quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Huddersfield medan ujian 'akar' pengganti 'rotan'?

Selepas terkandas di pusingan kelima musim lalu, Pep Guardiola menyasarkan pasukannya mara lebih jauh dalam Piala FA kali ini dengan hadangan seterusnya menanti di Huddersfield.

Pada musim 2015/16 Manuel Pellegrini telah menurunkan barisan skuad pilihan kedua menentang Chelsea di Stamford Bridge sebagai tanda protes selepas pihak FA tidak mengendahkan penjadualan semula, natijahnya mereka kalah 5-1.

Image result for chelsea 5-1 city fa cup 2016

Ketika itu, City terpaksa melakukannya dengan kesuntukan masa untuk skuad berehat secukupnya sebelum menghadapi Paris St-Germain di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan ramai pemain yang cedera yang menyukarkan penggiliran.

Kali ini skuad City hampir kesemuanya penuh cergas, namun kehilangan bintang baru mereka, Gabriel Jesus yang terpaksa direhatkan sehingga ke akhir musim berikutan kecederaan tulang metatarsal semasa kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth tempohari, disamping Ilkay Gundogan

Image result for gabriel jesus injury

Ia satu tamparan besar buat City setelah Gabriel, 19, dilihat sebagai ‘penyelamat’ dalam City meneruskan cabaran sepertiga akhir musim seakan memberi nafas baru dalam skuad yang kurang berbisa berbanding musim-musim lalu terutama dari segi jumlah gol yang dihasilkan.

Selama tiga tahun berturut-turut City di bawah bimbingan Pellegrini menjadi pasukan yang menghasilkan jumlah gol terbanyak dalam satu musim dalam Liga Perdana Inggeris dan masih memegang rekod gol terbanyak di kesemua kejohanan dalam satu musim pada musim 2013/14 dengan jumlah 156 gol memadam rekod 56 tahun yang dipegang Manchester United (143 gol).

Image result for pellegrini squad champions 2013/14

Sehingga kini selepas 25 perlawanan Liga Perdana Inggeris, City mencatat 51 gol, namun pada masa sama terbolos sebanyak 29 gol dan kini berada di kedudukan kedua carta liga, lapan mata di belakang pendahulu Chelsea.

Sementara dalam Piala FA selepas dua perlawanan pusingan ketiga dan keempat, City telah menghasilkan 8 gol tanpa bolos dengan kemenangan 5-0 ke atas West Ham dan 3-0 menentang Crystal Palace.

Image result for city 5-0 west ham

Ramai penganalisis sukan melihat faktor ini disebabkan tumpulnya City di bahagian serangan sejak dari awal musim dengan kurang menyengat sebaik sahaja mereka tiba di petak penalti, meskipun menguasai majoriti posesi bola.

Penyerang utama City, Sergio Aguero setakat ini hanya menghasilkan 18 gol keseluruhan dan 11 darinya dalam Liga Perdana Inggeris. Namun faktor ini ditambah dengan penggantungan sebanyak tiga perlawanan akibat kad merah semasa tewas 1-3 kepada Chelsea pada bulan Disember tahun lalu.

Related image

Pada musim lalu Aguero telah menghasilkan 29 gol keseluruhan dan 24 darinya dalam Liga Perdana Inggeris. Namun ia sedikit merosot berbanding musim 2015/16 ketika Kun merangkul anugerah Kasut Emas dengan penghasilan 32 gol dimana 26 darinya dalam Liga Perdana Inggeris.

Adakah statistik ini menunjukkan prestasi Kun semakin menurun dari tahun ke tahun dengan faktor usia? Namun, sejak ketibaan Gabriel awal Januari dengan hanya empat penampilan pertamanya sudah menyumbangkan 3 gol dan dua bantuan jaringan. 

Image result for gabriel jesus celebrate city

Semenjak itulah juga, Aguero yang mencatat detik bersejarah dalam dunia bola sepak hampir lima tahun lalu turut mula dipinggirkan. Maka desas desus mengaitkan penyerang Argentina tersebut dengan beberapa kelab besar lain dan mengatakan Kun tidak lagi gembira berada di City.

Adakah penyerang ikonik Liga Perdana Inggeris kini dilayan seperti 'habis manis sepah dibuang'? Malah dianggap seperti 'akar' berbanding penyerang muda, Jesus sebagai 'rotan'? Jadi, bak kata pepatah tiada rotan akar pun berguna!

Image result for pep and aguero

Pep telah menafikan segala gosip liar tersebut dan menegaskan yang Aguero masih termasuk dalam perancangannya. Malah mengulangi kata-katanya kembali semasa sidang media pada hari Jumaat sebelum pertemuan dengan Huddersfield yang City menjadi lebih kuat dengan adanya Aguero dan Gabriel.

Hakikatnya kini City akan mengharungi tiga cabaran kejuaraan dengan ketiadaan Gabriel serta Gundogan. Ia sekaligus memberi peluang kepada Aguero untuk membina keyakinannya semula dan menajamkan kembali penyudahannya yang agak tumpul sejak akhir-akhir ini.

Image result for sterling sane gabriel

Sebahagian penganalisis percaya yang Guardiola telah menemui ‘senjatanya’ iaitu rangkaian JSS (Jesus, Sane, Sterling) dengan ketiga-tiga pemain tersebut purata usia mereka 20 tahun dan mempunyai fleksibiliti untuk bermain di mana-mana posisi serangan. 

Namun penganalisis sama melihat Kun tidak dapat memenuhi taktikal yang dikehendaki Pep dengan posisinya sebagai penyerang tengah sukar untuk bebas bergerak melakukan serangan di posisi kiri atau kanan lebih dari masa dua puluh minit!

Image result for aguero 2017

Tanggapan tersebut telah disangkal Pep dengan menjelaskan apa yang diinginkannya dari Aguero tidak sama dengan apa yang diinginkannya dari Gabriel dan apa yang dapat dilakukan Sergio ada yang tidak boleh dilakukan Gabriel. Jadi Aguero bukanlah 'akar' sebagai pengganti kepada 'rotan'!

Pada pendapat Pep, setiap pemain ada karakter, kemahiran dan kualitinya yang tersendiri. Pada usia Kun kini 28 tahun dan kontraknya dengan City sehingga tahun 2020 masih banyak yang dapat disumbangkannya kepada kelab. 

Apa yang perlu dilakukan oleh Kun kini, hanyalah perlu meneruskan apa yang telah dimulai sejak dari awal kariernya.

Image result for aguero pep

Sejak menyertai City pada musim panas 2011, pemain kelahiran Buenos Aires ini telah tampil sebanyak 235 kali buat City dengan 154 gol meletakkan beliau berada di kedudukan ketiga penjaring gol terbanyak City sepanjang zaman mengatasi 1 gol dari pemain legenda City, Colin Bell.

Dengan perlawanan pertama 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah menanti selang tiga hari menentang lawan mencabar, pendahulu Ligue 1 AS Monaco, berkemungkinan Pep akan menempatkan Kun di bangku simpanan menentang Huddersfield sebagai persediaan perlawanan lebih besar.

Image result for kelechi nolito

Kelechi Iheanacho, Nolito, Nicolas Otamendi, Jesus Navas dan Fabian Delph yang tidak beraksi agak sekian lama mungkin akan diberi peluang kembali beraksi menentang pasukan kendalian David Wagner , Sabtu ini di Stadium John Smith.

Dengan Willy Caballero menjadi pilihan utama menjaga gawang, tidak mustahil Pep akan menurunkan semula Claudio Bravo dan memberi peluang kepada Caballero beraksi di perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, mengulangi kecemerlangannya semasa menggantikan Bravo dalam kemenangan 3-1 ke atas Barcelona di peringkat kumpulan November lalu.

Image result for caballero v barcelona

Huddersfield akan turun dengan prestasi cemerlang mereka dalam saingan Liga Championship setelah hanya kalah 1 dari 10 perlawanan terakhir mereka dan berada di posisi ketiga di belakang Newcastle dan Brighton untuk memburu tempat layak secara automatik ke Liga Perdana Inggeris musim depan.

Pasukan tuan rumah yang pernah menjuarai Piala FA sekali pada tahun 1926 berbanding lima kali oleh City akan diperkuatkan dengan pemain bintang mereka Elias Kachunga dan Michael Hefele yang kedua-duanya merupakan antara pemain berbahaya mereka.

Namun pemain City yang dipinjamkan kepada Huddersfield hingga ke akhir musim, Aaron Mooy tidak dapat beraksi kerana peraturan FA melarang pemain pinjaman bermain melawan kelab majikan.

Image result for aaron mooy huddersfield

Dengan rekod pertemuan City menang 24 dari 64 perlawanan sebelumnya menentang the Terriers, pasukan di wilayah Yorskhire tersebut tidak boleh dipandang enteng.

Walaupun rekod mereka tercalit dengan kemenangan terbesar pernah dicatat City dengan jaringan 10-1 pada 7 November 1987, apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.

Related image

Adakah City akan menggunakan peluang ini sepenuhnya untuk sekali lagi berpeluang bertandang di Stadium Wembley, sekaligus membawa kembali trofi Piala FA  ke pangkuan yang dijulang enam tahun lalu? 

Dalam masa sama ia juga peluang untuk Pep Guardiola menambah deretan koleksi pialanya dengan trofi pertama di England.

Semoga semangat berjuang hingga ke akhirnya akan terus subur dalam diri setiap pemain dalam pasukan untuk terus melakar kemenangan manis.

* Perlawanan akan berlangsung hari Sabtu, 18 Februari jam 3 petang waktu UK bersamaan pukul 11 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ke udara di saluran Astro 810/831. Anda boleh mengikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter kami @ManCityMAS.

Previu dan Reviu Peminat

Perjuangan ke akhir garisan

Manchester City memasuki fasa kedua musim 2016/17 dengan sinar baharu apabila mencatat 5 kemenangan dari 7 perlawanan di kesemua kejohanan sejak tahun baharu 2017 dan seakan diberi nafas baharu selepas ketibaan Gabriel Jesus.

Berita Kelab Peminat

MCM Family Futsal 2016 meriah!

Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia (MCM) telah menganjurkan Family Futsal edisi 2016 bertempat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Previu dan Reviu Peminat

City ibarat menggenggam bara api

Manchester City memulakan langkah di tahun 2017 dengan dua kemenangan berturut-turut di dua kejohanan berbeza yang telah mengembalikan wajah City sebenar ketika di awal musim.