quote linkedin dugout

Previu dan Reviu Peminat

Video 1 Galeri Foto

Misi City ke Wembley

Aksi hebat City di pentas Eropah minggu lalu menentang Monaco masih segar dan kini Huddersfield menanti dalam sasaran pasukan untuk menjulang Piala FA musim ini.

Ketika  Manchester City bertandang di Huddersfield untuk pusingan kelima Piala FA dua minggu lalu, Pep Guardiola telah menurunkan barisan skuad pilihan keduanya.

Mungkin kerana percaya skuad tersebut sudah memadai untuk mencapai keputusan menang atau juga mungkin mahu menyimpan para pemain pilihan utama untuk perlawanan menentang AS Monaco selang tiga hari selepas itu.

Image result for pep and david wagner

Ternyata pasukan Huddersfield yang menduduki tangga ketiga Liga Championship bukanlah lawan yang mudah untuk ditundukkan dan telah memaksa perlawanan ulangan di Stadium Etihad selepas ia berakhir seri tanpa jaringan. 

Penggunaan skuad yang lebih ‘lemah’ bukanlah bermakna Pep lebih mengutamakan kejuaraan lebih besar iaitu Liga Juara-Juara Eropah berbanding Piala FA kerana dalam perlawanan itu juga David Wagner tidak menurunkan kesebelasan utama beliau dengan membuat tujuh pertukaran dalam barisan skuad Huddersfield.

Image result for huddersfield 0-0 city

Pada musim lalu, mantan bos City telah menurunkan barisan pemain muda ketika di pusingan kelima Piala FA menentang Chelsea dengan mengutamakan perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah lantas menerima kritikan pedas dari pengkritik sukan dan media kerana didakwa memandang 'rendah' tradisi kejuaraan tertua bola sepak England.

Semasa di Stadium John Smith, ia telah menyaksikan City 'kehilangan' pergerakan dinamik duo muda City, Leroy Sane dan Raheem Sterling yang begitu banyak membantu sejak Januari 2017. Dengan menurunkan Nolito dan Jesus Navas ia mudah dibaca dan tidak mencipta sebarang ruang penetrasi bagi jentera serangan City.

Di pihak Huddersfield pula mereka bermain menekan tinggi ke dalam kawasan City. Mereka memainkan gaya 'gegenpressing' ala Jurgen Klopp dan pendekatan mereka hampir berjaya kerana beberapa peluang mereka hadir dari taktik ini.

Related image

Jika dikaji latar belakang pengurus Huddersfield ini ia tidak mengejutkan mengapa the Terriers bermain seakan seperti Liverpool. Sebelum David Wagner mengambil alih tugasan di Huddersfield, beliau merupakan pengurus pasukan Borussia Dortmund II selama 4 tahun dan mempelajari falsafah bolasepak Klopp sepanjang waktu itu. Sebab itulah gaya permainan Huddersfield dalam perlawanan terdahulu kelihatan mirip sekali.

Jadi apa yang harus dilakukan Guardiola dalam perlawanan ulangan malam nanti? Walaupun peluang untuk membuat rotasi skuad sememangnya mengujakan untuk memberi peluang kepada para pemain muda, namun City perlu menurunkan skuad yang kuat sekiranya merkea tidak ingin menjadi mangsa dimalukan oleh pasukan dari liga bawah di laman sendiri.

Image result for city 5-3 monaco

City mungkin tidak akan mengulangi aksi 'luar biasa' dengan skuad terkuat semasa menentang Monaco tetapi aspek kreativiti dalam jentera serangan dan tengah mesti ditekankan. Sane dan Sterling mesti diturunkan di bahagian sayap. Aguero pula boleh direhatkan dan digantikan dengan Nolito ataupun memberi peluang kembali kepada Kelechi Iheanacho.

Manakala di bahagian tengah sekurang-kurangnya salah seorang dari maestro midfielder City, David Silva atau Kevin De Bruyne mesti ada untuk menjadi punca kreativiti mencari ruang mencipta gerakan. Fernandinho yang terpaksa beraksi di pelbagai posisi sebelum ini boleh kembali bermain di posisi tengah beliau dengan Yaya Toure direhatkan untuk perlawanan hujung minggu nanti menentang Sunderland.

Image result for city 5-3 monaco

Dengan Fernandinho kembali ke bahagian tengah diharapkan Aleksandar Kolarov sudah kembali cergas untuk bermain di posisi bek kiri. Jika tidak mungkin Guardiola sekali lagi akan memainkan Bacary Sagna di posisi tersebut seperti mana di separuh masa kedua  dalam perlawanan menentang Monaco tempohari.

Manakala penjaga gawang dipercayai akan sekali lagi diberikan kepada Claudio Bravo yang kini sudah jatuh ke tangga kedua dalam kedudukan penjaga gol City. Dalam perlawanan di Huddersfield, Bravo telah menunjukkan aksi meyakinkan dan mula mempamerkan bayang-bayang kualiti sebenar beliau semasa di Barcelona.

Image result for bravo city v huddersfield

City sekali lagi akan ketiadaan Vincent Kompany yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan kaki dengan duo City, Ilkay Gundogan dan Gabriel Jesus terpaksa direhatkan akibatk kecederaan sehingga akhir musim.

Sementara pasukan lawan, pengurus mereka David Wagner terpaksa hanya sekadar menonton dari jauh dan dilarang berada di pinggir padang berikutan dihukum gantung dua perlawanan selepas pertelingkahan bersama pengurus Leeds United, Gary Monk semasa perlawanan 5 Februari lalu.

Semenjak kemenangan bersejarah 10-1 ke atas Huddersfield di Maine Road 20 tahun yang lalu, City hanya pernah dua kali kalah ke atas the Terriers dalam 11 perlawanan, kedua-duanya di laman lawan. 

Image result for city 10-1 huddersfield

Mungkin sudah tiba masanya City mengulangi sejarah tersebut walaupun bukan dengan angka dua digit dengan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri dan masih berkeyakinan selepas aksi luar biasa minggu lalu di pentas Eropah. 

Dengan hanya dua pusingan lagi untuk City sekali lagi bertandang di Stadium Wembley di final Piala FA, ia merupakan peluang terbaik buat Pep Guardiola untuk merangkul piala pertamanya di England sekaligus membawa pulang trofi yang dirangkul City enam tahun lalu.

* Perlawanan ulangan pusingan kelima Piala FA menentang Huddersfield akan berlangsung di Stadium Etihad hari Rabu 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 3.45 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia. Perlawanan akan disiarkan di saluran Astro 817/836. Ikuti liputan perlawananan nanti di akau Twitter rasmi Bahasa Melayu City di @ManCityMAS.

Previu dan Reviu Peminat

Menyambut tamu Ligue 1

Manchester City meneruskan cabaran Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan menerima kunjungan AS Monaco di peringkat 16 akhir di Stadium Etihad, malam Rabu.

Previu dan Reviu Peminat

Huddersfield medan ujian 'akar' pengganti 'rotan'?

Previu dan Reviu Peminat

Perjuangan ke akhir garisan

Manchester City memasuki fasa kedua musim 2016/17 dengan sinar baharu apabila mencatat 5 kemenangan dari 7 perlawanan di kesemua kejohanan sejak tahun baharu 2017 dan seakan diberi nafas baharu selepas ketibaan Gabriel Jesus.