quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

City ibarat menggenggam bara api

Manchester City memulakan langkah di tahun 2017 dengan dua kemenangan berturut-turut di dua kejohanan berbeza yang telah mengembalikan wajah City sebenar ketika di awal musim.

Dalam perlawanan sulung tahun baharu menentang Burnley walaupun City terpaksa bermain dengan 10 pemain mereka tetap unggul menguasai perlawanan dan menang 2-1.

Image result for man city 2-1 burnley

Kemudian di perlawanan Piala FA, City mempamerkan persembahan terbaik dan tercantik mereka setakat musim ini menang besar 5-0 ke atas West Ham.

Cabaran seterusnya menanti di Merseyside, selepas bertandang di Anfield di perlawanan penutup tahun 2016 dengan kekecewanan. Kali ini City akan bertamu di laman jiran Liverpool berwarna biru, Everton.

Pertemuan pertama musim ini di Stadium Etihad telah berakhir dengan keputusan 1-1 di mana City mensia-siakan dua sepakan penalti oleh Kevin De Bruyne dan Sergio Aguero. Nasib baik Nolito telah menyelamatkan maruah City dengan jaringannya untuk berkongsi mata dengan pelawat.

Related image

Kegagalan memenangi perlawanan itu yang sepatutnya menjadi pentas untuk anak-anak buah Pep Guardiola bangkit selepas tewas kepada Tottenham Hotspur seolah-olah telah melunturkan keyakinan skuad City.

Natijahnya, mereka kemudiannya gagal memenangi 3 perlawanan selepas itu dan juga 3 perlawanan di Stadium Etihad sepanjang bulan Oktober dan November.

Guardiola berkata keyakinan itu sudah kembali semula selepas aksi 5 bintang City di London minggu lalu. Malah pengurus dari Catalan mengakui kesilapan taktikal yang telah dilakukannya dalam cubaan ekperimentasinya.

Image result for west ham 0-5 man city

Di fasa kedua Liga Perdana Inggeris dengan baki 18 perlawanan lagi, Guardiola nampaknya sudah belajar sedikit sebanyak selok-belok bola sepak Inggeris dan bersedia memulakan kebangkitan City untuk mengejar 10 mata yang dijarakkan oleh Chelsea, selepas pendahulu liga tersebut menumbangkan juara bertahan, Leicester 3-0 pada hari Sabtu di Stadium King Power.

Keterujaan Guardiola ini turut dikongsi bersama oleh para peminat yang ternanti-nanti kemunculan bintang baharu City dalam skuad City di Goodison Park nanti, tidak lain tidak bukan, Gabriel Jesus.

Namun the Citizens nampaknya terpaksa terus bersabar dengan kemunculan penyerang muda Brazil tersebut yang sudah tiba di Manchester sejak 3 Januari kerana mengalami kesulitan pendaftaran dengan pihak FA membabitkan pihak ketiga.

Related image

Gabriel yang baru berusia 19 tahun itu memiliki segala atribut untuk menjadi penyerang hebat City dan juga di Liga Perdana Inggeris.

Beliau memiliki kepantasan yang menakjubkan, hebat menggelecek, pakar situasi satu-lawan-satu, naluri semulajadi di hadapan gol dan boleh bermain di mana-mana posisi di bahagian serangan sama ada sebagai pemain sayap, penyerang utama ataupun penyerang bantuan membolehkan beliau mengisi sebarang formasi yang diinginkan Guardiola.

Dengan kemunculan Jesus yang tertangguh ia mungkin terubat dengan kembalinya kapten Vincent Kompany yang telah disahkan oleh Pep semasa sidang media hari Jumaat dalam pemilihan selepas pulih dan cergas sepenuhnya.

Image result for kompany city training 2016/17

Selepas tahun 2016 yang mengecewakan mungkin tahun 2017 boleh membuka lembaran baru buat pemain ikonik City ini. Skuad Manchester City secara am dan barisan pertahanan secara khusus sudah lama mendambakan aura kepimpinan Kompany.

Pemain lain yang sudah kembali dari kecederaan ialah bintang muda Jerman, Leroy Sane yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya hari Rabu lalu.

Persembahan Sane semasa perlawanan menentang Arsenal menarik banyak pujian daripada peminat City dan pengkritik sukan namun selepas itu kecederaan otot telah memaksa Sane direhatkan beberapa minggu.

Image result for leroy sane manchester city vs arsenal

Dengan kembalinya Kompany dan Sane maka hanya tinggal Fernando dan Ilkay Gundogan terlantar di bilik rawatan. Manakala Fernandinho masih menjalani tempoh penggantungan permainan berikutan kad merah kedua musim ini yang masih berbaki 3 perlawanan.

Tumpuan juga terfokus kepada bek England, John Stones yang akan kembali ke laman lamanya buat pertama kali sejak berpindah ke Stadium Etihad musim panas lalu. Stones telah menjaringkan gol pertamanya buat City dalam kemenangan 5-0 ke atas West Ham minggu lalu dengan tandukannya.

Image result for john stones celebrate west ham 0-5 man city

Untuk pasukan Everton, mereka sudah kehilangan khidmat Yannick Bolasie yang mengalami kecederaan ACL dan kini mereka menanti berita kecergasan dua pemain tonggak iaitu Aaron Lennon dan wira penalti di Stadium Etihad mereka, Maarten Stekelenburg.

Dari sudut rekod pertemuan di Goodison Park, sebelum ini Everton memegang rekod yang cantik memenangi empat pertembungan dengan City di antara tahun 2010 hingga 2013, namun akhir-akhir ini City sudah menikmati dua kemenangan daripada tiga pertemuan terakhir di situ.

Image result for stekelenburg everton v man city

Secara keseluruhan pula Everton kini gagal menang dalam tujuh pertemuan terakhir di antara mereka dengan City memenangi empat perlawanan.

Dengan perbezaan mata yang begitu rapat di antara pasukan di tempat kedua (Liverpool) hingga tempat keenam (Manchester United), Manchester City mesti meneruskan persembahan penuh meyakinkan untuk mengorak langkah mengejar kebangkitan di separuh kedua musim 2016/17.

Semoga Tahun 2017 akan terus menyinar dan the Citizens akan terus menggenggam bara api biar sampai menjadi arang di penghujung musim nanti!

Perlawanan akan berlangsung pada hari Ahad, 15 Januari jam 1.30 tengahari waktu UK bersamaan pukul 9.30 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ke udara di saluran Astro 816/834 dan ikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi kami di @ManCityMAS.

Previu dan Reviu Peminat

City siap gempur the Gunners

Selepas tersungkur dikejar musang Leicester, City berjaya mengelak dari disengat tebuan Watford, kini ancaman bedilan meriam Arsenal menanti pada petang Ahad di Stadium Etihad.

Berita Kelab Peminat

Dua kota satu warna

Blues London dan Blues Manchester bertembung di Stadium Etihad dalam suasana tegang dan berakhir dengan insiden namun ia tidak mengeruhkan hubungan para penyokong kedua-dua pasukan di tanahair.

Previu dan Reviu Peminat

Misi elak 'mata' dicuri 'musang'

City akan berkunjung ke Stadium King Power petang Sabtu berhadapan juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Leicester, dengan sasaran kembali bangkit meraih kemenangan.