quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Menyambut tamu Ligue 1

Manchester City meneruskan cabaran Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan menerima kunjungan AS Monaco di peringkat 16 akhir di Stadium Etihad, malam Rabu.

Sekali imbas undian Liga Juara-Juara Eropah peringkat 16 akhir edisi kali ini seperti memihak kepada City yang berjaya mengelak gergasi besar seperti Atletico, Dortmund dan Juventus. 

Di atas kertas nama AS Monaco dianggap ramai sebagai pasukan paling kerdil di antara semua calon lawan City. Akan tetapi lawan yang bakal bertandang ke Stadium Etihad hari Selasa nanti (Rabu pagi Malaysia) bukanlah calang-calang prestasinya musim ini dan tidak boleh dipandang enteng. 

Image result for As monaco celebrate 2017

AS Monaco kini menghuni kedudukan teratas carta Ligue 1 bersama catatan 76 gol dalam 26 perlawanan dengan 59 mata, 3 mata mengatasi Paris St Germain. Sebagai perbandingan jaringan itu adalah 26 gol lebih daripada pencabar terdekat mereka, Paris St. Germain - ya, pasukan yang baru membelasah Barcelona 4-0 minggu lalu hanyalah pasukan kedua terhebat di Perancis setakat ini. 

Rekod jumlah gol tersebut menjadikan Monaco sebagai pasukan mengumpul gol terbanyak di antara pasukan-pasukan di lima liga utama Eropah termasuk Liga Perdana Inggeris. Sementara City yang ketandusan gol musim ini berbanding musim-musim lalu menduduki tempat ke-11 di Eropah.

Di peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara musim ini, Monaco telah mengejutkan ramai pihak apabila menjuarai kumpulan E yang melihat mereka menewaskan pasukan Tottenham Hotspur dalam kedua-dua peringkat perlawanan kumpulan. Kumpulan E juga terdiri dari CSKA Moscow dan pasukan Bundesliga, Bayer Levurkesen. 

Image result for As monaco vs spurs

Ini merupakan pertemuan sulung di antara City dan Monaco. Tidak banyak perkara yang menghubungkan dua kelab ini kecuali bekas pemain remaja City asal Portugal, Marcos Lopes yang telah berpindah dari City ke Monaco pada 2014 dan juga gosip perpindahan yang mengaitkan City dengan begitu ramai pemain Monaco buat masa ini. Minggu lalu sahaja empat nama pemain Monaco terlibat dalam berita khabar angin bakal dibida City iaitu Thomas Lemar, Fabinho, Tiemioue Bakayoko dan Djibril Sidibe.

Ini belum mengira ketika jendela perpindahan musim panas lalu apabila Monaco telah menolak tawaran sebanyak £30 juta untuk pemain berusia 18 tahun, Kylian Mbappe. Ternyata Mbappe ialah penjaring gol ketiga terbanyak Monaco musim ini dengan 11 gol yang bakal memberi ancaman kepada City. Pengaitan begitu ramai pemain Monaco dengan City hanya membuktikan kualiti yang dimiliki skuad Leonardo Jardim musim ini.

Image result for Kylian Mbappe

Rata-rata pemain Monaco kesemuanya berusia muda. Hanya dua pemain dalam kesebelasan kebiasaan mereka berumur lebih 30 tahun menjadikan stamina pasukan salah satu kekuatan mereka. Dengan perlaksanaan yang betul kepantasan dan stamina boleh menjadi senjata untuk menewaskan pasukan lawan seperti City yang memiliki ramai pemain ternama tetapi berusia.

Ingat sahaja perlawanan menentang Everton di mana City menerima kekalahan terbesar mereka musim ini dalam Liga Perdana Inggeris. Kelebihan teknikal pemain City seperti tidak dapat menandingi tenaga muda skuad Everton lebih-lebih lagi di penghujung babak kedua yang melihat City terpaksa menanggung malu kalah 4-0.

Image result for radamel falcao monaco 2017

Ini tidak bererti Monaco tidak memiliki pemain bertaraf prestij dalam skuad mereka. Ancaman terbesar Monaco semestinya hadir dari penyerang utama mereka, Radamel Falcao yang juga penjaring terbanyak mereka musim ini dengan 21 gol dalam semua pertandingan. 

Musim ini merupakan musim kebangkitan buat Falcao yang sebelum ini bergelut dengan kecederaan dan prestasi merudum semasa tempoh pinjaman kepada Manchester United dan Chelsea.

Perlawanan ini akan menjadi medan pertarungan dua bekas penyerang Atletico Madrid, Radamel Falcao dan Sergio Aguero yang merupakan penjaring terbanyak pasukan masing-masing musim ini. 

Image result for aguero v borussia

Dua penyerang ini tidak pernah bermain bersama kerana Falcao dibeli oleh Atletico sebagai pengganti Aguero yang berhijrah ke Manchester City. Musim ini rekod gol Falcao ialah satu gol untuk setiap 82 minit bermain manakala Aguero pulang memegang rekod satu gol setiap 110 minit.

Sebelum itu dua orang lagi pemain City yang sempat bermain bersama Falcao adalah Nicolas Otamendi yang sempat bersama setahun di Porto dan Fernando Reges selama tiga tahun, sebelum Falcao berpindah ke Atletico tahun 2011.

Falcao dan Fernando turut menjulang trofi Liga Europa bersama-sama pada musim 2010/11, trofi terakhir dirangkulnya di pentas Eropah.

Image result for fernando and falcao porto

Kehadiran Gabriel Jesus telah menyaksikan Aguero terpaksa bermula di bangku simpanan semenjak kebelakangan ini tetapi kecederaan panjang yang melanda pemain Brazil itu bermakna Aguero akan kembali berpeluang mengepalai barisan serangan Manchester City.

Pep Guardiola di bahagian kedua musim ini telah menunjukkan satu kelainan dalam pendekatan beliau. Jika sebelum ini Guardiola dilihat gemar mengusik susunan taktikal dan barisan skuad City. Namun lewat ini nampaknya beliau mula menunjukkan konsistensi. 

Aguero yang menggantikan Jesus semestinya akan bergandingan bersama Leroy Sane dan Raheem Sterling di barisan hadapan sambil Yaya Toure, Kevin De Bruyne dan David Silva melengkapkan rangkaian di bahagian tengah. 

Image result for yaya toure kevin de bruyne 2017

Hanya barisan pertahanan sahaja yang diberi fleksibiliti dalam pemilihan pemain tapi hampir pasti Guardiola akan menggunakan formasi 4-3-3.

Satu perkara menarik ialah peranan Fernandinho dalam skuad City nanti. Kembalinya Yaya Toure ke dalam skuad Liga Juara-Juara peringkat 16 akhir mengundang masalah dalam pemilihan pemain di posisi sama. 

Ini memandangkan adalah sukar untuk memuatkan Fernandinho dan Yaya Toure di bahagian tengah City apabila hanya ada ruang untuk tiga pemain sahaja (dua tempat lagi diisi oleh De Bruyne dan Silva). Berkemungkinan besar Fernandinho akan sekali lagi ditempatkan di bahagian pertahanan di sebelah kiri.

Image result for fernandinho 2017

Logiknya di sini ialah bahagian bek kiri sudah dikenalpasti sebagai titik lemah dalam formasi City. Aleksandar Kolarov dan Gael Clichy dilihat bergelut dengan prestasi mereka di posisi itu sepanjang musim. 

Dengan Kolarov lebih diberi kepercayaan untuk bermain di pertahanan tengah maka City memerlukan alternatif kepada Clichy lebih-lebih lagi untuk berhadapan dengan pemain sayap yang pantas serta lincah seperti Bernando Silva dari pasukan Monaco. Di sinilah datangnya Fernandinho untuk memantapkan pertahanan City di bahagian tersebut.

Monaco belum lagi mengalami kekalahan di tahun 2017 dengan kekalahan terakhir mereka adalah di bulan Disember 2016 kepada Olympic Lyon. Perlawanan terakhir Monaco menyaksikan mereka seri 1-1 dengan pasukan antara tangga kedua tercorot Ligue 1, Bastia Jumaat lalu.

Image result for bastia 1-1 monaco

Manakala City pula sedang menikmati kebangkitan semenjak kekalahan 4-0 kepada Everton dengan 3 kemenangan berturutan sebelum sekadar seri tanpa jaringan dalam perlawanan terakhir menentang Huddersfield di pusingan kelima Piala FA, Sabtu lalu.

City masih belum kalah kepada pasukan dari Perancis di pentas Eropah selepas dipertemukan dengan PSG di peringkat suku akhir musim lalu dengan satu menang dan satu seri untuk melayakkan City ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Sementara Monaco pula telah bertemu tiga pasukan dari England di peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah dan menang ketiga-tiganya iaitu Manhester United (1997/98), Chelsea (2003/04) dan Arsenal (2014/15). Mereka juga telah mengalahkan Spurs di peringkat kumpulan dalam kedua-dua perlawanan musim ini.

Related image

Pencapaian terbaik Monaco dalam Liga Juara-Juara Eropah setakat ini sampai ke semi final sebanyak dua kali pada musim 1993/94 kalah agregat 3-0 kepada Milan dan musim 1997/98 tewas agregat 2-3 kepada Juventus.

Manakala pencapaian terbaik City dalam kejuaraan elit Eropah ini pula layak sekali ke peringkat semi final musim lalu apabila tewas dengan agregat 1-0 kepada Real Madrid dengan gol tunggal Gareth Bale yang kemudiannya menjuarai kejohanan selepas menang penalti penentuan ke atas kelab jiran mereka, Atletico Madrid.

Related image

Dengan kedua-dua pasukan membawa rekod pencapaian statistik yang berbeza, siapakah yang akan meraih kemenangan sulung untuk dibuat bekal ke perlawanan kedua nanti? Ayuh City, jangan dipersia-siakan kelebihan bermain di laman sendiri kali ini. 

Bienvenue Monaco! Selamat datang ke Etihad.

Ikuti perjalanan pasukan kendalian Pep Guardiola dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini dari peringkat kelayakan dan kumpulan sebelum diundi bertemu AS Monaco di peringkat 16 akhir...

* Perlawanan akan bermula jam 7.45 malam hari Selasa, 21 Februari waktu UK bersamaan pukul 3.45 pagi Rabu waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD. Ikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi kami dalam Bahasa Melayu di @ManCityMAS.

Previu dan Reviu Peminat

Huddersfield medan ujian 'akar' pengganti 'rotan'?

Previu dan Reviu Peminat

Perjuangan ke akhir garisan

Manchester City memasuki fasa kedua musim 2016/17 dengan sinar baharu apabila mencatat 5 kemenangan dari 7 perlawanan di kesemua kejohanan sejak tahun baharu 2017 dan seakan diberi nafas baharu selepas ketibaan Gabriel Jesus.

Berita Kelab Peminat

MCM Family Futsal 2016 meriah!

Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia (MCM) telah menganjurkan Family Futsal edisi 2016 bertempat di Kuala Lumpur baru-baru ini.