemain pertahanan, Kamil Glik yang digantung perlawanan dan bintang penyerang utama mereka, Radamel Falcao yang masih belum dipastikan akan diturunkan nanti selepas mengalami kecederaan pinggul semasa menentang Bordeaux Sabtu lalu .

Ancaman terbesar Monaco buat masa ini ialah penyerang sensasi muda, Kylian Mbappe yang boleh menjadi duri dalam daging buat City. Kepantasan dan ketajaman pemain itu dalam menghidu gol melihat beliau berjaya menjaringkan 4 gol dalam empat perlawanan terakhir Monaco.

Image result for Kylian Mbappe

Perlawanan pertama di Manchester sudah menyaksikan bagaimana bakat-bakat muda yang dimiliki Monaco sebenarnya lebih dari mampu untuk membuat kejutan. Bersama sorakan para penyokong sendiri di belakang mereka pastinya pasukan Monaco akan bermain mati-matian mencari kebangkitan.

Manchester City belum pernah tewas kepada mana-mana lawan dari Perancis dengan rekod 2 menang dan 2 seri iaitu ketika menentang PSG di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu menang 1-0 dan seri 2-2, dan di peringkat kumpulan Piala UEFA (Liga Europa) 2008/09 seri 0-0. Serta rekod terbaru kemenangan 5-3 perlawanan pertama dengan Monaco tempohari.

Related image

Manakala Monaco pula memegang rekod yang bagus ke atas kelab Inggeris di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara. Tiga pasukan Inggeris, Manchester United (1997/98), Chelsea (2003/04) dan Arsenal (2014/15) kesemuanya sudah menjadi mangsa Monaco di tendang keluar dari kejohanan. Jadi pasukan manakah yang akan meneruskan rekod cantik masing-masing nanti?

Dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah musim ini, kedua-dua pasukan hanya mencatat satu gawang bersih sahaja. Adakah ini bermakna satu lagi pesta gol bakal menanti? 

Image result for pep and leonardo jardim

Sebagaimana dikatakan Pep, City akan ke Monaco dengan hanya satu misi untuk menang dan jaringkan gol-gol, bukan hanya sekadar bertahan untuk mara ke peringkat seterusnya. Namun misi jangka panjang kelab adalah untuk menakluk Eropah suatu masa nanti untuk menjadi salah satu kuasa Eropah baharu. Inilah masanya!

* Perlawanan menentang AS Monaco akan berlangsung jam 7.45 malam hari Rabu, 15 Mac waktu UK bersamaan pukul 3.45 pagi Khamis, 16 Mac waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD.

Previu dan Reviu Peminat

Misi City ke Wembley

Aksi hebat City di pentas Eropah minggu lalu menentang Monaco masih segar dan kini Huddersfield menanti dalam sasaran pasukan untuk menjulang Piala FA musim ini.

Previu dan Reviu Peminat

Menyambut tamu Ligue 1

Manchester City meneruskan cabaran Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan menerima kunjungan AS Monaco di peringkat 16 akhir di Stadium Etihad, malam Rabu.

Previu dan Reviu Peminat

Huddersfield medan ujian 'akar' pengganti 'rotan'?