quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Perjuangan ke akhir garisan

Manchester City memasuki fasa kedua musim 2016/17 dengan sinar baharu apabila mencatat 5 kemenangan dari 7 perlawanan di kesemua kejohanan sejak tahun baharu 2017 dan seakan diberi nafas baharu selepas ketibaan Gabriel Jesus.

Jaringan gol kemenangan di minit akhir perlawanan oleh Gabriel menentang Swansea minggu lalu telah berjaya melonjak City ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas terkeluar dari kelompok empat teratas minggu sebelumnya.

Kini selepas Liverpool berjaya mengalahkan Tottenham pada hari Sabtu dan Chelsea pula diikat seri di Burnley, City berpeluang naik satu lagi tangga ke kedudukan kedua sekiranya mereka dapat mengaut tiga mata penuh di Stadium Vitality menentang Bournemouth malam Selasa.

Related image

The Citizens juga berpeluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu kepada 8 mata dengan baki 13 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini. Sehingga ke akhir musim Mei ini apa sahaja boleh berlaku!

Selepas kekalahan besar 4-0 kepada Everton 15 Januari lalu dan seri dengan Spurs selepas mendahului dua gol telah merencatkan perjalanan kebangkitan City di separuh kedua musim ini. Ia telah menjadikan misi mengejar pendahulu Chelsea seakan mustahil.

Namun di balik kabut itu ada sedikit sinar cahaya di hujung perlawanan menentang Tottenham. Apabila Gabriel Jesus diperkenalkan buat pertama kali seperti ada sesuatu yang istimewa dapat dirasa. 

Image result for gabriel jesus vs spurs

Di dalam 10 minit tempoh bermain, Jesus telah mempamerkan permainan penuh bersemangat dan hampir-hampir mendapatkan gol jika bukan dibatalkan kerana ofsaid.

Kemunculan cameo Jesus itu telah menghembus nafas baru ke dalam skuad City yang agak tumpul di bahagian penyudahan. City musim ini jauh berbeza dengan musim-musim sebelumnya apabila tiga musim berturut-turut mencatat jaringan terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris.

Selepas penampilan pertama menentang Spurs, Pep Guardiola telah memilih untuk memulakan Jesus sebagai penyerang utama sambil Sergio Aguero diletakkan di bangku simpanan.

Image result for aguero bench

Begitu hebat impak sensasi terbaharu City itu apabila kesemua perlawanan dimulakan Jesus telah dimenangi City dan penyerang muda Brazil berusia 19 tahun telah berjaya mencatatkan 3 gol serta 2 bantuan gol dalam empat penampilannya setakat ini.

Dua faktor utama yang dilihat membantu prestasi Jesus ialah fleksibiliti beliau di bahagian serangan dan tahap kerajinan beliau yang tinggi. Seperti yang ditulis sebelum ini, Jesus sangat selesa untuk bermain di mana-mana posisi menyerang.

Penilaian ini bukan sekadar dari sudut teknikal malah juga dari sudut mentaliliti. Ini kerana ia banyak membantu Jesus membuat keputusan yang tepat semasa perlawanan. Jesus cukup tajam untuk menghidu peluang menjaringkan gol dan di masa yang sama cukup bijak membaca permainan untuk mencipta peluang dan membantu jaringan.

Image result for aguero and gabriel jesus

Bayangkan jika David Silva yang memiliki visi mencipta peluang tapi tumpul melkakukan penyudahan digabungkan dengan Sergio Aguero yang berbisa di hadapan gol tapi kurang peka untuk membuat bantuan.

Dua ciri hebat di antara dua pemain mantap inilah yang dimiliki Jesus. Sebenarnya fleksibiliti sememangnya adalah antara ciri kegemaran Guardiola yang mahukan para pemain berupaya menyesuaikan diri dalam sebarang situasi dan formasi semasa perlawanan berlangsung.

Mentor Guardiola, Johan Cruyff pernah berkata, “Dalam pasukan saya, penjaga gol ialah penyerang pertama dan penyerang ialah pertahanan pertama”. Apa yang dapat dilihat dalam permainan Jesus ialah bagaimana beliau begitu rajin mengejar bola menekan lawan malah sanggup turun hingga ke bawah membantu pasukan mendapatkan semula posesi. Inilah tahap kerajinan yang dimahukan Guardiola dalam pasukan beliau.

Image result for johan cruyff pep guardiola

Tetapi ini tidak bermakna Aguero bakal dipinggirkan City yang telah dilanjutkan kontrak sehingga tahun 2020. Masakan penyerang paling berbisa dalam sejarah EPL (1 gol setiap 109 minit) boleh dibiarkan tersia-sia begitu sahaja.

Mungkin Guardiola mahu mencari persembahan konsisten dengan memulakan rangkaian penyerang yang sama. Mungkin juga Guardiola mahu Aguero belajar apa yang dimahukan olehnya.

Berkemungkinan besar kita bakal dihidangkan dengan gandingan Aguero dan Jesus di bahagian serangan dalam perlawanan menentang Bournemouth nanti.

Image result for aguero and gabriel jesus

Ini kerana jika City mahu menurunkan dua penyerang terhebat mereka maka peluang mesti diberikan untuk mereka mencari keserasian di atas padang lebih-lebih lagi cabaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bakal bersambung semula tidak lama lagi dengan AS Monaco menanti di peringkat 16 akhir.

Ini bermakna salah seorang di antara Leroy Sane atau Raheem Sterling terpaksa digugurkan dari gandingan tiga serangkai serangan City.

Pengecualian ke atas Ilkay Gundogan, buat masa ini skuad tidak mempunyai pemain yang dilanda kecederaan. Ini memberi Guardiola kebebasan untuk membuat rotasi skuad untuk deretan pertandingan EPL, Piala FA dan UCL dalam minggu terdekat ini.

Dengan fokus kepada EPL dan UCL maka wajarlah Guardiola menurunkan skuad terkuat beliau dalam perjalanan ke Bournemouth dan menyediakan skuad kedua untuk pertemuan dengan Huddersfield Town di pusingan kelima Piala FA.

Bournemouth belum pernah menewaskan City dalam sejarah pertemuan mereka semenjak bertemu buat pertama kali pada 1987. Setakat ini sudah 9 kali mereka bertembung dan City menang 7 daripadanya dan seri dua kali.

Rekod City ke atas Bournemouth dalam persaingan EPL sangat baik sekali dengan 3 kemenangan besar sudah diperoleh, kesemuanya berjurang 4 gol iaitu 5-1, 4-0 dan terbaru juga dengan jaringan 4-0.

Image result for city 4-0 bournemouth

Bournemouth gagal menang dalam 5 perlawanan liga terakhir mereka. Kini menduduki tangga ke-14 dan hanya 6 mata di atas kedudukan zon penyingkiran.

Ditambah pula dengan masalah mereka kehilangan khidmat penyerang utama, Callum Wilson yang mengalami kecederaan lutut maka Bournemouth terpaksa berdepan dengan cabaran yang cukup hebat.

Adakah City akan berpesta gol lagi dalam pertembungan ini? Kita sama-sama tunggu hasil gandingan Gabriel Jesus dan Sergio Aguero nanti sama ada mereka berjaya menemukan titik serasi.

Semenjak tibanya Jesus terasa seperti mati hidup kembali untuk meneruskan perjuangan ke akhir garisan. Ayuh City!!

* Perlawanan menentang Bournemouth akan berlangsung di Stadium Vitality hari Isnin, 13 Februari jam 8 malam waktu UK bersamaan pukul 4 pagi Selasa, 14 Februari waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ke udara di saluran Astro 810/831 HD, dan ikuti liputan perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Berita Kelab Peminat

MCM Family Futsal 2016 meriah!

Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia (MCM) telah menganjurkan Family Futsal edisi 2016 bertempat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Previu dan Reviu Peminat

City ibarat menggenggam bara api

Manchester City memulakan langkah di tahun 2017 dengan dua kemenangan berturut-turut di dua kejohanan berbeza yang telah mengembalikan wajah City sebenar ketika di awal musim.

Previu dan Reviu Peminat

City siap gempur the Gunners

Selepas tersungkur dikejar musang Leicester, City berjaya mengelak dari disengat tebuan Watford, kini ancaman bedilan meriam Arsenal menanti pada petang Ahad di Stadium Etihad.