quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Dari Etihad ke Emirates

Saingan Liga Perdana Inggeris kembali semula selepas dua minggu berehat dengan kunjungan Manchester City ke laman Arsenal, Stadium Emirates.

Dua minggu para peminat Manchester City terpaksa menahan rindu untuk menyaksikan aksi pasukan kegemaran mereka. Penantian mereka bakal berakhir petang Ahad (malam Isnin) dengan bermulanya deretan perlawanan paling mencabar buat City musim ini.

Bulan April ini akan menyaksikan pasukan Pep Guardiola akan beraksi dalam 7 perlawanan dan 4 daripadanya pertemuan dengan Arsenal (termasuk semifinal Piala FA), Chelsea dan Manchester United. Menambahkan lagi cabaran ialah hanya dua perlawanan akan berlangsung laman sendiri di Stadium Etihad.

Image result for man city v arsenal 2017

Cabaran pertama City ialah di kota London dengan bertandang di Stadium Emirates menentang Arsenal. Persaingan Liga Perdana Inggeris musim ini kini hanya berbaki 10 perlawanan buat City dan kelihatan sukar untuk the Citizens mengejar Chelsea yang mendahului dengan 12 mata meskipun pendahulu liga tersebut  kalah mengejut di tempat sendiri kepada Crystal Palace 1-2 pada hari Sabtu.

Persaingan sebenar Liga Perdana buat masa ini ialah di antara pasukan di kedudukan kedua hingga ke ketujuh yang sedang merebut tempat kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan. City kini menghuni tempat ketiga dengan 57 mata manakala Arsenal di tempat keenam dengan 50 mata, namun mereka memiliki dua perlawawan tertangguh berbanding satu buat City.

Image result for arsenal fans emirates

Nasib City dan Arsenal di atas padang sangat berbeza kebelakangan ini. Semenjak kekalahan besar 4-0 kepada Everton di bulan Januari, City hanya tewas sekali sahaja dalam semua perlawanan mereka iaitu dalam pertembungan menentang AS Monaco di 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah bulan lalu yang membawa pasukan terkeluar dari kejohanan.

Sebaliknya Arsenal pula sedang mengalami antara zaman kemerosotan paling teruk mereka dengan 6 kekalahan dalam 9 perlawanan terakhir mereka termasuk kekalahan agregat besar 10-2 kepada Bayern Munich. Rekod di Liga Perdana juga tidak kurang merungsingkan para penyokong Arsenal. 

Image result for arsenal v bayern 2017

Hanya satu kemenangan berjaya dinikmati daripada 5 perlawanan Liga Perdana terakhir mereka. Tidaklah begitu mengejutkan prestasi sedemikian menjadi pendorong kepada segelintir peminat Arsenal yang mahukan Arsene Wenger meletakkan jawatan.

Seharusnya City mengambil kesempatan 'menangguk di air yang yang keruh' atas krisis yang dihadapi Arsenal buat masa ini. Kemenangan di London nanti bukan sahaja membolehkan mereka merapatkan jarak dengan Chelsea malah City boleh memperoleh ruang yang selesa di tempat empat teratas liga untuk menjamin ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Related image

Pertemuan pertama musim ini pada Disember lalu di antara City dan Arsenal telah menyaksikan bagaimana City bangkit di separuh masa kedua untuk meraih kemenangan 2-1 selepas ketinggalan di awal permainan. Aksi City di separuh masa kedua dalam perlawanan itu begitu berbeza sekali sehinggakan kehadiran Mesut Ozil tidak terasa di atas padang.

Leroy Sane merupakan pemain paling menyerlah dalam perlawanan tersebut dan semenjak itu menjadi pemain berbakat antara paling mengujakan di Liga Perdana. Gol Sane ke atas Arsenal ialah gol sulungnya bersama City dan setakat ini pemain sayap Jerman itu sudah mengumpul 7 gol buat kelab.

Image result for sane city 2-1 arsenal

Gandingan Sane dan Raheem Sterling dianggap antara yang paling berbisa dalam Liga Perdana buat masa ini yang mengganas di bahagian sayap lebih-lebih lagi apabila bahagian serangan dikemudi oleh Sergio Aguero yang kini sudah menjaringkan 22 gol musim ini.

Semasa rehat antarabangsa baru-baru ini David Silva berjaya menjaringkan 2 gol bersama Sepanyol dan ia telah mengangkat pemain tengah City itu menjadi penjaring keempat tertinggi sepanjang zaman buat La Rojas. 

Mungkin Silva boleh memberikan sentuhan 'ajaib' beliau untuk City meleburkan rekod Arsenal yang masih boleh berbangga dengan statistik perlawanan di laman sendiri mereka ke atas Manchester City. 

Image result for david silva 2017 city

Setakat ini the Gunners hanya kalah sekali sahaja bila menerima kunjungan City dalam 19 pertembungan liga (menang 12 dan seri 6) iaitu tahun 2013 di bawah kendalian Roberto Mancini. 

Manakala kali terakhir City berjaya melakarkan kemenangan kedua-dua perlawanan Liga Perdana dalam satu musim menentang Arsenal pula sejak 41 tahun dahulu pada musim 1975/76.

Image result for wenger vs guardiola

Sementara rekod peribadi bos City, Guardiola menentang pengurus Arsenal, Arsene Wenger pula telah menyaksikan 9 pertemuan dengan Pep menang 5, seri 2 dan kalah 2. Kedua-dua kekalahan dicatat dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Dengan dua perlawanan berturut-turut Liga Perdana Inggeris bertamu di laman pasukan-pasukan London, misi City menakluk ibu kota Britain kini bermula!

* Perlawanan menentang Arsenal akan berlangsung hari Ahad, 2 April jam 4 petang UK bersamaan pukul 11 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD. Sila ikuti liputan perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Previu dan Reviu Peminat

Perjuangan belum selesai menanti di Monaco

Malam indah kemenangan City 5-3 ke atas AS Monaco di Stadium Etihad 21 Februari lalu masih segar di ingatan, namun cabaran masih perlu didepani di Stade Louis II pada malam Khamis.

Previu dan Reviu Peminat

Misi City ke Wembley

Aksi hebat City di pentas Eropah minggu lalu menentang Monaco masih segar dan kini Huddersfield menanti dalam sasaran pasukan untuk menjulang Piala FA musim ini.

Previu dan Reviu Peminat

Menyambut tamu Ligue 1

Manchester City meneruskan cabaran Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan menerima kunjungan AS Monaco di peringkat 16 akhir di Stadium Etihad, malam Rabu.